Memang berat untuk saya menulis surat terbuka kepada seorang surirumah dan ibu yang begitu bertanggungjawab terhadap anak-anak sekaligus seorang tokoh lagenda sehebat Mahsuri namun selaku seorang warganegara yang merasa bertanggungjawab untuk mendokumentasikan penglibatan anda selaku isteri kepada seorang lagenda seperti Anwar Ibrahim, saya terpaksa melakukannya.
Dalam sejarah Melayu memang terdapat wanita tak berdosa seperti isteri Megat Terawis mati ketika mengandung mengidam seulas nangka di bawah Sultan Mahmud yang zalim, akhirnya hidupnya mati dijulang, dibunuh oleh Megat. Mahsuri mati dibunuh, begitu juga dengan kisah Lancang Kuning.
Bukan salah ibu mengandung, anda yang taat pada suami terpaksa menanggung 'aib dan malu akibat kesilapan salah laku YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya tidak mengulangi kesilapannya untuk kedua kali setelah dipenjarakan.
Pada mulanya saya tak tergamak menulis surat ini tetapi sudah memang kerja saya selaku penulis maka saya mesti tulis juga. Macam nelayan yang kerjanya memburu ikan masakan dia hendak tangkap ayam hutan.
Siapa sebenarnya berniat mahu timbulkan politik kebencian terhadap puan? Penulis atau suami puan? Sebenarnya siapa pun tak peduli dia mahu jadi seorang homosex tetapi kerana dia seorang yang bergelar "PAK SHEIKH" dan perbuatannya boleh menjadi ikutan ramai kerana Pak Sheikh boleh buat kenapa anak muda lain tak boleh, 'monkey see monkey do'.
Siapa yang tak sedih? Memang sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim, apakah ini suratan takdir, qadak dan qadar atau karma? Lu fikirlah Wan Azizah. Dosanya membawa Azizah kahwin lari sudah dimaafkan. Pada hal itu teladan yang tak elok terutama mereka yang berpegang pada pantun: TANAM PISANG RAPAT-RAPAT, BIAR SENANG PUYUH BERLARI, KU PINANG TAK DAPAT, KU PUJUK-PUJUK KU BAWA LARI.
Seandainya Anwar Ibrahim seorang manusia biasa, tidak ambitious, tidak mahu jadi Perdana Menteri, tidak buat kacau dalam negara, tidak timbulkan huruhara dengan mengadakan reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah mithalnya siapa pun tak bercakap tentang isterinya. Anwar seorang bekas pemimpin ABIM tokoh Islam yang disegani semasa muda, sekiranya anda hanya seorang surirumah mungkin siapapun tak peduli. Sendiri punya kubur dalam, sendiri jawablah. Anda seorang doktor perubatan, politikus, public figure dan pemimpin parti politik yang mahu mengambil alih pemerintahan negara, mana boleh tutup sebelah mata.
Apakah Saiful dan keluarganya tiada maruah dan harga diri seperti keluarga anda? Perbuatan siapa kalau bukan Dato Seri Anwar yang menyebabkan Siaful terpaksa membuat laporan polis. Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Saiful oleh orang-orang Anwar. Apakah tidak benar Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Saiful?
Dato Seri Najib telah bersumpah dengan lafaz Demi Allah, "WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saaribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok. Dato Seri Najib juga bersumpah sama di dalam masjid Guar Perahu, Bukit Mertajam di hadapan ratusan jamaah. Kalau Anwar telah melakukan sumpah menidakkan perbuatan liwatnya terhadap Saiful ini perkara yang sama tutup cerita.
Seandainya apa yang didakwa oleh Ezam di muka belakang buku saya MALAYSIA WITHOUT MALAYS tidak betul kenapa anda tidak ambil tindakan mahkamah terhadap saya dan Ezam?
BANGKAI GAJAH MANA BOLEH DITUTUP. Inilah susahnya kerana anda tidak mahu berterus terang. Para pengikut dan rakyat menjadi seperti orang yang GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK, HAMA DI SEBERANG LAUTAN YANG JELAS KELIHATAN maka terjadilah satu jari menunjuk ke arah pemimpin yang tak disenangi oleh Anwar, tiga jari yang menunjuk ke arah sendiri dilupai.
Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Dato Seri Anwar dan keluarga. Apa pilihan Saiful jika aduannya kepada polis yang Anwar menembak punggungnya dikatakan satu fitnah? Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Dato Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan "Qazaf" di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)? Jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu ke rumah orang.
Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan Qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan 4 orang saksi melihat zakar Anwar masuk ke dalam dubur Saiful?
Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukkan Anwar?
Kenapa tunggu sampai hampir dua tahun dengan bermacam alasan, rakyat hendak tahu keputusan mahkamah? Betul tak Saiful mangsa liwat Anwar? Itu sahaja.
Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding Saiful. Soalnya beranikah Anwar?
Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tidak tahu langsung mengenai perangai luar tabie Anwar? Di dunia kita boleh terlepas bagaimana di akhirat nanti?
Perbicaraan Liwat Ke2 Anwar - Saiful Wan Azizah menenami Anwar Ibrahim di mahkamah |
Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.
Imej Anwar telah jatuh merudum di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa. Nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam sertatus individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majallah TIME. Anwar pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan ke 9 bagi bancian 2008.
Ramai pengikut PAS yang sedar bahawa PAS bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar. Isu moral termasuk kes liwat kali ke 2, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campurtangan asing, isu pembohongan 16 Sept, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau. Sebagai seorang isteri yang taat setia, kita tak mengharapkan anda meninggalkan dia, syurga di bawah tapak kaki suami.
Perlunya orang Islam mematuhi ajaran Islam sepenuhnya untuk mengangkat moral pemimpin mengikut akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
Wan Azizah perlu meninggalkan politik jadi seorang ibu mithali kerana telah hilang kewibawaan akibat lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran dan menjadi pejuangan demokrasi dan pejuang hak asasi manusia.
Bagaimana pula perasaan keluarga Saiful dan Saiful sendiri yang hidupnya di dalam penjara sedangkan Anwar bebas disokong oleh para penyokong taksub membuat berbagai tuduhan dan gelaran?
Selaku isteri Sheikh Anwar Ibrahim tentu puan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Seandainya anakku Fatimah Azzaharah mencuri akan ku potong tangannya." Bagaimana kita mahu anak kita menjadi seorang manusia yang baik kalau bukan kita yang menjadi contoh teladan yang baik bagi mereka. Ketam akan mengikut ibu bapa ketam berjalan. Ibunya borek anaknya rintik peribahasa Melayu.
Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan Anwar?
Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamaddun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya.
Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan tetapi kenapa ada wanita bila diberi kesempatan menjadi diktator kepada lelaki dan ada lelaki yang menjadi diktator kepada isteri.
Dari buku Tuhan, Politik dan Seks
oleh:
SH ALATTAS
No comments:
Post a Comment