Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, February 20, 2010

Liwat - Sumpah Anwar

ini posting aku dalam blog Nurul Izzah http://nurulizzah.com/site/?p=157#comment-9237 tetapi telah dibuang olehnya.
Posting No. 329 - MulutMelayu


Dear Nurul Izzah,

Saya masih ingat lagi kejadian tahun 1998 (10 tahun lepas) lalu di mana DS Anwar Ibrahim berucap di rumahnya selang dua tiga hari selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun Bawah, Bukit Mertajam selepas isu sodomi ini pertama kali dibangkitkan.

Oleh kerana saya dan isteri amat suka kepada kepimpinan DS Anwar Ibrahim (kami orang Penang juga dan berbangga DS Anwar Ibrahim orang Melayu Pulau Pinang pertama akan menjadi PM Malaysia) kami bersusah payah bersama anak kecil datang ke rumah berkenaan yang letaknya mengadap kubur di belakang Majid Tok Kun Bawah itu hanya untuk mendengar penjelasan dari DS Anwar Ibrahim sendiri.

Tentu Izzah masih ingatkan kerana Izzah dan adik-adik berada depan tingkap memerhatikan kami sekalian? Kerana saya suami isteri amat bersimpati dengan isteri dan anak-anak DS Anwar Ibrahim yang dikatakan mengamalkan perbuatan sodomi (satu perbuatan kaum Sodom yang dikeji oleh Allah s.w.t. hinggakan Nabi Muhamadd s.a.w. sendiri tidak mengaku sebagai umatnya) semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu dan pada masa yang sama kami juga ingin menentukan sama ada isu sodomi ini hanya ‘tohmahan’ atau ‘konspirasi’ politik semata-mata.

Saya dan isteri menjangkakan isu sodomi ini akan senang sahaja dipatahkan / diselesaikan oleh DS Anwar Ibrahim sendiri. Saya dan isteri pada masa itu mengjangkakan DS Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. (tuhan kepada penganut agama Islam sahaja) bahawa DS Anwar Ibrahim tidak melakukan perbuatan sodomi ke atas Azizan Abu Bakar (ataupun tidak pernah melakukan perbuatan sodomi dalam hidupnya).

Jika DS Anwar Ibrahim bersumpah demikian maka secara tidak langsung ianya telah membuktikan isu sodomi DS Anwar Ibrahim itu hanya rekaan semata-mata (pandangan mula kami).

Tapi sehingga selesai ucapan berapi-rapi itu, DS Anwar Ibrahim tidak pula bersumpah dengan nama Allah mengatakan tidak melakukan perbuatan sodomi itu, sebaliknya bersumpah dengan nama Allah mengatakan tuduhan sodomi hanyalah ‘konspirasi’ sahaja. Sebagai pengaut agama Islam, kami amat percaya bahawa sejahat mana sesorang Muslim itu tapi dalam hatinya masih lagi takut membohongi Allah s.w.t. sendiri dan juga pembalasanNya di hari akhirat.

Apakah batu-batu nisan kubur orang-orang Islam Kg Ceruk Tok Kun Bawah yang berhadapan itu mengingatkannya DS Anwar Ibrahim yang kita manusia ini hanya hidup sementara sahaja dan akan kembali kekal jua kepada Allah s.w.t. dan tidak harus melafaskan satu pembohongan terhadap Allah???

Sejak hari itu kami suami isteri mula mempercayai yang ada sesuatu yang tidak kena atas peribadi DS Anwar Ibrahim itu sendiri, dan kami berdua dengan penuh minat mengikuti segala perbicaraan kes tuduhan liwat DS Anwar Ibrahim sama ada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan maupun Mahkamah Persekutuan walaupun ianya memakan masa bertahun-tahun. Keputusan Mahkamah mengesahkan segala kesangsian pertama kami selama ini.

Kepada sahabat-sahabat saya yang berketurunan Melayu dan beragama Islam saya berharap kita semua dapat bersabar dan jangan terlalu emosi dan berharap undang-undang Malaysia dapat dijalankan dengan sempurna dan adil kepada semua rakyat sebagaimana saranan DS Anwar Ibrahim sendiri pada hari ini agar kita semua hendaklah bersifat profesional bagi menangani isu ini.

Percayalah kepada Allah kerana itu adalah ketentuan Allah s.w.t.. Yang baiknya semuanya dari Allah dan yang tidaknya dari manusia sendiri. Marilah kita berdoa supaya Allah membantu kita dalam menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

“ALLAH MAHA ADIL”

Nota: Dalam kes ini (seperti kes sebelumnya), bukannya pihak ketiga (orang lain yang tidak terlibat secara fizikal dalam kes ini) yang membuat aduan yang mengatakan pihak pertama (DS Anwar Ibrahim) melakukan perbuatan liwat, tetapi pihak kedua orang yang diliwat - sodomised (Mohad. Saiful Bukhary) sendiri yang membuat aduan pihak pertama (DS Anwar Ibrahim) yang meliwatnya.

Jangan kita jadi Yahudi atau ulama Yahudi yang cuba mempermainkan ayat Allah An-Nur:4 itu demi kepentingan kita sendiri kerana Allah amat murka kepada kedurjanaan umatNya yang memutarbelitkan dan memberi tafsiran sebagaimana maksud ayat Allah s.w.t. itu diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Ayat An-Nur:4 itu adalah mengenai tuduhan pihak ketiga terhadap wanita mukminah melakukan zina (adultery).

Apakah gadis sunti yang telah dirogol memerlukan 4 saksi yang melihatnya dirogol bagi membuktikan aduannya itu?

Rujukan:
1. mykmu.net
2.dr.novandri
3.pemudaumno
4.peraktoday
5.tranungkite

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP