
Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, dakwaan liwat terhadap Anwar itu telah lama menjadi bahan perbincangan sejak pentadbiran Perdana Nenteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Saya tidak sedikit pun terkejut," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
"Tapi kerana Wikileaks mendedahkan perkara itu, maka saya kira itu jadi berita (sekarang)," tambahnya.
Menurutnya, jika Anwar merasa ia satu pembohongan, maka beliau mencadangkan ketua umum PKR itu mengambil tindakan terhadap Wikileaks, kerana menurutnya, Anwar gemar mengambil tindakan seumpama itu.

"Saya percaya Nik Aziz dan Hadi juga terkejut (dengan berita itu), tetapi mereka hanya bertindak seolah-olah mereka tidak terkejut kerana disebabkan oleh persahabatan politik mereka," katanya.
Ibrahim menegaskan sama ada tuduhan kali kedua liwat terhadap Anwar itu satu perangkap atau tidak, intipatinya ialah sama ada ketua pembangkang itu melakukan perkara itu atau tidak.
"Soalan perangkap atau konspirasi tidak timbul. Bila kita melakukan sesuatu dan orang memutuskan untuk mengambil tindakan, maka kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana faktanya adalah kita melakukan sesuatu yang tidak baik. Ia adalah satu isu moral.
"Saya tidak menuduh dia terlibat... apa yang saya katakan ialah kita perlu berhati-hati dan memerhati apa yang kita lakukan supaya kita tidak terlibat dalam isu seperti itu."
Sumber : malaysiakini
No comments:
Post a Comment