Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, February 14, 2010

Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang : Musang Berbulu Ayam!!!

Salam 2 all.

Saya mengutuk dan mengecam keras cubaan kerajaan YAB Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidurrosul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini. Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan. Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri!

Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja. Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.

Tetapi saya ingin memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng, jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam. Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda. Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya.

Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim chauvinis ini. Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa itu maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan. Bangkitlah, jadikanlah diri kita sebagai antara yang akan dihitung oleh ALLAH sebagai pembela agamanya dizaman penuh mehnah dan fitnah ini. Jadikanlah kisah keberanian Saidina Bilal bin Rabbah sebagai panduan, ambillah contoh pengorbanan keluarga Assyahid Sumaiyyah dan Yaasir sebagai ikutan.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan aqidah dan ukhwah untuk berhadapan dengan segala mehnah dan fitnah ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Safar 1431
14 Februari 2010

http://zul4kulim.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP