Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, February 16, 2010

Isu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang - Lu Fikir Le Sendiri !!!


Kronologi:-

1. 13 Januari 2010 - Surat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang rujukan PSUKPP/06/0604/6 bth. 13 Januari 2010 dengan tajuk MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M menyatakan Majlis Perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari 2010 akan bermula di Padang Kota Lama dan berakhir di Dewan Seri Pinang dengan jarak perarakan adalah lebih kurang 3 hingga 4 kilometer.

Buktinya - http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=93&ac=1497&format=ann

2. 05 Februari 2010 - Sambungan kepada surat PSUK bth. 13 Januari di atas, surat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang rujukan PSUKPP/06/(?) bth. 5 Februari 2010 memaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 03 Februari 2010 telah memutuskan bahawa MAJLIS PERARAKAN bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah DIBATALKAN dan Majlis diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari, 2010 di Dewan Seri Pinang

Rujukan =


3. 12 Februari 2010 tetapi updated on 13 Februari 2010 - di bawah tajuk MAJLIS PERHIMPUNAN UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M memaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang memutuskan Majlis Perarakan akan diadakan juga seperti tahun-tahun sebelumnya.
Rujukan : http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=93&ac=1498&format=ann

4. 12 Februari 2010 - Kenyataan akhbar HJ ABDUL MALIK KASSIM EXCO Agama berkaitan diadakan perarakan dsb.
http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=93&ac=1499&format=ann

5. 13 Februari 2010


KENYATAAN AKHBAR - SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M
13 FEBRUARI 2010
OLEH YB TUAN HJ ABDUL MALIK KASSIM


Kerajaan Negeri ingin membetulkan beberapa tanggapan yang salah yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan terutama sekali Akhbar Utusan Malaysia dan beberapa blog-blog berhubung sambutan Maulidul Rasul Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini.

Buat pertama kali saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggeluarkan kenyataan pada 12 Februari 2010 semasa satu persidangan akhbar dan kenyataan telah di fakskan kepada semua akhbar tempatan pada hari yang sama berhubung sambutan Perayaan Maulidul Rasul.

Saya ingin menegaskan di sini yang saya mahu pun Kerajaan Negeri tidak pernah membuat kenyataan akhbar kepada umum berhubung Sambutan Maulidur Rasul sebelum ini.

Pada 13 Januari 2010, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat kepada semua jabatan-jabatan kerajaan dan pada 15 Januari 2010, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) juga telah mengeluarkan surat kapada semua Qariah-qariah, NGO dan Agensi Swasta bagi memaklumkan yang Kerajaan Negeri akan mengadakan Perarakan dan Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 sempena perayaan Maulidul Rasul.

Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Perayaan Maulidul Rasul telah bermesyuarat 2 kali dan telah membincang beberapa idea dalam usaha memperkukuhkan ummah melalui program-program yang selaras dengan tema tahun ini : Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah.

Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat SUK pada 5 Februari 2010 ialah diantara idea yang diputuskan dan keputusan muktamad telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dan surat dari Pejabat SUK bertarikh 12 Februari 2010 serta pengumuman saya pada tarikh yang sama tentang keseluruhan program sambutan. Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan semalam di rujuk.

Saya ingin menegaskan di sini yang kepentingan memantap ukhwah dan memperkasa ummah adalah agenda utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha meningkatkan martabat ummah ke peringkat Khairul Ummah.

Tarikh akhir kemaskini: 13/02/2010
Rujukan : http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=93&ac=1500&format=ann


Jadinya, dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M pada 03 Februari 2010 yang dipengerusikan oleh EXCO Agama YB Abdul Malik membatalkan perarakan sebagaimana dinyatakan di surat pertama PSUK pada 13 Januari itu. Surat pekeliling PSUK bertarikh 05 Februari 2010 mengesahkan arahan daripada EXCO Agama YB Malik supaya perarakan sambutan Maulidur Rasul ditiadakan tahun ini. Perkara yang berlaku selepasnya hanya nak menutup malu sang penipu

Guan Eng cuba tutup kesilapan

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


PULAU PINANG 15 Feb. - Tindakan kerajaan negeri mengeluarkan pekeliling terbaru pada Jumaat lalu mengenai keputusan mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul disifatkan sebagai langkah untuk menutupi kesilapan mereka.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan tersebut seolah-olah dibuat secara tergesa-gesa.

"Kenapa perlu tergesa-gesa buat dan hantar pekeliling yang bertarikh 12 Februari itu sedangkan keesokan harinya hingga Isnin orang tidak bekerja kerana hari cuti, kenapa tidak tunggu selepas itu, jadi ini jelas menunjukkan mereka cuba berterusan membohongi rakyat.

"Kita nak ingatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, jangan jadikan umat Islam di negara ini khususnya Pulau Pinang sebagai satu komoditi mainan, hari ini cakap lain esok pula cakap lain, dia berfikiran dangkal dan tidak faham amalan tradisi.

"Guan Eng terus menerus menipu dan tidak pernah sedikit pun ada rasa mahu meminta maaf dengan penipuan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai isu perarakan Maulidur Rasul anjuran kerajaan negeri di Pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Utusan Malaysia pada Jumaat lalu melaporkan, kerajaan negeri memutuskan membatalkan perarakan itu melalui surat pekeliling bertarikh 5 Februari 2010 yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan keesokan harinya pula seorang ketua jabatan tampil menunjukkan bukti.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, penjelasan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim bahawa surat pekeliling bertarikh 5 Februari itu dihantar hanya untuk mendapatkan cetusan idea mengenai majlis sambutan tersebut juga meragukan.

"Kalau betul dia nak minta cetusan idea, kenapa dalam pekeliling itu perlu beritahu majlis perarakan sempena Maulidur Rasul dibatalkan dan pada masa sama mengapa pula surat itu turut dilampirkan dengan aturcara majlis sekali, bukan ke pelik?.

"Kerajaan negeri sepatutnya boleh menyatakan di dalam surat tersebut bahawa penganjuran kali ini berbeza dan tidak perlulah kata ia dibatalkan.

"Adakah mereka takut perarakan bertukar ganas dan apakah persepsi Abdul Malik yang juga orang Islam begitu dangkal dan hina terhadap kaum sendiri," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri di bawah kepimpinan Guan Eng membuat penjelasan terbuka kepada rakyat terutama orang Islam berhubung perkara itu dan siapa sebenarnya yang mengarahkan perarakan tersebut dibatalkan.

"Sehingga hari ini, sesiapa pun tidak pernah menjawab siapa yang buat arahan untuk membatalkan perarakan itu, adakah Malik yang mengarahkan ia dibatalkan?

"Takkan mereka nak cakap Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri yang bertanggungjawab buat pembatalan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Guan Eng bohong bukan Utusan - Ibrahim

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pendedahan pekeliling pembatalan perarakan Maulidur Rasul seperti disiarkan Utusan Malaysia semalam membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong mengatakan arahan itu tidak pernah dikeluarkan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, apa yang terjadi ialah Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan itu selepas melihat tentangan kuat umat Islam di seluruh negara.

Menurutnya, beliau kesal dengan tuduhan mengatakan Utusan Malaysia membuat fitnah dalam isu itu sedangkan bukti yang ada jelas menunjukkan laporan akhbar berpengaruh itu adalah benar.

"Saya hari ini terkejut, beli akhbar Harakah dan tertulis di dalamnya 'Kerja jahat Utusan, fitnah berterusan terhadap Guan Eng, terkini isu Maulidur Rasul'.

"Hari ini juga saya baca dalam Utusan Malaysia dan disiarkan surat yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir. Itu bukti yang Guan Eng berbohong.

"Tetapi Harakah, sebuah akhbar yang didokong parti Islam boleh bela Guan Eng yang batal perarakan Maulud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran sayap Wiranita, Wira dan Wirawati Perkasa di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya di sini semalam.

Turut hadir Naib Presidennya, Datuk Mokhtar Samad, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim dan ketiga-tiga pemimpin sayap Perkasa berkenaan.

Ibrahim menambah, tindakan dilakukan Guan Eng itu jelas menunjukkan bahawa beliau bersifat anti Melayu dan bersifat rasis.

"Pas beri gelaran kononnya Guan Eng seakan-akan Khalifah Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz apa macam tu,"
katanya.

Beliau turut menempelak Pas yang disifatkannya seakan-akan menjadi alat kepada DAP bagi mencapai cita-cita politik mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_11.htm

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP