Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, December 17, 2010

APCO - Pembohongan Anwar ditelan bulat-bulat oleh puak PAS dan puak PKR

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mendedahkan isu Apco yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang di Dewan Rakyat selama ini adalah satu pembohongan.

Sehubungan itu, sejak berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) lagi beliau tidak mahu terlibat dengan pakatan pembangkang berhubung isu tersebut kerana jelas ia telah diputarbelitkan dengan memberi gambaran seolah-olah Malaysia dipengaruhi oleh Israel melalui Apco.

Beliau berkata, begitu juga dengan dakwaan pakatan pembangkang kononnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diresapi oleh Israel melalui Apco di Bukit Aman.

"Sebenarnya Apco yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai 'American Protocol Communication Outfit' atau singkatannya APCO.

Ia merupakan satu sistem komunikasi terutamanya perhubungan walkie-talkie dan langsung tiada kena-mengena dengan Apco Worldwide yang kononnya dikuasai oleh Israel," katanya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Mengenai Apco Worldwide, Zulkifli di dalam blognya berkata, sangat jelas syarikat itu langsung tidak ada kena-mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.

Beliau berkata, Apco Worldwide adalah syarikat perunding dimiliki oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company iaitu sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.

"Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua pelanggan yang memerlukan khidmat runding cara. Maka tertubuhlah Apco (mengguna pakai singkatan nama firma tersebut)

Margery Krause telah menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Apco Worldwide. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita bagi tujuan khidmat runding cara" katanya.

Beliau berkata, Apco Worldwide telah melantik beberapa konsultan daripada pelbagai latar belakang dan mereka antaranya bekas presiden, bekas hakim, bekas menteri yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama serta banyak lagi.

Oleh itu, katanya, dakwaan kononnya Apco dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar.

"Ini merupakan pembohongan semata-mata. Begitu juga dengan isu Apco yang turut melibatkan Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman.

"Hanya kerana nama serupa maka nama Apco Worlwide dan APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan" katanya lagi.

Zulkifli berkata, begitu juga dengan slogan 1Malaysia dan One Israel yang kelihatan sama, maka terus dituduh Malaysia telah diresapi dan dipengaruhi Yahudi.

"Bagaimana pula dengan slogan 'Pas 4 All' dengan slogan 'Israel 4 All'? Adakah wajar jika ada orang menuduh Pas telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi dan Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan.

"Bagaimana pula dengan lambang 'Satu-Mata' Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan?
"Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putar belitkan orang lain" katanya.

Justeru, beliau berkata, dalam isu itu umat Islam khususnya wajib merujuk kepada satu ayat al-Quran iaitu Surah al-Hujurat ayat enam yang bermaksud:

"Wahai orang beriman sekiranya datang kepada kamu berita daripada seorang yang fasik, janganlah kamu percaya tetapi selidikilah dahulu (untuk tentukan kebenarannya), janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu disebabkan kejahilan kamu, kelak nanti kamu yang menyesal."
- Utusan Malaysia
Postings yang mempunyai kaitan:-
1. APCO and Malaysia - What you need to know
2. Desperado
3. APCO modal Anwar untuk tutup kerakusan liwatnya
4. ANWAR SUSPENSION OVER APCO - The truth

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP