Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, February 13, 2010

Lim Guan Eng seorang diktaktor, cauvinis, berfikiran komunis & no class

Lim Guan Eng a.k.a. Khalifah Omar III ditemani oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan

Tan Tee Bang, MP PKR

Gara-gara kemelut politik di Pulau Pinang kini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Bang berkata beliau ’mahu makan penadol’.

Pada satu sidang media semalam, seperti dilaporkan Malaysiakini, beliau berdolak-dalik apabila ditanya tentang masa depan politiknya selepas "Saya tidak boleh kata bahawa saya beri sokongan kepada tindakan beliau, tapi saya sokong dia menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng," ujarnya.

“Kepala saya sudah pening, saya mahu makan panadol malam ini,” katanya. Sejauh ini beliau sahaja yang berani menyuarakan sokongan kepada Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengelarkan Lim sebagai diktaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

Tan juga mengelarkan Setiausaha Agung DAP itu "pemimpin yang tiada kelas" kerana meminggirkan pemimpin PKR dalam membuat keputusan.

Beliau juga mendakwa kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang enggan menyediakan peruntukan kewangan kepada wakil-wakil rakyat PKR di negeri itu.

Mengenai tindakan Zahrain itu, Tan berkata: "Saya tidak boleh memaksa beliau, saya menghormati tindakannya. Saya ucapkan selamat kepadanya.

"Itu berita yang mengejutkan bagi saya juga."

Ditanya sama ada beliau juga akan mengikut langkah keluar parti, Tan berkata beliau masih mahu berhadapan dengan pucuk pimpinan parti berhubung tindakan Lim.

"Setakat ini belum terlintas dalam fikiran saya. Saya masih dalam proses mengumpulkan lebih banyak bukti terhadap Lim dan saya harap parti akan bertindak.

Jika tidak kami perlu mempertimbangkan tindakan selanjutnya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP