Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, February 19, 2010

Anwar Ibrahim Sodomi II - Delay tactics


Anwar fail rayuan terhadap keputusan hakim enggan tarik diri
19/02/2010 7:45pm

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Notis rayuan itu difailkan menerusi firma peguam Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Salinan notis itu turut dihantar ke Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, kata peguam Sankara Nair kepada pemberita.

Semalam, ketika menolak permohonan Ketua Pembangkang itu, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan tidak ada sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu dan jika beliau berbuat demikian, bermakna beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.

Katanya, seseorang hakim yang telah mengangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 8 Februari, Anwar memfailkan permohonan supaya hakim menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan keputusan hakim berat sebelah kerana tidak merujuk akhbar Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP