Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, June 2, 2010

PAS menagih jawatan TPM1 dari Anwar

Motokar Hadi Awang

Tidak pelik kalau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata beliau tidak tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang melantik pemimpin DAP mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri I, jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Ini kerana Ketua Pembangkang itu memang kerap cakap berbelit-belit.

Sebelum inipun ada cerita Anwar kalau jumpa kaum Cina cakap lain, jumpa India cakap lain dan jumpa orang Melayu cakap lain.

Semua itu sudah tidak pelik bagi Ketua Umum PKR itu asalkan beliau dapat mempengaruhi kaum terbabit menyokong perjuangan dan impiannya mengambil alih kerajaan walaupun pelan 16 September 2008 menemui kegalagan.

Jika rancangan itu berhasil, Ketua Pembangkang itu bukan sahaja melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi timbalan perdana menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Namun satu dunia sudah tahun pelan 16 September yang diasaskan berdasarkan pembohongan tidak jadi kenyataan dan Anwar terus ‘meroyan’ hingga ke hari ini mengidam kerusi Perdana Menteri jika dapat menawan Putrajaya.


Jika berdasarkan temu bual Anwar dengan akhbar berbahsa Cina itu, beliau hanya menyebut tawaran kepada DAP sahaja.

Apa yang ingin dipersoalkan sekarang, apa akan jadi dengan PAS?

Ini kerana Hadi menyatakan tidak tahu menahu mengenai tawaran Anwar kepada DAP itu kecuali seperti dilaporkan akhbar sahaja.

Sekiranya ini benar, maka Anwar ibarat kacang lupakan kulit apabila membelakangkan PAS dalam membuat keputusan mahu memilih timbalan perdana menteri dari kalangan pemimpin DAP.

Parti berlabel Islam itu sudah banyak menabur jasa dan bakti kepada Anwar dan pakatan pembangkang terutama ketika pilihanraya kecil kerana PAS mempunyai jentera kempen yang terancang dan amat berkesan.

PAS juga sudah membenarkan parti itu diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ujud kumpulan ulama dan Erdogan yang dianggap penyokong setia kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

Lebih malang lagi ada blog mencipta karekator menggambarkan kepimpinan PAS pecah empat kepada kumpulan ‘Ulama’, ‘Fulamak”.‘Ulor mak’ dan ‘Alamakk’.

Datuk Dr Harun Din dan Nasaruddin Mat Isa digambarkan pemimpin ulama, Hadi dan Datuk Seri Azizan Razak (Fulamak), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Awang (Ulor mak) manakala Datuk Seri Nizar Jamaluddin,Datuk Husam Musa dan Khalid Samad dalam kumpulan Alamakk.
.


Sama ada pecah dua, tiga atau tempat, PAS sudah membiarkan parti itu rosak dengan membenarkan Anwar menumpang mengembang pengaruhnya.

Anwar ibarat Dedalu Api – jenis pokok tumpang yang menjahanamkan pokok asalnya.

Amat malang jika kerosakan demi kerosakan terus berlaku dalam PAS gara-gara Anwar sedangkan dalam masa sama DAP terus mengukuh kedudukan di Parlimen dengan pertambahan 29 kerusi berbanding PKR (24) dan PAS (23).

Pengakuan Anwar mahu menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP harus membuka mata pemimpin-pemimpin PAS yang masih kekal dengan perjuangan asal bahawa parti itu hanya jadi kuda tunggangan Anwar semata-mata.

Cukuplah PAS menunggu bulan jatuh ke riba atau mahu menumpang tuah Anwar andai mahu berada dalam Kabinet bayangan Anwar di Putrajaya.

Anwar ibarat enau di belukar yang melepaskan pucuknya sahaja dan walaupun ada beberapa lagi wakil rakyat PKR keluar parti menyebabkan kerusi parlimen PKR makin merosot, Anwar tetap mahu jadi Perdana Menteri.

Orang Melayu dan sebilangan jemaah PAS masih sayangkan parti itu tetapi jika pemimpin PAS masih membutakan mata, memekakkan telinga, ahkirnya PAS akan hilang ibarat bulan yang ditelan awan.

Sebab itulah Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun depan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa, Kelantan, harus jadi ruang bermuhasabah diri pemimpin-pemimpin PAS yang masih sayangkan parti itu.

Tidak mengapa jika parti itu menolak kerjasama atau perpaduan dengan UMNO asalkan PAS kembali kepada perjuangan asal dan buktikan parti itu lebih kukuh daripada PKR yang baru setahun jagung.

Pucuk pimpinan tertinggi PAS perlu berani mendesak mata-mata pemimpin dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama yang ada sekarang, mereka harus keluar parti.

Kumpulan Erdogan ini boleh memilih bersama-sama PKR ataupun DAP.

PAS tidak rugi menyingkirkan beberapa kerat pemimpin ini kerana ramai lagi pemimpin pelapis dalam PAS yang boleh menggalas cabaran dalam parti dan pilihanraya umum akan dating.

Soalnya, beranikah Hadi, Nasaruddin dan Datuk Mustapa Ali selagi mereka masih dibayangi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Bagaimanapun, mereka harus ingat bahawa pokok yang sudah tua, lama-kelamaan akan menyembah bumi juga begitu juga dengan Nik Aziz malah PAS sendiri jika mereka masih mahu bertuankan Anwar dan Nik Aziz.

ROSLAN BIAN

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP