Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, August 12, 2011

Najib, Rosmah Hadiri Sesi Temu Bual Kes LIWAT 2.0 Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh. Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan “saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan.”

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah “sampaikan(nya) mengikut hak saya.”

“Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannyannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu – Bernama


Kes liwat Anwar : Saya hadir di mahkamah kerana hormati keputusan hakim... - Najib


Jangan kata kalangan wartawan malah peguam Karpal Singh sendiri kata terkejut bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu pasukan peguam Datuk Seri Anwar sendiri terlewat kira-kira 15 minit. Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang dan selepas itu baru mereka tiba.

Kehadiran kedua mereka ke mahkamah itu ekoran keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah Isnin lalu membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Ramai pemerhati yang melihat proses temu bual saksi ini tidak lebih dari usaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar kes liwat yang sudah beberapa kali tertangguh.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat tingkat tujuh kompleks berkenaan.

Kedua mereka berkata mereka tidak relevan bagi kes berkenaan.

Selain Karpal, dua lagi ialah SN Niar dan Datuk Param Cumaraswamy.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Perdana Menteri kemudiannya terus ke PWTC di mana beliau sepatutnya dijadual mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang asalnya dijadual bermula 3 petang.

Sementara itu ketika ditanya wartawan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu apa rasional beliau hadir sedangkan dipercayai wujud taktik melengah-lengahkan perbicaraan, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

"Saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan,"katanya.

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.

Karpal berkata pasukan pembelaan belum menemu bual enam yang lain termasuk bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan lima yang lain.

"Oleh itu, kita tidak dapat meneruskan perbicaraan seperti dipersetujui sebelum kita selesai menemu bual saksi sebelum perbicaraan," katanya.

Menurut beliau mereka mungkin akan minta penangguhan perbicaraan Isnin ini sehingga temu bual semua aksi selesai.

Selain Najib dan Rosmah, keputusan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Pada penutup kes, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang sahaja.

Mahkamah menetapkan 15 hingga 26 Ogos untuk kes pembelaan. Mahkamah pada mulanya menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama untuk memberi keterangan.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, merupakan seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

www.agendadaily.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP