Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, June 19, 2010

Rambut wanita bukan 'aurat' ? (Bahagian 1)

SAYA baru sahaja berumur 19 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA di negara ini. Saya ingin nyatakan satu persoalan yang mungkin dianggap remeh oleh penulis tetapi menjadi satu persoalan yang belum ada jawapan kepada saya.

Persoalan saya adalah tentang 'aurat' di kalangan wanita Islam. Sebelum ini saya mengakui saya tidak menutup 'aurat' saya seperti yang dikehendaki dalam Islam tetapi bila saya mula menjinakkan diri ke arah agama banyak yang telah saya baca dari buku mengenai 'aurat'.

Tetapi ingin saya tahu kenapa isteri para pemimpin kita dan para pemimpin wanita kita di kalangan orang UMNO tidak menutup 'aurat' seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Saya rasa jika pemimpin sendiri tidak menonjolkan personaliti yang bercirikan Islam macam mana rakyat hendak mengikutnya.

Dayana Norman
dayana_normy@lovemail.com
Mingguan Malaysia 10 Oktober 1999


Jawapan

SAUDARI antara puluhan pembaca yang bertanya kenapa penulis menyokong Kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai isteri yang tidak bertudung.

Sebenarnya beberapa tahun lalu penulis pernah menulis tentang isu yang sangat sensitif ini, tetapi mungkin ramai yang tidak membaca apatah lagi mengikutinya.

Sebelum menjawab pertanyaan ini penulis ingin menjelaskan pendirian penulis mengenai tudung wanita. Sebenarnya wanita yang berpakaian ketat, singkat, buka-buka dan lucah kerana salah dari segi agama, moral, tatsusila orang Timur, keselamatan dan kesihatan.

Selain itu apa yang akan dijelaskan di bawah ini jangan disalah faham menganggap penulis anti wanita bertudung. Sebaliknya penulis hanya membentang pandangan cerdik pandai dan ulama Islam mengenai tudung wanita serta menyebut apa yang berlaku dalam alam kenyataan.

Secara ringkas penulis dapat jelaskan bahawa terdapat tiga pandangan mengenai perkara tersebut:-

1. Tutup rambut dianggap sebagai wajib dan mana-mana wanita membuka rambut dianggap melakukan dosa besar.

2. Membuka rambut dianggap dosa kecil seperti dosa-dosa kecil yang lain yang tidak diambilkira oleh Allah jika tidak terlibat dengan dosa besar dan sentiasa mengerjakan ibadat yang wajib. Dosa kecil ini boleh terhapus dengan hanya mengambil air sembahyang saja.

3. Membuka rambut tidak dianggap berdosa langsung.


Wahyu Allah swt yang perkaranya ada kait-mengait:-


An-Nur:30 - "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."


An-Nur:31 - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Tafsiran ayat 31 surah An Nur oleh Profesor Dr. HAMKA dalam kitab "Soal Jawab Agama Islam" Penerbitan Pustaka Melayu Baru cetakan ketiga 1980 pada muka surat 48-50:-

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kelaminnya dan janganlah mereka mempertontonkan perhiasan mereka kecuali yang lahir saja, dan hendaklah mereka memberlitkan kain kudung ke dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (mertua), atau anak laki-laki mereka, atau anak suaminya, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki dari saudara lelaki mereka, atau anak lelaki kepada saudara perempuan mereka (kemenakan), wanita-wanita mereka (sesama mereka), atau hamba-hamba sahaya perempuan, pengikut-pengikut lelaki yang tiada syahwat kepada wanita atau, kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan; Dan janganlah merentakkan kaki supaya diketahui orang perhiasan mereka yang tersembunyi; Dan taubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat kemenangan".

Di ayat ini dijelaskan bahawa yang penting bagi mereka (wanita-wanita) ialah menahan, jangan bermata genit. Kedua jangan mempertontonkan perhiasan kecuali perhiasan yang biasa kelihatan saja, misalnya cincin di jari, subang di telinga, gelang di ujung lengan. Untuk menjaga jangan sampai perhiasan yang tersembunyi kelihatan, hendaklah selendang dibelitkan ke dada. Kerana dada atau susu adalah perhiasan yang paling menarik mata laki-laki - Prof. HAMKA.

Nota: Buku penulisan Allah Yarham Professor Dr. Hamka ini dalam menjawab kepada kemusykilan agama yang terakhir diterbitkan adalah "Prof. Dr. Hamka - Membahas Kemusykilan Agama" terbitan Pustaka Dini Sdn Bhd, Shah Alam yang mana cetakan pertamanya (Edisi Malaysia) adalah pada tahun 2002 dengan harga RM45.00. Buku ini turut memasukkan topik dari buku terdahulu dan lebih banyak topik kemusykilan lagi.

Rujuk juga : Rambut Wanita bukan 'aurat? (Bahagian 2)

5 comments:

  1. first time bace artikel mengarut cmni....law x de ilmu berguru dngan ULAMA....jngan berguru dngan buku dn buat tafsiran sndiri....ambik knyataa dr Old Testament & New Testament...bnde dh diolah oleh Yahudi & Kristian pi bace wt pe ??...pstu wt artikel bengong cmni...ALLAH dh kate rmbut tu aurat...nk kluar dalil pe lg...nk ngampu sngat UMNO tu...ha ngampu la puas2....tp jngan main2 ngan HUKUM ALLAH....ko tau balasan kt akhirat nnti....nk tnjuk pndai psal hukum hakam...tp JAHIL agama....pigidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon November 9, 2011 at 12:48 AM,

      Artikel atas ni ambil fakta lah. Terutamanya daripada Ulama Prof. Dr. Hamka yang terkenal di seluruh Nusantara ni lah!!

      Baca tak habis, tapi terus nak bantai artikel penulis ni.

      Piraaah!!

      Delete
    2. Tolong tunjukkan surah apa ayat keberapa DLM aL qURAN mengatakan "Allah dah kate rambut tu AURAT"..jika kamu berkata benar ?




      Delete
    3. Kepada Anon November 9, 2011 at 12:48 AM,

      Dalam Quran tiada satu pun ayat yang menyuruh wanita menutup rambut.

      Surah an-Nur, ayat 31 yang sering dijadikan rujukan pun tak menyebut tutup rambut, tapi tarik tudung yang sudah sedia dipakai sebelum Islam itu ke dada yang terdedah:
      “… and to draw (ﻭَﻟْﻴَﻀْﺮِﺑْﻦَ walyadrib’na) their veils (ﺑِﺨُﻤُﺮِﻫِﻦَّ bi’khumurihinna) over (ﻋَﻠَﻰ ala) their bosoms (ﺟُﻴُﻮﺑِﻬِﻦَّ jayubihin)…”
      [Surah An-Nur 24:31]

      Terjemahan:
      "... dan tarik penudung (khumur) ke atas dada mereka... "
      [Surah An-Nur 24:31]

      p.s: Budaya wanita Arab ketika zaman itu memakai tudung tapi mereka dedah sebahagian payudara (dada) mereka apabila tudung itu ditarik ke belakang badan. Ini FAKTA SEJARAH.

      Jadi, Allah perintahkan bahagian dada wanita yang terdedah itu ditutup dgn tarik sebahagian tudung yg telah sedia dipakai wanita ketika itu ke dada mereka.

      Ayat tersebut menekankan "penutupan dada wanita", bukan arahan tutup rambut wanita.

      Bahkan, istilah Arab "khumur" (jamak "khimar") tak semestinya membayangkan satu penutupan kepala wanita, seperti difahami pada zaman moden ini. Ia terbentuk drp akar kata “kha-miim-ra” (ﺥ ﻡ ﺭ) yang terutamanya bermakna untuk "sorok atau tutup". Tudung ialah satu contoh seumpama, tapi ia tak terhad pdnya.

      Dalam Quran, akar kata sama "kha-miim-ra" juga membentuk istilah “khamr” yang bermakna sesuatu yg memabukkan (cth: wain) kerana ia mengaburkan, menutup, dan menyorokkan intelek. Lagi, makna terasnya terbit daripada pemahaman "untuk menyorokkan".


      Baca pula Surah Al-'Azhab ayat 59 yang bercakap tentang panjangkan pakaian bukan arahan tutup rambut) :
      O prophet, tell your wives, your daughters, and the wives of the believers that they shall lengthen their garments. Thus, they will be recognized and avoid being insulted. God is Forgiver, Most Merciful.
      [Surah Al-'Azhab 33:59]

      Terjemahan:
      Hai nabi, beritahu isteri2mu, anak2 perempuanmu, dan isteri2 para pemercaya bahawa mereka harus memanjangkan pakaian mereka. Demikian, mereka akan dikenali dan elak dihina.
      Tuhan adalah Pengampun, Maha Penyayang.
      [Surah Al-'Azhab 33:59]

      Tiada satu pun surah dan ayat Quran yang menyebut atau menyuruh wanita tutup rambut. Mengatakan rambut wanita wajib ditutup konon disebut dalam Quran adalah fitnah dan pembohongan ke atas Allah.

      Hadis2 yang diguna untuk menyokong penutupan rambut wanita pula banyaknya palsu (maudhu'), lemah (dhaif) dsb. Apatah lagi hadis2 hanya dibenar ditulis ketika Umar ke-2 (selepas 200 tahun lebih Nabi wafat). Nabi Muhammad & 4 orang KHALIFAH TERPIMPIN itu telah melarang semua bentuk penulisan hadis. Ini pun FAKTA SEJARAH.
      Baca ini: History of Hadith.

      Delete
    4. Salam,

      Jom kita ketahui hadis2 palsu tentang wanita di sini:
      HADITS PALSU TENTANG BERBAGAI SIKSAAN BAGI WANITA DI DALAM API NERAKA

      Jauhi hadis palsu dan lemah!!

      Delete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP