Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, August 23, 2011

Perbicaraan LIWAT 2.0 - Anwar Ibrahim Bela Diri pada 22 Ogos 2011


Mahkamah hari ini bertukar jadi tempat melepaskan geram Anwar Ibrahim kepada pihak-pihak yang dituduhnya berkonspirasi untuk mengenakan dia dalam hal meliwat Saiful Bukhari pada June 2008. Habis semua orang, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dah bersara hampir 10 tahun pun diseretnya sekali.

Dok heboh sana sini tentang nak melawan, Anwar memilih untuk beri keterangan secara tidak bersumpah. Apa maksudnya? Maksudnya keterangan Anwar secara harfiahnya tidak mempunyai kesan kepada keputusan hakim, tidak punya merit kerana tidak dibuat secara bersumpah.

Pendakwa pun tidak perlu buang masa untuk soal balas keterangan yang tidak punya merit seperti itu. Dan paling penting, jika dia bagi keterangan palsu sekalipun, tidak ada dakwaan jenayah yang boleh dikenakan ke atasnya.

Kenapa dan mengapa amalan ‘hutan’ macam ini masih dibenarkan di mahkamah Malaysia pun kita tidak tahu. Memang ia merugikan tertuduh kerana keterangan itu tidak dipakai oleh mahkamah tapi dalam kes Anwar, keterangan sebegitu penting sebab ia boleh dijadikan modal politik dan bahan kempen. Pendek kata menimbulkan persepsi.

Sudah jadi kebiasaan di Malaysia persepsi lebih penting dari fakta, waima fakta bergambar dan bervideo. Bukanlah nak mengatakan semua tapi masih ada lagi segelintir rakyat di Malaysia yang bergantung kepada persepsi untuk membuat pilihan nak mengundi parti mana satu untuk menjadi kerajaan.

Peluang ini yang digunakan Anwar hari ini. Lagipun keterangan di mahkamah, angkat sumpah ke tidak prosedur, siapa peduli pasal prosedur pun, macam itlah pemahaman yang nak diterap Anwar dalam pemikiran pencacainya.

Dia sudah tau, macam mana buat pun dia tetap akan ke dalam sebab bukti air maninya yang dijumpai dalam dubor Saiful itu adalah bukti saintifik yang paling nyata sekali, setakat sekarang tiada apa hujahan peguam bela Anwar yang boleh mematikan fakta tersebut.

Seperti yang penulis pernah sebut dulu, macam mana konspirasi sekalipun, takde konspirasi yang boleh meletak air mani dalam dubor seseorang yang lain sebab air mana adalah milik eksklusif individu yang memerlukan kerelaan individu itu juga untuk mengeluarkannya.

Bukan boleh perah-perah macam susu.

Dan sesi pagi tadi pun, Anwar tidak mati-matian menafikan hubungan liwat itu ada terjadi, cuma hujah Anwar hubungan itu dengan kerelaan, bukan paksaan seperti mana yang didakwa!!!

Isu alibi dan dakwaan Nurul Izzah konon Anwar berada bersama mereka dibilik sebelah juga, musnah sama sekali. Sekaligus, membuktikan anak beranak ini memang pembohong besar.

Apapun keputusan diakhir sesi hari ini, tindakan Anwar memilih beri keterangan secara tidak bersumpah SECARA PERSEPSINYA membuktikan memang dia bersalah!!

Oleh : ADAMYAN

Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Mohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP