Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, February 10, 2010

QAZAF - Saiful Telah Bersumpah Diliwat Anwar Tetapi Anwar Enggan Bersumpah Tidak Meliwat Saiful




Dari pembelajaran aku tentang fiqah Islam, sumpah Saiful adalah betul dan sah dari segi Islam, agama anutan aku.

Sumpah 'al-yamin' yang dibuat oleh Saiful itu adalah berlandaskan kepada tuduhan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah terhadapnya yang mengatakan Saiful membuat fitnah ekoran daripada laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.

Perlu kita ingat sumpah ini bukannya sumpah Li'an untuk seorang suami yang mendakwa isterinya melakukan perzinaan dengan lelaki lain. Mungkin kerana sisuami saja melihat kelakuan isterinya itu tanpa saksi-saksi lain, maka sisuami terpaksa bersumpah sebanyak 4 kali menggantikan 4 saksi-saksi lain dan sumpah kelimanya mengatakan jika dia berbohong memohon Allah melaknat dirinya. Jika isterinya juga berani mengatakan yang dia tidak melakukan sepertimana dakwaan suaminya, isterinya juga mesti bersumpah seperti sumpah li'an suaminya. Jika kedua-duanya bersumpah, kita sendiri tidak tahu siapa yang bercakap benar atau tidak. Hanya Allah swt maha mengetahui siapa yang bercakap benar atau sebaliknya.

Ekoran dari kedua-dua sumpah suami isteri itu, mengikut hukum Islam, sisuami dan isteri terpaksa berpisah (bercerai) selama-lamanya dan sekali-kali tidak boleh merujuk kembali pernikahan mereka.

Dalam sumpah Saiful ini segala rukun sumpah telahpun dipenuh oleh Saiful. Pertama: Baligh, Kedua: Menyebut "Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, Ketiga: menyatakan apa yang sebenarnya berlaku (subject matter) dan Keempatnya: Laknat Allah kepadanya jika dia berbohong dengan Allah swt. Itu rukun sumpah jenis ini yang aku belajar dulu.

Pegang Al-Quran semasa bersumpah? Dari aku belajar dulu juga sama ada pegang atau tak pegang al-Quran bukannya merupakan rukun sumpah. Ianya tidak menjejaskan sama sekali rukun sumpah Saiful. Kecuali orang-orang Kristian, memegang Bible merupakan satu rukun dalam sumpah mereka.

Sebagaiman kita semua belajar juga mengikuti semua rukun itu adalah sah tetapi tidak mengikuti semua atau salah satu rukun hukumnya tidak sah. Sebagaimana kita juga belajar dalam rukun sembahyang. Jika kita tidak membaca al-Fatihah dalam sembahyang, sembahyang kita itu tidak sah.

Daripada sumpah al-Yamin yang dibuat oleh Saiful ini yang memberitahu Allah swt bahawa dia bercakap benar dan memohon Allah melaknatnya sehingga hari kiamat jika dia berbohong, tugasnya kepada Allah (dan agama Islam) telah selesai.

Setakat hari ini aku tidak nampak Anwar sanggup bersumpah al-Yamin mengatakan sumpah Saiful itu palsu (tidak meliwat Saiful).

[NOTA: Perlu diingat sumpah al-Yamin di antara manusia dengan Allah swt ini TIDAK BOLEH DIGUNAKAN dalam perbicaraan mahkamah manusia antara manusia (mahkamh civil/jenayah). Walau bagaimanapun seperti sumpah li'an juga, sumpah al-yamin ini boleh (juga) digunakan di mahkamah syariah sebagaimana kes Anwar melaporkan kepada JAWI yang Saiful melakukan kesalahan Qazaf terhadapnya]

Rujukan: mykmu

2 comments:

  1. Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah …kerana dia pernah membaca ayat Al-Qur’an dalam ceramah-ceramahnya yang bermaksud : ” wa makaruu wa makar ALLAHU wa ALLAHU kahiru l-maaakireen ” = dan mereka mengatur tipu muslihat dan Allah mengatur muslihat dan Allah adalah yang sebaik-baik yang mengatur ” [ Ali Imran 3 : 54 ]. Anwar Ibrahim telah menyerah kepada Allah untuk menghukum siapa yang menipu.

    Lagipun sumpah Saiful menuduh Anwar Ibrahim buat kerja liwat itu bukan mengikut tuntutan Islam. Perbuatan Saiful itu adalah tetap hukum QAZAF ..adalah tetap haram !! Saiful mempersenda hukum Islam …dan dia adalah juga kufur kerana meletakkan hukum mahkamah sivil mengatasi hukum mahkamah syariah.

    ReplyDelete
  2. berani kerana beanar....

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP