Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, December 9, 2010

Doa untuk Anwar


Sejak berita tersebar bahawa Saiful Bukhari Azlan pergi Mekah untuk menunaikan ibadat Haji, ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaannya. Sihat ke tidak, sebab memang dah jadi kepercayaan orang Melayu, kalau kita ada buat tak betul, di Mekah nanti Allah tunjukkan.

Tengok pada gambar dan baca tulisan terbaharu Saiful di blog peribadinya, kita tahu dia segar bugar, dan dapat menunaikan rukun kelima Islam itu dengan sempurna.

Saiful yang membuat laporan polis dua tahun lalu mengadu diliwat majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya pergi ke Mekah untuk menemani neneknya.

Ada gambar Saiful tolak kerusi roda neneknya berlatar belakangkan Kaabah.

“Saya mengiringi nenek tersayang dan saudaranya. Nenek sudah berusia, memerlukan sokongan kerusi roda untuk berjalan jauh. Kami ikut pakej Muasasah Tabung Haji,” tulisnya.

Menurutnya, sepanjang 42 hari berada di tanah suci itu pelbagai ilmu dan pengalaman berharga diperolehi.

“Ramai juga kenalan baru di kalangan jemaah yang saya perolehi. Rata-rata memberikan respon yang positif, semangat, nasihat, mendoakan saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan masa hadapan,”katanya.

Berada di dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah menyebabkan Saiful tidak melepaskan peluang berdoa.

Katanya, kesempatan dan peluang berada di tanah suci digunakan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT.

“Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi,”jelasnya.

Saiful yang mengalami berbagai-bagai tekanan berikutan tindakan Anwar suka membuat permohonan tangguh perbicaraan kes liwatnya berkata antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.

“Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, kata Saiful, sudah dua tahun setengah dia menanti agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

“Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. “

“Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”

Ujar Saiful, dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat beliau mohon dan mengadu.

“Walau bagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya,”katanya.
- 9/12/2010
Sumber : agendadaily


Mohd Saiful mengaku di Mekah kejadian liwat...
Oleh: ROSLAN BIAN

Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.

Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

“Ia suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.

Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.

Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini.

Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.

Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.

Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.

Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.

Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.

Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.

Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelek atau sesuatu yang baharu tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.

Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong.

- 4/12/2010



Si Kitol Mengundang Gay MP Australia Mencampuri Urusan Perbicaraan Liwatnya

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara berhubung kes liwatnya apabila mengundang Anggota Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan itu dan mengadakan sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anwar, ketika memperkenalkan tetamunya itu berkata, kehadiran Xenophon ke Kuala Lumpur adalah untuk memerhati perbicaraan kes liwatnya serta bermesyuarat bersama-sama anggota Parlimen pembangkang serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin masyarakat.

"...Oleh kerana perbicaraan itu telah ditangguhkan ekoran permohonan kita untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya, beliau memutuskan untuk berada di Parlimen bagi memerhatikan prosiding dan perbincangan," katanya.

Xenophon yang juga seorang peguam berkata, tuduhan liwat terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu harus dikendalikan secara adil kerana perjalanan kes itu turut diperhati masyarakat dunia.

Beliau adalah antara 50 anggota Parlimen Australia yang memprotes supaya tuduhan terhadap Anwar digugurkan pada Februari lalu bagi mencerminkan pemerintahan berkredibiliti kerajaan Malaysia.

Xenophon berkata kerajaan Malaysia seharusnya memberikan maklumat tepat mengenai perbicaraan ketua pembangkang itu dan tidak cuba menyembunyikan pencabulan yang berlaku.

"Isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi perhatian rakyat Australia dan seperti mana yang anda tahu, 61 ahli parlimen Australia telah menandatangani notis kebimbangan mengenai perbicaraan beliau.

"Saya rasa isu yang harus difokuskan adalah keadilan dalam perbicaraan. Saya juga adalah peguam dan saya terkejut dengan kekurangan prosedur keadilan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim," kata Xeonophon.


Sumber : malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP