Kita kongsi seronok apabila Anwar dapat apa yang dia nak. Kita dah tulis dulu, Anwar mahukan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah hadir di mahkamah dan berdepan dengan soalan berbelit-belit Karpal Singh. Dalam pertemuan dengan wartawan semalam, Karpal begitu yakin bahawa PM dan Isteri TIDAK ADA pilihan untuk hadir dan memberikan kenyataan di mahkamah. Ini kehendak mahkamah, tegas Karpal. Kalau inilah keadilan yang Anwar mahu – dipersilakan.
Anwar mahukan PM di mahkamah di atas alasan ‘public relations’. Anwar nak tunjuk kepada dunia bahawa dia berjaya membawa seorang PM ke mahkamah dalam kes peribadinya. Anwar nak rakyat ada ‘gambaran’ bahawa PM akan diheret ke mahkamah jika dia berkuasa.
Malahan, sewaktu berjalan ke kereta – Anwar ketawa besar bila penyokong PKR bertanya samada Anwar akan datang sekali dengan PM bila bicara nanti. Anwar ada dalam mood yang luar biasa. Ketawa dan senyum sampai ke telinga.
Macam dia yakin sangat bahawa dengan kehadiran PM dan Rosmah; dia akan terlepas.
Gambaran PM dan Isteri ke mahkamah adalah ‘spinning’ yang Anwar mahu maximize sebelum pilihanraya. Malahan, team new media PKR sudah bersiap dengan pelbagai macam video klip yang akan dimasukkan footage PM dan Isteri di mahkamah untuk tujuan kempen. Hebat susunan Pak Sheikh.
Politik Anwar pada ketika ini tak ubah macam watak ‘Angry Birds’. Watak yang mempunyai niat untuk MERUNTUH; bukan membina. Angry Birds memang suka meruntuh. Lagi banyak dapat runtuh; lagi tinggi markah yang akan dia dapat. Inilah politik Angry Birds versi Anwar.
Memang dikatakan kes akan didengar pada pertengahan Ogos ini. Namun, apa yang akan Karpal tekankan adalah kehadiran PM dan Isteri ke mahkamah sebagai saksi utama. Keengganan PM dan Isteri hadir akan memberikan ruang baru untuk Karpal untuk tangguhkan lagi kes ini.
Karpal akan menunggu alasan Hakim. Apabila YA membuat keputusan yang tidak memihak; Karpal akan sekali lagi membawakan usul untuk mengenepikan Hakim buat kali yang entah ke berapa. Malahan, Karpal sudah bersedia untuk mengemukakan usul CONTEMPT of COURT kepada PM dan Isteri sekiranya enggan hadir ke mahkamah. Malahan, budak-budak PR sudah siap dengan spinning ‘PM tidak hormat Mahkamah’.Karpal mempunyai ‘KPI’ untuk melanjutkan tempoh perbicaraan sehingga selepas pilihanraya (tak kiralah pilihanraya itu bila). Karpal sangat jelas dengan tanggungjawab itu; dan adalah menjadi keputusan Majlis Pimpinan PR agar hasrat itu dapat dilaksanakan. Setakat ini, mereka masih memerlukan politik ‘Angry Birds’ Anwar.
‘They have to be brought here. They must answer questions’ kata Karpal.
Ini semuanya permainan LEGAL untuk memanjangkan kes. Keadilan buat Saiful? Siapa kisah pasal Saiful – yang penting adalah ANWAR!!!
Gelagat Anwar
THE PRIME MINISTER OF 



No comments:
Post a Comment