Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula



Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai 4 Disember ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi 4 Disember 2010.

PENJELASAN KERAJAAN
Harga barangan di Malaysia antara terendah

Menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri, sebagai contoh, petrol RON95 berharga RM2.46 seliter di Indonesia, RM4.36 di Singapura dan RM4.25 di Thailand.

Harga diesel pula ialah RM2.50 seliter di Indonesia, RM3.18 di Singapura dan RM2.96 di Thailand.

Harga LPG ialah RM2 bagi satu kg di Indonesia, RM6.42 di Singapura dan RM1.93 di Thailand, manakala harga gula ialah RM3.50 bagi satu kg di Indonesia, RM3.80 di Singapura dan RM2.80 di Thailand.

Harga baru yang bdiumumkan itu adalah pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Kenyataan itu berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan perkapita Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDNK) kepada US$15,000 menjelang 2020, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata untuk mencapai sasaran tersebut, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu berkembang sekurang-kurangnya enam peratus setahun untuk membolehkan hasil yang diperoleh kerajaan meningkat melalui kutipan cukai.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan untuk menangani isu dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan daripada enam bidang itu, NKRA mengenai kemiskinan, infrastruktur asas luar bandar dan pendidikan awal dengan jelas memberi kesan terhadap 40 peratus penduduk peringkat bawah di negara ini, kata kenyataan itu.

Sebagai contoh, kata kenyataan itu, sejak Januari tahun ini, kerajaan telah membina 538km jalan luar bandar, 260 peratus lebih banyak berbanding tahun lepas, membuka 1,358 kelas prasekolah yang memberi manfaat kepada 54,569 kanak-kanak dan mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar sebanyak 55 peratus.

Di bawah GTP, kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan golongan miskin, kata kenyataan itu.


- Bernama
Kenapa Kerajaan wajar kurangkan subsidi? sila klik link di bawah.

Subsidy Rationalisation

MM : Tahukah anda setiap Sekolah Menengah di Malaysia ini Kerajaan Persekutuan (Kementerian Pelajaran) membelanjakan antara RM350,000 hingga RM600,000 sebulan untuk membayar gaji guru-guru dan kakitangan sekolah??? Adakah Kementerian Pelajaran mengenakan sebarang Yuran Sekolah bulanan seperti yang pernah dikenakan kepada murid-murid yang belajar di sekolah-sekolah aliran Inggeris sebanyak RM5.00 hingga RM10.00 sebulan sehingga tahun 1982 itu????

Itu pun tidak termasuk kemudahan rawatan hospital dan perubatan hinggakan ubat-ubatan khusus bagi sesuatu penyakit yang diimport dan mahal itu diberikan secara percuma kepada rakyat.

Dan tahukah anda jika anak kita belajar di IPTA, PTPTN mengeluarkan pinjaman sebanyak RM5,000 hingga RM7,000 setahun manakala pelajar di IPTS untuk Diploma Kejururawatan sahaja, PTPTN mengeluarkan pinjaman RM45,000 hingga RM60,000 untuk kursus 6 semester itu??? Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP