Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, June 15, 2010

Pangkah PAS masuk Syurga?

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.

Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.

“Sebagai seorang Muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,” ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.

Penulis amat tertarik kepada kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abd. Rahman baru-baru ini yang mendedahkan bahawa ibunya sendiri telah tertipu dengan kempen sebuah parti politik di Malaysia yang menjanjikan "syurga" kepada mana-mana orang Melayu Islam yang mengundi partinya.

Walaupun apapun penyangkalan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS akan wujudnya janji syurga itu, pada hakikatnya pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan PAS terus menggunakan kempen janji-janji syurga ini bagi memancing undi terhadap para pengundi-para pengundi, terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung dan pendalaman.

Bagi penulis sendiri yang berkahwin dengan anak orang kampung pendalaman yang berfahaman politik PAS, perkara "pangkah PAS masuk syurga" telah diceritakan sendiri oleh isteri. Seminggu selepas pilihanraya umum yang lalu, ayah mertua penulis yang kerja bersawah (sekarang arwah) telah bertanyakan parti politik manakah isteri penulis telah mengundi. Bila isteri penulis yang mendapat pendidikan di bandar itu memberitahunya yang ia (isteri) telah mengundi BN, ayahnya memberitahu bahawa PAS adalah parti Islam dan amatlah berdosa dan tidak boleh masuk syurga jika mengundi lain dari parti PAS.

Penulis dan isteri tersenyum bersama kerana arwah ayah mertua penulis itu tidak tahu bahawa parti PAS tidak mahu bertanding di kawasan DUN dan kawasan Parlimen tempat penulis suami isteri bermastautin. Sebabnya ialah pengundi-pengundi Melayu dalam daftar pemilih kawasan ini tidak sampai 40% pun dari jumlah pengundi.

Apabila kempen pilihanraya kecil Anak Bukit lalu yang diadakan ekoran kematian Ustaz Fadhil Noor, penulis dapati isu "pangkah PAS masuk syurga" terus dimainkan dalam kempen-kempen PAS itu. Tidak hairanlah apabila keputusan mengikut kawasan mengundi dalam pilihanraya kecil itu, parti PAS telah memperolehi majoriti banyak bagi kawasan-kawasan mengundi kampung / pendalaman, makala bagi kawasan-kawasan mengundi bandar dan pinggir bandar (seperti Pantai Johor, Anak Bukit, Taman Aman), UMNO telah memenanginya dengan majoriti yang banyak juga tetapi tidak dapat mengatasi keputusan keseluruhan undi di mana PAS memenanginya dengan majoriti 600 undi lebih.

Sebagai panduan, marilah kita sama-sama merenung semula kata-kata YAB Tun Dr. Mahathir bagi mengulas kempen janji syurga PAS ini yang telah disiarkan oleh NST pada 5 Mac, 2004 lalu (ms. 2) :

"If you are a good person, and fulfill your religious obligations, you will have a place in heaven, not because you vote for someone.(Are they saying that) someone who murders and steals, but in the election votes for PAS, will go to heaven? Thats impossible"

www.mykmu.net / 2004-03-06 09:45:00

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP