Meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, DAP masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.
Sementara PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?
Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “TIDAK”.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.
Karpal yang genap 70 tahun hari ini memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
PAS yang kelihatan sudah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini mendakwa DAP juga mula memahami dan menerima idea PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu”.
Bagaimanapun Karpal menegaskan, kesemuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan persekutuan.
“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya.
“Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.
“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal.
Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk PR.
Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.
“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.
Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?
Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.
“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkomrpomi?
“Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.
“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor memberi jaminan perkara itu sentiasa dibincangkan oleh DAP.
Difahamkan DAP dan PAS hanya akan menangani isu ini apabila mereka memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam.
“Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.
Shazwan Mustafa Kamal
Wednesday, June 30, 2010
Katakan tidak kepada Negara Islam - Itu pendirian DAP selamanya : Karpal Singh
Ulama muda yang sertai UMNO itu ‘ulama sekular’ bukan 'ulama munafiq' - Nik Aziz
Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.
“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.
“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.
“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.
Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.
“Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.
“Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik,” katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.
“Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya.
sinarharian
Ulamak PAS makan free
Sudahlah berbohong, kemudian perasan dan belagak bagus, Pelbagai tuduhan dibuat, kononnya terpedaya, tetapi bab makan free balun jugak.
Apa punya manusia khawarij PAS, berbohong atas kepentingan politik, merosakkan imej ulama. Kalau sedar diri rasa tertipu apa kejadah pegi makan dan bergambar bersama TPM.
Pisau rasakan melaun 3 ekor ini takut kepada gerembolan militan PAS anutan mereka sendiri, untuk mengelakkan di pulau oleh puak mereka, kemudian membuat tuduhan kononnya diperdaya.
Menurut saksi, Fathul Bari Mat Jahaya, melaun 3 ekor khawarij PAS langsung tidak dijemput, baca petikan di bawah:-
Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Kalau dah berasa diri terpadaya, logiknya apa perlu tunggu dalam majlis yang mereka sendiri tak suka, lebih baik beredar, ini tidak, kenyangkan perut dulu, melantak sebab penat pusing pusing di The Mall.
Idris Ahmad keterlaluan seronok dengan dakwaan Hosni hingga terlupa beliau diperbodohkan oleh anak buah sendiri.
Oleh : Estrella
BUTTERWORTH, 29 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim Selasa menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang "ulama" untuk menyertai UMNO tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan UMNO kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat UMNO", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai UMNO itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.
"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," kata beliau.
Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai UMNO.
Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai UMNO.
Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu.
Antara Bai'ah PAS dan Bai'ah DAP
Keshvinder Singh ADUN Malim Nawar yang mengumumkan keluar daripada DAP menyebabkan terbongkar perjanjian ganti rugi RM5 juta jika wakil rakyat PKR melompat parti.
Tidak berapa dahulu kita didedahkan mengenai bagaimana wujudnya amalan bai'ah cerai isteri talak tiga dalam PAS bagi memastikan tidak ada wakil rakyatnya melompat parti.
Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak kerana sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam adalah tidak wajar bai'ah yang menuntut cerai taklik tertalaq tiga dilakukan.
Walaupun dinafikan tidak semua wakil rakyat PAS melakukan bai'ah tersebut tetapi apa yang pasti ia diakui dilaksanakan.
Malahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu mempunyai rahsia tersendiri dalam menyekat wakil rakyatnya daripada melompat parti.
Hujah Abdul Hadi, rahsia tersebut ialah bai'ah yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah SWT dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon.
"Perbezaan kekuatan Ahli Dewan Undangan Negeri PAS ialah baiah berjanji dengan Allah SWT jika kami menipu, khianat dan menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah SWT, oleh malaikat dan segala yang melaknat" katanya.
Rupa-rupanya selain PAS, rakan baiknya, DAP juga akan mewujudkan perjanjian bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.
Jika PAS melibatkan sumpah ceraikan isteri talaq tiga, DAP Perak pula melibatkan soal kewangan apabila akan mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu.
Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, semua wakil rakyat DAP sebelum ini telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008, bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan.
Persoalannya, apakah wajar PAS dan DAP mewujudkan bai'ah sedemikian hanya semata-mata untuk menghalang mereka kehilangan kerusi apabila wakil rakyatnya melompat parti?
Yang manakah lebih utama, terus berada di dalam parti tanpa melakukan apa-apa yang diamanahkan atau dijanjikan kepada rakyat atau keluar parti bagi membolehkan nasib rakyat dibela?
Kalau dikaji, kesemua wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti dan merasakan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan berkesan selagi berada dalam pembangkang.
Sebelum ini mereka bertindak menjadi calon kepada pembangkang kerana merasakan parti mereka akan menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Tetapi setelah memenangi kerusi dalam pilihan raya ternyata mereka mendapati kepimpinan parti mereka lebih banyak mahu berpolitiking dan mengabaikan harapan rakyat.
Oleh itu daripada terus dilihat mengkhianati amanah rakyat adalah lebih baik mereka mencari laluan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Apakah hasrat seperti ini dilihat salah sehingga perlu ‘dihukum’ RM5 juta atau dianggap akan dilaknat akibat melompat parti?
Dalam Islam yang manakah lebih berdosa, terus menikmati segala keistimewaan sebagai wakil rakyat tanpa melakukan apa-apa untuk kesejahteraan rakyat serta bersekongkol dengan kepimpinan yang lemah atau keluar parti untuk demi memastikan nasib rakyat terbela?
Apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP dalam soal bai'ah ini adalah jelas demi kepentingan dan survival politik mereka sahaja. Walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak mampu memberikan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tetapi itu tidak penting.
Apa yang lebih mustahak bagi mereka ialah memiliki kerusi sama ada di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, soal wakil rakyat mereka membuat kerja untuk rakyat atau tidak, ia soal kedua.
Lebih malang lagi, sebahagian pemimpin pembangkang tidak pula menganggap ia satu pengkhianatan atau dilaknat jika ada wakil rakyat BN ingin menyertai pembangkang.
Ada antara pemimpin utama mereka berhujah bahawa tindakan itu tidak salah dari sisi Islam kerana kononnya keluar dari perjuangan yang tidak baik bagi menyertai perjuangan yang baik.
Malahan ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menguar-uarkan rancangan 16 September, hampir kesemua pemimpin pembangkang menyokongnya. Ketika itu semuanya ghairah untuk melihat pembangkang menguasai kerajaan pusat melalui pintu belakang.
Tetapi apabila rancangan itu gagal dan menyaksikan semakin ramai wakil rakyat pembangkang menjadi wakil rakyat bebas, maka keluarlah pelbagai hujah bagi mengutuk tindakan tersebut.
Inilah permainan politik yang ada kepada pembangkang di negara kita sekarang. Apa sahaja yang menguntungkan mereka tidak apa tetapi kalau merugikan mereka tidak boleh.
Justeru adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin pembangkang berfikiran terbuka dalam soal melompat parti ini. Kita bukanlah menyokong perbuatan melompat parti tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh membiarkan sahaja mana-mana wakil rakyat dituduh ‘makan gaji dan elaun buta’ .
Apabila rakyat mengundi seorang calon, mereka menaruh harapan bahawa wakil rakyat yang dipilih itu mampu membela nasib mereka. Tetapi apabila keadaan sebaliknya berlaku, sudah tentu wakil rakyat yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat tidak mahu duduk diam. Mereka menjadi wakil rakyat bukan semata-mata untuk mencari kuasa politik tetapi hendak berkhidmat untuk rakyat.
Bagi kepimpinan PAS dan DAP tidak apa kalau wakil rakyat mereka tidak buat kerja atau tidak menunaikan janji untuk rakyat yang penting jangan lompat parti.
Ia kerana jika perbuatan itu dilakukan maka ia akan mengurangkan kuasa politik mereka. Ertinya, apa sahaja yang hendak dilakukan oleh parti pembangkang bukanlah semata-mata untuk rakyat tetapi segalanya melibatkan kuasa politik dan merebut kuasa.
Justeru daripada PAS dan DAP membuat bai'ah atau perjanjian yang bukan-bukan adalah lebih baik mereka memperbaiki kelemahan yang ada pada mereka.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Tuesday, June 29, 2010
Azmin Ali Mahu Jadi MB Sebelum Pilihan Raya Umum 13
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri berkuat-kuasa serta merta bermula semalam.
Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
Ahmad Atory berkata, perkembangan terbaru itu jelas menunjukkan PKR sedang mengalami konflik dalaman yang serius.
“Tindakan Abdul Khalid itu menunjukkan PKR dilanda perebutan kuasa yang serius. Ini juga petanda awal beliau akan kehilangan pengaruh politik di Selangor,” katanya hari ini.
Penganalisis politik itu berkata, apabila seorang Menteri Besar sudah tidak mempunyai pengaruh politik maka akan wujud konflik antara kuasa eksekutif dan pimpinan politik di peringkat negeri.
“Ini jelas menunjukkan ada usaha menjatuhkan Khalid secara jelas walaupun mereka (PKR) menafikannya.
“Azmin ada political mileage di sini kerana dia mendapat sokongan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Oleh kerana Azmin orang kepercayaan Anwar maka lebih mudah dia mengggunakan peluang itu untuk mencapai apa yang dia mahukan,” katanya.
Menurut beliau secara tradisinya, Menteri Besar akan memegang jawatan Pengerusi PKR negeri bagi memantapkan pengaruh politiknya.
“Harus diingat jawatan Menteri Besar adalah jawatan politik kerana sebagai ketua beliau juga perlu mempunyai pengaruh politik untuk mentadbir sesebuah negeri dengan baik.
“Jika dia kehilangan pengaruh politik maka dengan mudah Anwar akan meminta dia (Khalid) utnuk meletakkan jawatan ketika itu,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata krisis yang berlaku di negeri itu sudah sampai ke kemuncak apabila jawatan Pengerusi MPN diambil alih oleh Azmin.
“Ramai pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat tak bersetuju dengan tindakan Abdul Khalid memisahkan kuasa eksekutif dan legislatif, sebab itu konflik ini wujud,
“Sebagai kerajaan negeri yang memerintah Khalid mahu menjaga kebajikan rakyat, tapi pemimpin PKR, DAP dan PAS tidak mahu keadaan sebegitu, itu punca Azmin dipilih untuk ambil alih jawatan Pengerusi MPN di Selangor” katanya.
Beliau berkata, sebagai ketua, menteri besar itu bijak mentadbir negeri, namun tindak tanduk beliau itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin.
Pada masa yang sama, Shamsul Amri berkata, personaliti Azmin sebagai orang kanan Anwar merupakan faktor utama dia dipilih.
“Azmin ada historical connection dengan Anwar sebelum PKR ditubuhkan lagi. Dia (Azmin) ibarat tiang seri dalam parti.
"Ahli Parlimen Gombak itu punya pengaruh politik yang lebih mantap daripada Abdul Khalid. Jadi bila dia tidak puas hati dengan gaya pemerintahan Menteri Besar maka dia menggunakan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Pengerusi PKR negeri,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dalam tempoh terdekat ini.
“Tidak mustahil untuk Abdul Khalid letak jawatan dengan tekanan yang diberikan kepada dia sekarang ini,” katanya.
Sebelum ini timbulnya desas-desus yang mengatakan wujudnya gerakan bantahan diperingkat cabang dan ranting di Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdul Khalid sebagai Pengerusi MPN.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor.
Oleh : NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Pas tidak gentar orang agama masuk UMNO
Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, mereka juga tidak gentar walaupun UMNO berjaya menarik beribu-ribu ahli agama untuk menyertai parti itu menentang dasar yang dibawa UMNO.
“Mereka yang menyerah borang tempoh hari adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, beliau menghubungi rakan-rakan di Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyiasat latar belakang pensyarah yang menyertai UMNO itu tetapi rata-rata tidak mengenalinya.
“Siapa sahaja yang memimpin UMNO, Pas akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. Pas tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan UMNO parti yang tidak betul,” katanya.
Idris mendakwa, UMNO bukanlah tempat orang agama untuk berjuang kerana parti itu semakin rapuh, penuh dengan rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat, pembaziran dan menggadaikan hak negara kepada Singapura dan Brunei.
“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaaan Pakatan Rakyat (PR), tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan UMNO.
“Pas berasa hairan ketika kapal UMNO hendak tenggelam dan penyakit barah sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama tenggelam bersama-sama ahli UMNO,” katanya.
Jumaat lalu, seramai 40 orang Ulama muda yang diketuai Pensyarah UKM, Datuk Fadlan Mohd Othman menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
sinarharian
Sunday, June 27, 2010
Rambut wanita bukan 'aurat - Tudung, Hijab dan Burqa (Bahagian 2)
Gambar hiasan - Menutup 'aurat' dan 'perhiasan' dan bertudung rambut | Menutup 'aurat' dan 'perhiasan' dan bertudung muka dan rambut dengan 'burqa' | Menutup 'aurat' dan 'perhiasan' dan bertudung muka dan rambut dengan 'purdah' |
KEBANGKITAN agama yang terjadi ekoran meletusnya revolusi Syiah di Iran pada tahun 1979 telah membawa beberapa perubahan dalam kehidupan agama masyarakat Islam di seluruh dunia.
Salah satu perubahan itu ialah sebilangan besar kaum wanita Islam kembali kepada amalan memakai tudung atau hijab.
Bagaimanapun, isu ini sukar dibincangkan secara ilmu terutama pada waktu sekarang dan sesiapa yang cuba menggeledahnya boleh dituduh macam-macam termasuk dicap menentang hukum Allah.
Bukan tiada ulama pragmatis yang mengetahui tentang kedudukan sebenar mengenai tudung ini, tetapi mereka tidak mahu bercakap tentang perkara tersebut.
Ketika ulama dogmatis menjadikan hukum memakai tudung sebagai kewajipan yang tidak boleh bertolak ansur dan sesetengah pergerakan agama menjadikannya sebagai agenda perjuangan, ulama pragmatis pula memandangnya sebagai kecil dan remeh.
Pada pandangan ulama golongan kedua ini, perkara seperti itu tidak ada faedah dan tidak patut diberi perhatian, tetapi yang patut diberi perhatian ialah soalan pembangunan umat yang menyeluruh termasuk pendidikan, politik, ekonomi dan lain-lain.
Sepintas lalu agak logik juga mendengar ulama pragmatis di negara-negara Arab berhujah pada tahun 80-an.
Bagaimanapun, jika diteliti betul-betul perkara kecil dan remeh inilah yang membawa banyak masalah kepada orang ramai jika ulama tidak sanggup memberi penjelasan dengan sebaik-baiknya.
Ini kerana perkara kecil dan remeh ini boleh menjadi perkara besar yang berbahaya.
Dalam kehidupan harian kita terdapat banyak perkara kecil dan remeh yang boleh mengganggu dan mengancam kita.
Sebagai contoh sebiji atau beberapa biji pasir yang termasuk dalam kasut kita dianggap perkara terlalu remeh dan kecil, tetapi ia boleh menyebabkan kita kehilangan imbangan, apatah lagi jika kita berada dalam keadaan tidak boleh menanggalkan kasut untuk membuang pasir itu.
Hasil daripada kehilangan imbangan itu mencetuskan perkara yang lebih berbahaya iaitu kemarahan. Jika kemarahan itu pula melanda diri kita, mungkin kita tidak akan berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam kehidupan kita di rumah, di tempat kerja dan di sekeliling kita selalu ada masalah seperti ada sebiji atau beberapa biji pasir dalam kasut ini.
Sesetengah orang mungkin lebih sakit dan menderita apabila berhadapan dengan perkara-perkara kecil kerana tidak pandai mencari jalan keluar daripada masalah itu. Tetapi sebenarnya manusia yang hilang pertimbangan tidak dapat membezakan antara masalah kecil dan masalah besar. Pada manusia seperti ini masalah kecil adalah masalah besar.
Dengan itu tidak wajar membiarkan perkara remeh dan kecil itu menjadi masalah besar dan dalam kes tudung ini jika dibiarkan tanpa penjelasan sebaik-baiknya ia boleh menyebabkan orang mengecap wanita yang tidak bertudung sebagai kurang Islam ataupun terus mengecapnya tidak Islam dan kafir.
Penulis pernah membincangkan isu yang dianggap remeh dan kecil tetapi berbahaya ini dalam ruangan ini dan ruangan E-mel Daripada Pembaca, tetapi terpaksa dihentikan kerana isu yang berat perlu didedahkan secara bertahap-tahap.
Pendekatan ini menjadi pilihan penulis kerana penulis tetap dengan kehendak dakwah Islam yang menyuruh orang berilmu menyampaikan ilmu mereka mengikut kadar kemampuan berfikir masyarakat serta menggunakan hikmah kebijaksanaan dan cara yang lemah lembut.
Tindakan menghentikan perbincangan mengenai tudung itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada sesetengah pembaca yang belum bersedia dari segi pengetahuan agama supaya lebih banyak membaca atau bertanya kepada orang yang lebih tahu dalam agama.
Bagaimanapun, kini penulis percaya sudah tiba masanya untuk menulis beberapa bahagian lagi mengenai tudung dan berharap ia dapat memberi faedah dalam pencambahan minda.
Sebenarnya tudung bukan perkara yang baru muncul bersama kemunculan Islam. Sebaliknya kemunculannya mendahului Islam kerana ia wujud dalam semua agama langit dan kebanyakan agama budaya.
Malah ia wujud juga dalam kebudayaan Arab Jahiliah, kebudayaan Roman, kebudayaan Parsi dan lain-lain.
Dr. Abdul Wadud Shalabi dalam Fi Mahkamatittarikh menulis, orang bukan Islam memerli kita dengan tudung padahal ia diakui dalam semua syariah dan agama.
Apa yang termaktub dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament) menjadi bukti yang menolak semua pembohongan terhadap Islam.
Dalam al-Ishah 14 daripada Sefr at-Takwin ada menyebut: Dan Ishak keluar untuk melihat ladang yang didatangi air... dia mengangkat pandangannya dan melihat... seekor unta sedang mara ke arahnya... Refqa (Rebecca) mengangkat pandangan dan melihat Ishak... dia turun dari unta sambil menyoal hambanya: ``Siapakah lelaki yang berjalan dalam ladang dan mara ke arah kita?'' Hamba itu menjawab: ``Dia adalah tuanku.'' Lantas Refqa pun mencapai purdah dan menutup mukanya.
Dalam al-Ishah 3 daripada Sefr Ashi'ia ada menyebut: Allah akan menghukum anak-anak gadis Zion yang tidak bertudung dan berbangga dengan bunyi gelang kaki mereka.
Terdapat sejenis tudung dipanggil wimple dipakai oleh wanita Kristian di atas kepala dan di sekitar leher, pipi dan dagu. Ia biasanya diperbuat daripada linen putih atau sutera yang bagus. Ia digunakan dengan membingkaikan muka dan menudung leher dan bahagian dada.
Sekurang-kurang pada penghujung abad ke-12 sehingga permulaan abad ke-14, pemakaian tudung begitu ketara di seluruh Eropah pada zaman pertengahan. Kini pakaian itu masih kelihatan dipakai semula oleh sesetengah wanita Barat yang kuat beragama di selatan Eropah dan pulau-pulau di Laut Mediterranean. Begitu juga ada sejenis fesyen tudung digunakan di kalangan wanita Kristian kini dikenali sebagai hajab iaitu hijab atau tudung.
Dikatakan pakaian itu diterima oleh wanita Barat pada zaman pertengahan dulu dengan meniru pakaian wanita Islam di Asia Barat. Para pejuang Kristian yang melancarkan perang Salib dulu yang membawa fesyen itu ke Barat.
Dalam Injil pula disebut (1st Corinthians 11:5 E6): ``Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau sembahyang dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudung kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan kalau rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudung kepalanya.''
Jika merujuk kepada zaman Roman, kita juga boleh mendapati tudung menjadi pakaian wanita di kalangan orang Roman.
Mohammad Ali El-Zahiri dalam Huquq al-Mar'ah Wa Ghairiha menulis: ``Kaum wanita Roman bekerja di rumah. Sedangkan para suami dan bapa mereka pula ikut serta dalam peperangan. Selain kerja dalam rumah, kaum wanita Roman juga melaksanakan kerja menenun... mereka sangat keterlaluan dalam mengenakan pakaian tudung.''
Sebagai contoh seorang bidan tidak akan keluar dari rumah kecuali menutup lingkup dirinya dan tidak kelihatan kecuali muka yang berpurdah tebal. Sedangkan pakaiannya pula labuh sehingga mencecah buku lali. Di atas pakaian itu pula terdapat jubah (menutupi badan) dan tidak boleh ternampak sedikit pun bentuk liuk tubuhnya.
Di kalangan penganut Hindu pula terdapat juga amalan memakai tudung. Sejenis tudung wanita Hindu dikenali sebagai parda dan ia adalah purdah yang dipakai wanita Islam di Asia Barat. Bagaimanapun, pakaian tradisi wanita India secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan pakaian wanita Islam. Ini barangkali disebabkan India pada masa lalu pernah diperintah oleh beberapa kerajaan Islam.
Banyak lagi agama dan budaya lain yang mewajibkan atau sekurang-kurangnya menggalakkan kaum wanita memakai tudung. Tetapi penulis percaya apa yang telah dibincangkan di atas adalah mencukupi untuk menjadi hujah bahawa tudung merupakan fenomena agama dan budaya sedunia kerana ia wujud dalam kebanyakan agama dan budaya.
Saturday, June 26, 2010
Johor Ruler asks Putrajaya to reconsider new Causeway
Sultan Ibrahim Ismail stresses the Johor-Singapore Causeway project is important for the people of Johor. — Bernama pic
JOHOR BARU, June 26 — The Sultan of Johor today asked Putrajaya to consider reviving the bridge project to replace the Causeway between the state capital and Singapore.
Sultan Ibrahim Ismail said the project was important for the people of Johor.
He said this at the launch of the Kembara Mahkota programme at JB Sentral, his annual programme to tour the state and meet the people that was started when he was the crown prince.
There has been several attempts to replace the 1,056-metre Johor–Singapore Causeway that was completed in 1923 after four years of construction at a cost of $17 million (in 1924).
It continues to serve as a road, rail, and pedestrian link, as well as water piping into Singapore as Malaysia mulls several options including a crooked bridge that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said will allow water flow and ships to pass through the narrow Johor strait.
The causeway is connected to the Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine Complex in Johor Bahru that replaced the Causeway Checkpoints on December 16, 2008.
The complex is linked to Johor Bahru’s Inner Ring Road which intersects with the Skudai Highway and on the Singapore side, the causeway leads to the Woodlands CIQ checkpoint.
The causeway carries 60,000 vehicles on a typical day, with particularly bad traffic congestion on the eve of public holidays. BERNAMA
Friday, June 25, 2010
40 ulama muda sertai Umno
Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.
Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.
“Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.
“Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.
Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.
“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.
Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.
Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.
Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.
Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.
Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.
Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.
“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.
Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”
“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.
Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.
Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.
Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.
Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.
Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.
“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.
Beliau merupakan rakan Asri.
Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”
Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.
Sunday, June 20, 2010
Judi bola dan Nik Aziz
Teringat suatu ketika dahulu Allahyarham Fadzil Noor pernah turun memberi ceramah di padang belakang rumah saya di Taman Permata Hulu Kelang. Ketika itu Hulu Kelang (dan kini juga) merupakan kubu kuat Barisan Alternatif yang Adun ketika itu adalah Azmin Ali.
Maka seperti mana-mana ceramah yang dianjurkan oleh PAS pastinya dipenuhi dengan penonton dan tertarik dengan suasana yang begitu meriah saya pun turut serta dalam keramaian itu.
Sewaktu itu kes JE (Japanese Encephalitis) yang berpunca dari ternakan babi hangat diperkatakan dan antara ucapan yang masih lagi terngiang di minda saya adalah apabila Fadzil Noor dengan berseloroh berkata,
“Badwi dekat negara Arab merupakan pengembala unta, Badwi (Abdullah Ahmad Badawi) dekat Malaysia pulak pengembala babi.”
Ianya kemudian diikuti dengan gelak ketawa para penonton dan jeritan “Takbir! Allahu Akbar”.
Sekarang kita kehadapan beberapa tahun selepas pemergian Allahyarham Fadzil Noor. PAS, DAP dan PKR membentuk kerajaan campuran di Selangor setelah kemenangan pada pilihanraya umum dan sejurus dari keputusan itu, Teresa Kok mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta dari kerajaan Selangor untuk projek ternakan babi. Namun kali ini ianya tidak pulak diikuti dengan selingan ketawa mahupun jeritan takbir dan penyokong PAS.
Maka dari cerita di atas penulis hendak menunjukan dalam artikel kali ini tentang bagaimana Parti Islam Semalaysia yang kini terpaksa membuat percanggahan antara prinsip Islam dengan keadaan politik semasa dan kali ini kes terbaru adalah mengenai Isu Bola dan di sini penulis ingin mengupas antara isu Judi Bola dan Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan perkaitannya dengan cerita di atas.
Baru-baru ini telah dianjurkan tunjuk perasaan atau demonstrasi membantah kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan. Dilaporkan Nik Aziz Murshidul Am PAS meminta umat Islam untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon langkah kerajaan untuk meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia tidak kesampaian.
Ianya tidak mengejutkan apabila Parti Islam SeMalaysia membantah perkara ini atas dasar prinsip perjuangan Islam keraja judi itu membawa kepada kemungkaran, tidak kisahlah kalau syarat lesen judi adalah hanya kepada golongan bukan Islam. Judi tetap judi dan yang haram itu tetap haram mengikut pendirian parti ini.
Akan tetapi menarik apabila saudara Syed Azidi Abdul Azizyakni pengarang kepada blog Kickdefella telah mengupas mengenai isu berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.
Untuk pengetahuan pembaca Kelantan walaupun di bawah pemerintahan kerajaan PAS yang disifatkan lebih Islamik dari kerajaan pusat dan digelar sebagai serambi Mekah, Kelantan membenarkan penjualan arak di negerinya dengan syarat ianya boleh dijual kepada orang bukan Islam. Antara kupasan menarik yang diketengahkan oleh Sheikh (nama samaran Syed Azidi) adalah hujah Nik Aziz berkenaan dengan isu penjualan arak di Kelantan.
“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam dan kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” Nik Aziz pada 19 Nov 1992.
“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” Nik Aziz 26 Nov 1994 apabila menjawab pengkritik Dasar Membangun Bersama Islam.
Untuk maklumat lebih lanjut saya cadangkan pembaca singgah ke blog Sheikh dan membaca pendapat beliau mengenai isu ini. Akan tetapi apa yang hendak ditonjolkan adalah dua perkara iaitu:-
1. Berdasarkan hujah Nik Aziz mengenai penjualan arak, bukankah kerajaan pusat boleh melakukan perkara sama dalam kes Judi Bola? Kalau tidak mengapa?
2. Adakah PAS terutama sejak dua menjak ini nampaknya mengubah pendirian mereka berdasarkan keperluan politik dan bukan lagi berlandaskan perjuangan?
Perkara pertama saya biarkan kepada pendukung dan penyokong parti PAS untuk menjawabnya sekiranya mereka mempunyai sebab, saya juga ingin tahu. Saya lebih berminat kepada perkara yang kedua iaitu perubahan pendirian berdasarkan keperluan politik. Dapat kita melihat dari cerita di awal penulisan ini membuktikanya.
Apatah lagi mana suatu ketika dahulu yang mana PAS cukup sibuk dengan pendirian negara Islam telah memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menolak tentang perjuangan negara Islam dalam PAS menjadi ahli Majlis Tertinggi..
Nampak sejak dua menjak baru-baru ini Nik Aziz banyak membuat kenyataan semacam fatwa yang berasaskan kepentingan politik dan bukan perjuangan. Aneh apabila Tuan Guru mengeluarkan kenyataan cuba mempertahankan Lim Guan Eng apabila pejabatnya mengeluarkan pekeliling membatalkan perarakan Maulidur Rasul.
Aneh juga apabila sebelum ini tidak pernah menjadi isu perarakan sempena Maulidur Rasul tiba-tiba Nik Aziz mempersoalkanya semata-mata hendak mempertahankan rakan politik di Pulau Pinang. Banyak lagi kenyataan-kenyataan murshidul am PAS baru-baru ini yang sering bercanggah dan contoh isu judi bola adalah antara salah satu daripadanya.
Jadi saya yang semakin musykil dengan tindakan PAS serta kenyataan mereka baru-baru ini, semakin keliru dengan perjuangan mereka. Banyak kenyataan bercanggah atau kenyataan main lepas cakap oleh Murshidul Am PAS ini yang kadangkala mengelirukan ahli PAS sendiri.
Oleh itu pada pendapat saya lebih baik ahli politik PAS cuba menyelesaikan masaalah percanggahan “hukum” dan “fatwa” oleh Murshidul Am mereka sebelum mengadakan protes jalanan lagi. Takut-takut orang kata, apa yang memberi ketuntungan kepada politik PAS hukumnya HALAL.
Jangan sampai hukum dan fatwa berlandaskan kepada peribahasa “Tepuk dada tanya Nik Aziz” bahaya tu.
Zaidel Baharudin
Siapa berbohong dan siapa bakal pengganti Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas?
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terus berdepan dengan isu apakah beliau berbohong lagi.
Terbaru, Anwar gagal memberikan penjelasan menyakinkan terhadap dakwaan bahawa beliau pernah mengaku memiliki dan menonton video lucah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Skandal seks ADUN tersebut pernah menggemparkan negara tidak lama dulu selepas ia terdedah menerusi pengedaran video sebagaimana skandal bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek.
Bezanya, Wong terus menyandang jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor sementara Soi Lek mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan.
Berdasarkan pendedahan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR termasuk Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) baru-baru ini, Anwar pernah membuat pengakuan memiliki dan menonton video adegan seks ADUN berkenaan.
Malah beliau ketika itu mahu Wong dipecat daripada jawatan Exco.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan tersebut. Dalam reaksi balasnya, Zahrain menyatakan beliau tidak terkejut dengan penafian Anwar ‘kerana itu kepakarannya’.
Menurut beliau lagi: ‘‘Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar pernah memberitahu kami dalam satu taklimat yang beliau pernah melihat gambar dan video seks Elizabeth Wong.” Persoalannya siapakah yang berbohong?
Selepas Anwar dikritik hebat oleh pelbagai pihak ekoran isu pembohongan 16 September 2008 dan menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tidak sukar sebenarnya untuk membuat rumusan dalam hal ini.
Awang turut tertarik dengan pendedahan bekas sahabat Anwar, S.Nallakaruppan bahawa ketua pembangkang itu adalah ‘penyokong’ syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.
Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum berkata, Anwar selalu berusaha untuk mendapatkan bantuan Magnum termasuk menggunakan pesawat milik syarikat perjudian itu untuk ke luar negara. Banyak lagi perihal Anwar yang rahsianya dalam genggaman Nallakaruppan.
Sebab itu beliau dan ramai lagi pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti melabelkan Anwar sebagai putar alam. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, isu pengkhianatannya terhadap kepentingan agama dan bangsa serta cubaan berterusan mendapatkan campur tangan asing, menyebabkan imej beliau merudum.
Dalam pada itu, Awang tergamam apabila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa Anwar lebih layak untuk menggantikan tempat beliau.
‘‘Kalau saya diberi peluang, saya mahu beri jawatan ini (Mursyidul Am Pas) kepada Anwar kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran,” katanya. Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan dan keputusan yang diambil oleh parti itu.
Apakah serendah itu tanda aras yang ditetapkan oleh seorang tok guru dan mendakwa dirinya ulama bagi mencari penggantinya?
Awang dapat tahu kenyataan Nik Aziz mengundang reaksi kurang senang di kalangan ramai pemimpin dan ahli Pas. Ia seolah-olah menampakkan tiada pemimpin Pas yang layak untuk jawatan tersebut sedangkan parti itu tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berkebolehan. Lebih mengganggu fikiran mereka ialah Nik Aziz terlalu mengangkat Anwar.
Pada mereka, mengaitkan pemimpin PKR itu ke jawatan Mursyidul Am umpama suatu penghinaan kepada Pas. Apakah motif Nik Aziz? Berdasarkan perbualan Awang dengan beberapa aktivis dan pemimpin negeri di bawah Pas, Menteri Besar Kelantan itu mungkin mahu ‘menghidupkan semula’ pengaruh kumpulan Erdogan (pro Anwar) dalam parti itu yang beliau adalah pendokongnya.
Ada pula berpandangan, Nik Aziz mahu membuka laluan awal kepada Anwar untuk menyertai Pas memandangkan PKR makin lemah dan dijangka berkubur tidak lama lagi.
Anwar perlukan landasan politik baru dan dikatakan akan lebih selamat berada dalam nakhoda Pas berbanding DAP. Tidak kurang juga yang membaca kenyataan itu sebagai tanda kurang yakin Tok Guru kepada pemimpin Pas khususnya Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang dilihat bukan orangnya.
Pelbagai analisis berlegar. Apa pun, suara perwakilan muktamar tahunan Pas yang mahu parti itu lebih dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak dibayangi parti lain iaitu DAP dan PKR nampaknya tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. Jika impian beliau menempatkan Anwar sebagai Mursyidul Am tercapai, Pas akan menjadi parti yang ‘berjaya’ membantu menyelamatkan karier Anwar. Buat pertama kalinya nanti Mursyidul Am Pas disandang oleh pemimpin yang diwarnai isu moral, integriti, pengkhianatan dan pembohongan. Pas akan berubah menjadi parti yang serba boleh.
Awang Selamat
Saturday, June 19, 2010
Rambut wanita bukan 'aurat' ? (Bahagian 1)
SAYA baru sahaja berumur 19 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA di negara ini. Saya ingin nyatakan satu persoalan yang mungkin dianggap remeh oleh penulis tetapi menjadi satu persoalan yang belum ada jawapan kepada saya.
Persoalan saya adalah tentang 'aurat' di kalangan wanita Islam. Sebelum ini saya mengakui saya tidak menutup 'aurat' saya seperti yang dikehendaki dalam Islam tetapi bila saya mula menjinakkan diri ke arah agama banyak yang telah saya baca dari buku mengenai 'aurat'.
Tetapi ingin saya tahu kenapa isteri para pemimpin kita dan para pemimpin wanita kita di kalangan orang UMNO tidak menutup 'aurat' seperti yang dikehendaki oleh Islam.
Saya rasa jika pemimpin sendiri tidak menonjolkan personaliti yang bercirikan Islam macam mana rakyat hendak mengikutnya.
Dayana Norman
dayana_normy@lovemail.com
Mingguan Malaysia 10 Oktober 1999
Jawapan
SAUDARI antara puluhan pembaca yang bertanya kenapa penulis menyokong Kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai isteri yang tidak bertudung.
Sebenarnya beberapa tahun lalu penulis pernah menulis tentang isu yang sangat sensitif ini, tetapi mungkin ramai yang tidak membaca apatah lagi mengikutinya.
Sebelum menjawab pertanyaan ini penulis ingin menjelaskan pendirian penulis mengenai tudung wanita. Sebenarnya wanita yang berpakaian ketat, singkat, buka-buka dan lucah kerana salah dari segi agama, moral, tatsusila orang Timur, keselamatan dan kesihatan.
Selain itu apa yang akan dijelaskan di bawah ini jangan disalah faham menganggap penulis anti wanita bertudung. Sebaliknya penulis hanya membentang pandangan cerdik pandai dan ulama Islam mengenai tudung wanita serta menyebut apa yang berlaku dalam alam kenyataan.
Secara ringkas penulis dapat jelaskan bahawa terdapat tiga pandangan mengenai perkara tersebut:-
1. Tutup rambut dianggap sebagai wajib dan mana-mana wanita membuka rambut dianggap melakukan dosa besar.
2. Membuka rambut dianggap dosa kecil seperti dosa-dosa kecil yang lain yang tidak diambilkira oleh Allah jika tidak terlibat dengan dosa besar dan sentiasa mengerjakan ibadat yang wajib. Dosa kecil ini boleh terhapus dengan hanya mengambil air sembahyang saja.
3. Membuka rambut tidak dianggap berdosa langsung.
Wahyu Allah swt yang perkaranya ada kait-mengait:-
An-Nur:30 - "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
An-Nur:31 - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Tafsiran ayat 31 surah An Nur oleh Profesor Dr. HAMKA dalam kitab "Soal Jawab Agama Islam" Penerbitan Pustaka Melayu Baru cetakan ketiga 1980 pada muka surat 48-50:-
"Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kelaminnya dan janganlah mereka mempertontonkan perhiasan mereka kecuali yang lahir saja, dan hendaklah mereka memberlitkan kain kudung ke dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (mertua), atau anak laki-laki mereka, atau anak suaminya, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki dari saudara lelaki mereka, atau anak lelaki kepada saudara perempuan mereka (kemenakan), wanita-wanita mereka (sesama mereka), atau hamba-hamba sahaya perempuan, pengikut-pengikut lelaki yang tiada syahwat kepada wanita atau, kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan; Dan janganlah merentakkan kaki supaya diketahui orang perhiasan mereka yang tersembunyi; Dan taubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat kemenangan".
Di ayat ini dijelaskan bahawa yang penting bagi mereka (wanita-wanita) ialah menahan, jangan bermata genit. Kedua jangan mempertontonkan perhiasan kecuali perhiasan yang biasa kelihatan saja, misalnya cincin di jari, subang di telinga, gelang di ujung lengan. Untuk menjaga jangan sampai perhiasan yang tersembunyi kelihatan, hendaklah selendang dibelitkan ke dada. Kerana dada atau susu adalah perhiasan yang paling menarik mata laki-laki - Prof. HAMKA.
Nota: Buku penulisan Allah Yarham Professor Dr. Hamka ini dalam menjawab kepada kemusykilan agama yang terakhir diterbitkan adalah "Prof. Dr. Hamka - Membahas Kemusykilan Agama" terbitan Pustaka Dini Sdn Bhd, Shah Alam yang mana cetakan pertamanya (Edisi Malaysia) adalah pada tahun 2002 dengan harga RM45.00. Buku ini turut memasukkan topik dari buku terdahulu dan lebih banyak topik kemusykilan lagi.
Rujuk juga : Rambut Wanita bukan 'aurat? (Bahagian 2)
Zahrain dakwa dalam Dewan Rakyat Anwar sendiri buka cerita mengenai video acara ‘makan ais krim’ Elizabeth Wong
Yang Berhormat Elizabeth Wong mungkin sekarang tidak dapat tidor nyenyak seperti dalam gambar meletup yang diambil tanpa disedarinya dalam rumahnya.
Isu itu sudah lama sejuk manakala teman lelakinya, seorang pemuda Melayu aktivis PKR terus menghilang sampai ke hari ini.
Elizabeth juga sudah lama kembali jadi wakil rakyat macam tidak ada apa yang berlaku setelah timbul desas desus mungkin kosongkan kerusi ADUN Bukit Lanjan,Selangor sewaktu isu gambarnya jadi bualan hangat.
Ramai yang tersenyum sinis melihat bagaimana usaha ‘ mengsucikannya’ selepas itu. Ini termasuk muncul dengan berbaju kurung atas pentas ceramah PAS di Kelantan sekalipun satu dunia tahu beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam yang curi ambil gambarnya itu.
Apa agaknya perasaan Elizabeth bila mendengar kisahnya kembali hangat apalagi ia bukan bergegar di warong kopi atau kaki lima tetapi dalam sidang Dewan Rakyat.
Wow…rupanya bukan setakat gambar mengiurkan sedang tidor nyenyak tetapi ikut ceritanya ada video aksi seksnya.
Menariknya yang didakwa buka cerita pasal itu bukan orang lain tetapi bos PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang juga bekas sahabat baik Anwar semasa membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 di Dewan Rakyat Selasa.
Bekas Ahli Parlimen PKR itu membuat dakwaan itu bukan tidak bersebab.
Ini untuk menguatkan hujahnya setelah menyifatkan Ketua Pembangkang itu patut digelar "Ketua Pembohong" kerana sentiasa membuat pembohongan tanpa rasa malu demi mencapai hasratnya untuk berkuasa.
"Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan tanpa sebarang rasa malu demi mencapai matlamat merampas Putrajaya. Bak kata seorang rakan beliau, itulah kelebihan Permatang Pauh, dia langsung tiada maruah dan harga diri," katanya.
“Lying is speaking to him,” tambahnya.
Anwar tidak ada dalam dewan sewaktu Zahrain berucap.
Zaharin berkata antara pembohongan yang dilakukan Anwar ialah dalam isu Apco, isu judi di Sabah serta tuduhan kononnya anggota-anggota Parlimen daripada PKR ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti dan skandal seks melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR.
"Sekarang beliau membawa dongeng baru kononnya kami menerima sogokan RM2 juta. Saya tahu beliau membuat pembohongan itu kerana terdesak kerana beberapa cabang PKR bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau semasa kongres PKR di Kota Baharu baru-baru ini," kata Zahrain.
Zahrain juga menasihatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak mengikut kerajaan Selangor yang membuat janji setinggi langit.
"Kalau air laut dijadikan tinta nescaya tidak cukup untuk menulis janji-janji mereka," katanya.
Ahli Parlimen itu secara spesifik menghuraikan tentang pembohongan mengenai video skandal seks Elizabeth.
Katanya,“saya tidak berminat dengan serangan peribibadi kepada mana-mana pihak.Tetapi Ketua Pembangkang sekarang dah berubah rupanya menjadi “ Ketua Pembohong”.
“Saya masih ingat bagaimana beliau membohongi kami mengenai isu skandal seks YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan.
“Semasa skandal seks itu memuncak beliau memanggil kami dan memberi taklimat kononnya YB Elizabeth Wong mesti berhenti dan meletak jawatan Exco (Selangor) dan ADUN, kerana katanya bukan sahaja gambar yang tersebar,beliau pernah melihat video YB Elizabeth dengan perlakuan seks kononnya,termasuk acara makan ‘ais krim” katanya.
“Kami semua terkedu dengan kenyataan beliau itu. Malahan beliau nyatakan akan menunjukkan video itu kepada kami.
“Tapi hingga hari ini habuk pun tarak.YB Elizabeth Wong masih kekal dijawatannya. Sebaliknya YB Kulim Bandar Bharu (Zulkifli Nordin) yang mengkritik Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana mengekalkan YB Elizabeth Wong yang akhirnya dipecat daripada parti apabila cuba mempertahankan Islam.”
Sehari sebelum itu, Isnin Zahrain yang ditemui Agendadaily di lobi Parlimen mendakwa waktu itu Anwar mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Elizabeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.
“Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya (singkir Elizabeth),” ujar Zahrain.
Soalnya sekarang bagaimana agaknya Elizabeth nak mengadap bosnya setelah mendengar apa yang didakwa oleh Zahrain itu ?.
Juga apakah Anwar nak menafikan dakwaan terbaru yang Ahli Parlimen Bayan Baru itu bagi contoh untuk gelarnya sebagai "Ketua Pembohong” ?.-16/6/2010
Video seks Elizabeth Wong : Anwar nafi...Zahrain pertahan dakwaan...Zulkifli juga kata Anwar cakap
Oleh: ROSLI ISMAIL
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar lobi parlimen untuk menafikan dakwaan Datuk Seri Zahrain Hashim beliau memiliki atau pernah melihat video aksi seks Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
Beliau cuba meremehkannya sebagai satu dakwaan yang bukan serius.
“Kenapa kita perlu pedulikannya. Kenapa nak pedulikan orang yang dibayar. Adakah awak fikir ini satu tuduhan serius. "Nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan. Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima," kata Anwar .
“Saya tidak menonton. Saya tidak tahu jika dia menonton video lucah. Saya tidak tahu jika dia berbuat demikian,” katanya.
Dalam sidang akhbar itu Anwar yang kurang senang dengan asakan seorang wartawan RTM agar memberi bukti dakwaannya Ahli Parlimen PKR yang lompat parti disogok RM 2 juta telah bertegang urat dengannya hingga menyebut 'shut up '.
Sementara itu dalam reaksi segera ketika ditemui Agendadaily selepas itu Zahrain mempertahankan dakwaannya.
Katanya Anwar ada bercakap soal video seks itu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR termasuk beliau di bilik Ketua Pembangkang di tingkat 14 bangunan Parlimen semasa isu Elizabeth hangat tidak lama dulu.
“To me very simple …bukan saya seorang yang dengar… pi tanya semua MP PKR... kalau nak bersumpah mari kita lawan bersumpah," katanya.
Ditanya apa yang diberitahu Anwar di situ beliau berkata,” dia kata apa yang disiar dalam internet (gambar Elizabeth sedang tidor) is nothing …dia kata ada video lagi teruk dari tu… I have proof.
“Biasalah dia tak mengaku… now he is cornered …the best now pi tanya semua MP yang hadir di bilik tu,”katanya.
Menurut Zaharin sebelum tulis mengenai perbualan Anwar tentang video Elizabeth Wong itu dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke 10 Isnin beliau terlebih dahulu periksa balik fakta agar tidak silap.
Antaranya ialah dengan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin yang hadir sama masa perbualan itu.
“Kita bukan main lepas tak tentu hala... tak kan saya nak cakap benda tak wujud… kalau Anwar nak nafi dia boleh nafi." katanya.
Kemudiannya Zahrain adakan sidang akhbarnya bersama, Zulkifli dan Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong di lobi parlimen.
Di situ Zulkifli mengesahkan beliau hadir sama semasa Anwar bercakap mengenai video itu di bilik berkenaan.
Perbualan mengenai Elizabeth timbul semasa Anwar sedang memberi suatu taklimat kepada mereka di situ.
“Saya mengesahkan bahawa saya ada sama ketika taklimat itu dibuat di tingkat 14 Parlimen ...dia cuba meyakinkan kami untuk ambil tindakan memecat YB Elizabeth Wong…dan kalau siapa tengok selepas itu saya ada keluar kenyataan minta Menteri Besar Selangor agar memecat Elizabeth Wong… sebabnya dari situlah.
Ditanya apakah Anwar ada beri apa-apa arahan semasa itu, Zulkifli kata beliau akan dedahkan hal itu kemudian.
Ditanya apa yang Anwar cakap masa perbualan berkenaan,beliau berkata,” dia tengok sendiri …bukan sekadar gambar yang tersebar tapi ada benda lain…dia sebut benda lain itu video…dia Ketua Umum PKR (jadi kami percaya). ”
Katanya ada beberapa orang Ahli Parlimen PKR lain turut hadir.
Mengenai penafian Anwar pula beliau memetik ucapan perbahasan Zahrain merujuk pada Ketua Pembangkang itu dalam ucapan perbahasannya... lying is speaking to him .” Apa yang dia cakap kena check dulu,” tambahnya.
Zahrain, Zulkifli dan Wee berkata mereka tidak hairan kalau Anwar menafikannya.
Kata Zahrain “kalau dia nak nafikan, biasalah itu kepakaran dia. Saya sanggup bersumpah yang dia pernah kata dalam satu taklimat bahawa dia bukan saja pernah tengok gambar malah video Elizabeth juga.
Beliau juga menjelaskan tujuannya membangkitkan soal perbualan Anwar tentang video seks Elizabeth itu semata-mata untuk memberi contoh tentang pembohongan Anwar.
Katanya beliau sendiri tidak tahu sama ada video itu benar-benar wujud atau tidak.
Menurut Zahrain ia hanya berdasarkan apa yang Anwar beritahu mereka tentang video itu.
Katanya isu sebenar dalam hal ini ialah pembohongan Anwar.
“Bila dia buat tuduhan yang melulu (dakwa MP PKR yang lompat parti terima RM2 juta) yang saya rasa serius sebab itu persoal intregriti kami ..dia nak tunjuk kami ni tak ada integriti... tapi yang sebenarnya pembohong dia.
“Kami bukan nak serang peribadi cuma balas hujah apa yang dia kata dan beri contoh… bukan saja isu Elizabeth Wong tapi juga 16 September…sampai hari ni kita tak tengok adanya pengakuan bersumpah oleh MP BN (30 Ahli Parlimen BN yang Anwar dakwa nak lompat parti). Ini adalah contoh dia suka bohong.
Wee pula mencelah, “ inilah orang yang cakap tidak serupa bikin.” -17/6/2010
Zahrain tanya Anwar apa jadi pada video Elizabeth Wong…
Oleh: ROSLAN BIAN
Bukan sesuatu yang pelik lagi bagi bekas pemimpin atau wakil rakyat yang pernah berada dalam PKR jika Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mau bikin gempak ketika menyerang mereka.
Dulu ketika bersama macam-macam rahsia dikongsi.Jadi mereka cukup masak helah dan taktik Anwar bikin cerita nak suruh orang ramai termasuk pemimpin ataupun ahli parti PKR percaya semua cakapnya.
Macam cerita pelan 16 September dan bilangan serta senarai ahli parlimen BN yang sudah setuju lompat parti sertai pembangkang tawan Putrajaya.
Akhirnya semua tertipu termasuk pemimpin PKR sendiri menyebabkan ada yang hilang keyakinan terhadap pimpinan dan perjuangan Anwar lantas mereka keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas.
Bagaimanapun, bagi Anwar cerita yang sudah set dalam kepalanya, jika ada pemimpin PKR keluar atau lompat parti, mereka ini semua kena bayar oleh BN.
Bekas pemimpin PKR yang pernah rapat dengan Anwar dan bertindak keluar PKR turut dituduh kena beli atau dapat ganjaran berbuat demikian.
Barangkali sudah terdesak sangat kerana satu demi satu temberang beliau didedahkan bekas wakil rakyat yang keluar PKR, Anwar pada Konvensyen PKR di Kota Bharu, baru-baru ini buat cerita kononnya ada yang keluar parti terima ganjaran RM2 juta.
Kenyataan Ketua Pembangkang itu disambut dengan cabaran oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim, ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin supaya Anwar buktikan tuduhan tersebut.
Namun, Anwar hanya membisu tetapi sengaja membangkitkan semula dakwaan itu perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat, Isnin.
Anwar berkata beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta-juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.
"Tahniah...kereta baru, rumah elok...semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu, saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar, saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti," katanya.
Kenyataan itu menyebabkan Zahrain bangun mencelah mencabar Anwar mengemukakan bukti bahawa ahli-ahli Parlimen PKR telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.
"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September.
"Saya minta penjelasan, dah dia cabar saya, saya cabarlah (dia)," katanya termasuk meminta Anwar bersumpah menyatakan perkara itu benar.
Selapas itu, Zahrain, Wee, Zulkifli dan seorang lagi bekas ahli parlimen PKR yang keluar parti itu, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengadakan sidang media bersama-sama mencabar Anwar mengemukakan bukti berhubung tuduhannya itu.
Menurut Zahrain, Anwar tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membongkar dakwaan tersebut kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk berbuat demikian.
"Tadi dia ada cakap pasal rumah baru, kereta baru...dia pun ada. Ini dah jadi macam politik kebudak-budakan. Sekarang saya nak dia kemukakan bukti, kalau tidak tutup mulut jangan cakap," katanya.
Zahrain berkata jika gagal mengemukakan bukti, Anwar dianggap tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan wakil kepada rakyat.
Selain itu, mereka akan mengemukan usul merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan berbohong di Parlimen.
Ketika ditemui Agendadaily selepas itu , Zahrain menjelaskan sebagai ahli perniagaan, tidak salah beliau membeli kereta baru menggantikan kenderaan lama ataupun membeli rumah.
“Lagipun harga kereta dan rumah saya tidak semahal kenderaan atau banglo dimiliki oleh Anwar,” katanya.
Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu sekali lagi menegaskan, itulah taktik Anwar dengan mengada-adakan cerita tetapi gagal membuktikannya.
Zahrain turut mendedahkan pernah satu ketika Anwar memaklumkan beliau ada video berhubung isu gambar-gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong dan menyifatkan wanita itu tidak patut kekal sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan Selangor.
Ketika itu katanya, hubungan Anwar dengan Elizabeth tidak rapat dan mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Elizabeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.
“Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya (singkir Elizabeth),” ujar Zahrain. -14/6/2010
PAS main DAP atau DAP main PAS?
June 19, 2010
19 JUN — Baru-baru ini Presiden PAS berkata, “Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan dating.”
Secara teorinya, kenyataan Presiden PAS adalah mimpi yang enak untuk orang bukan Islam di negara ini.
Akan tetapi, perlaksanaannya adalah jauh lebih sukar daripada mimpi tersebut.
PAS berkongsi strategi pilihanraya dengan DAP dan juga gabungan Parti Pakatan Rakyat yang mempunyai susunan pemimpin bukan Islam yang bakal diketengahkan pada PRU-13 yang akan datang. Begitu juga dengan parti Keadilan.
Parti DAP tentu tidak akan duduk diam dan akan tentu mendesak kepimpinan parti PAS agar menarik balik keputusan tersebut. Tetapi penulis pasti pergolakan, rasa tidak pusa hati parti DAP dan keputusan kepimpinan parti PAS untuk tidak meneruskan janji mereka itu tidak akan dipaparkan kepada masyarakat umum.
Sebaliknya, kepimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng akan berlakon di depan rakyat dengan menyokong keputusan Majlis Syura parti PAS. Mereka akan berjabat tangan dan berpeluk, kononnya parti DAP bersetuju 150%!
Padahal, apakah mereka telah bersetuju sesama sendiri untuk tidak melaksanakan keputusan Majlis Syura parti PAS dibelakang kita semua?
Jika ya, itu tipu namanya!
Penulis tidak bercakap kosong. Realitinya, tidak ada DUN atau kawasan parlimen yang tidak ditandingi oleh gabungan parti Pakatan Rakyat sebelum ini. Maksudnya, setiap kawasan pilihanraya akan diisi oleh salah satu daripada parti politik yang bernaung di dalam parti Pakatan Rakyat.
DAP mempunyai kawasannya, begitu juga dengan PAS dan Keadilan.
Jika ada, calon yang mahu bertanding mestilah daripada Barisan Nasional atau pun calon Bebas. Itu sahaja.
Tidak mungkin kepimpinan Pakatan Rakyat akan membenarkan sebarang calon bebas menggunakan logo PAS dan bertanding sesama parti yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat.
Jika parti PAS berkeras untuk menengahkan calon bukan Islam yang menggunakan logo PAS, tindakan parti itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik besar dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat.
Apakah parti PAS mampu berkeras dan melawan kehendak parti DAP dan Keadilan? Tentunya tidak.
Dan jika dibandingkan dengan pertukaran ideologi parti PAS yang dulunya mahu melaksanakan negara Islam dan hukum Hudud tetapi telah dibatalkan oleh kepimpinan PAS itu sendiri, parti PAS tidak mungkin akan berkeras!
Parti PAS akan tunduk kepada kehendak parti DAP dan Keadilan. Itu yang pasti.
Seperkara lagi, kenyataan Presiden PAS itu sangat berlainan dengan Amanat Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Tatkala itu, Umno difitnah sebagai kafir kerana bersekongkol dengan parti bukan Islam.
Tetapi Presiden PAS telah menafikan kata-kata beliau sendiri.
Apakah Presiden PAS tidak tahu bahawa beliau telah menanggung banyak dosa dek Amanat beliau itu?
Apakah beliau sudah lupa dengan sembahyang dua imam dan yang lain-lain?
Seperti yang penulis katakan, keputusan membenarkan calon menggunakan logo parti PAS adalah mimpi yang enak tetapi hakikatnya, keputusan tersebut hanya sekadar penyedap dan make up yang tidak mungkin akan dilaksanakan.
Dan apakah calon bukan Islam akan memperjuangkan kehendak parti PAS untuk mengharamkan judi seperti yang diputuskan di muktamar PAS sedangkan tiada istilah halal dan haram berjudi untuk orang bukan Islam?
Apakah calon tersebut akan berceramah di depan pengundi-pengundi bukan Islam dan berani menyatakan “haramkan judi” semasa kempen pilihanraya kelak sedangkan beliau tahu tindakan beliau itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati pengundi-pengundi tersebut?
Dan bila difikirkan, parti pembangkang memang mudah menjanjikan sesuatu perkara tetapi mereka tahu mereka tidak akan mampu atau tidak akan melaksanakannya.
Itu tipu namanya!
pemudaumno.org.my
Tuesday, June 15, 2010
Pangkah PAS masuk Syurga?
Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.
“Sebagai seorang Muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,” ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.
Walaupun apapun penyangkalan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS akan wujudnya janji syurga itu, pada hakikatnya pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan PAS terus menggunakan kempen janji-janji syurga ini bagi memancing undi terhadap para pengundi-para pengundi, terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung dan pendalaman.
Bagi penulis sendiri yang berkahwin dengan anak orang kampung pendalaman yang berfahaman politik PAS, perkara "pangkah PAS masuk syurga" telah diceritakan sendiri oleh isteri. Seminggu selepas pilihanraya umum yang lalu, ayah mertua penulis yang kerja bersawah (sekarang arwah) telah bertanyakan parti politik manakah isteri penulis telah mengundi. Bila isteri penulis yang mendapat pendidikan di bandar itu memberitahunya yang ia (isteri) telah mengundi BN, ayahnya memberitahu bahawa PAS adalah parti Islam dan amatlah berdosa dan tidak boleh masuk syurga jika mengundi lain dari parti PAS.
Penulis dan isteri tersenyum bersama kerana arwah ayah mertua penulis itu tidak tahu bahawa parti PAS tidak mahu bertanding di kawasan DUN dan kawasan Parlimen tempat penulis suami isteri bermastautin. Sebabnya ialah pengundi-pengundi Melayu dalam daftar pemilih kawasan ini tidak sampai 40% pun dari jumlah pengundi.
Apabila kempen pilihanraya kecil Anak Bukit lalu yang diadakan ekoran kematian Ustaz Fadhil Noor, penulis dapati isu "pangkah PAS masuk syurga" terus dimainkan dalam kempen-kempen PAS itu. Tidak hairanlah apabila keputusan mengikut kawasan mengundi dalam pilihanraya kecil itu, parti PAS telah memperolehi majoriti banyak bagi kawasan-kawasan mengundi kampung / pendalaman, makala bagi kawasan-kawasan mengundi bandar dan pinggir bandar (seperti Pantai Johor, Anak Bukit, Taman Aman), UMNO telah memenanginya dengan majoriti yang banyak juga tetapi tidak dapat mengatasi keputusan keseluruhan undi di mana PAS memenanginya dengan majoriti 600 undi lebih.
Sebagai panduan, marilah kita sama-sama merenung semula kata-kata YAB Tun Dr. Mahathir bagi mengulas kempen janji syurga PAS ini yang telah disiarkan oleh NST pada 5 Mac, 2004 lalu (ms. 2) :
"If you are a good person, and fulfill your religious obligations, you will have a place in heaven, not because you vote for someone.(Are they saying that) someone who murders and steals, but in the election votes for PAS, will go to heaven? Thats impossible"
www.mykmu.net / 2004-03-06 09:45:00
PAS protes judi sukan kerana politik, bukannya Islam
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.
Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
“Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.
“Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah.
Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka,” katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya PAS berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam.
“DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak. Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (PAS) kata yang ini saja boleh.
Kerajaan sebelum ini menimbang untuk mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, kerajaan masih belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
Najib dilaporkan berkata pihak kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia. — Bernama
Monday, June 14, 2010
Saturday, June 12, 2010
CADANGAN USUL – BENTANG LAPORAN KEWANGAN HARAKAH DALAM MUKTAMAR
Jika dirujuk kepada wartawan-wartawan yang bekerja di Harakah, gaji mereka tidak semewah seperti mereka yang bekerja di akhbar yang lain. Dimaklumkan, wartawan harakahdaily, gaji mereka sebulan sebanyak RM 1600, sedangkan gaji wartawan di malaysianinsider mencecah RM3600 sebulan.
Jika dilihat pada sumber kemasukan Harakah, didapati ia lebih memberangsangkan berbanding Malaysianinsider. Ini kerana, Malaysianinsider sekadar akhbar internet, sedangkan harakah, bukan sekadar akhbar internet, bahkan lebih dari itu, iaitu apabila ia melibatkan kepada akhbar harakah cetak.
Justeru, bagi memastikan keadaan sebenar kewangan harakah, dicadangkan agar ada sebilangan perwakilan dari mana-mana negeri mengusulkan agar laporan kewangan harakah ini dibentang dan dibahas dalam Muktamar PAS, supaya ia telus, dan dilihat sebagai telus.
Dirasakan, Cikgu Mustafa Ali yang merupakan Pengerusi Lembaga Harakah yang berada dalam jawatan itu sejak sekian lama bersifat professional, terbuka dan sememangnya bersedia untuk menerima usul sebegini. Ia tidak ada lain, melainkan mahu memberi satu gambaran, betapa PAS mempunyai ketelusan dalam mengurus kewangan yang melibatkan organisasi atau badan dalam parti sendiri.
Bahkan jika ini boleh berlaku, ia boleh menjadi model dan bukti kepada rakyat, bahawa PAS mampu mengelola sumber kewangan dalam bentuk yang telus dikala memerintah Malaysia nanti.- Insya Allah..
Sekian
Wallahu ‘Alam
Ustaz Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
PAS tak jemu kecam Umno, masih ada hati ke Putrajaya
Menikmat nasi panas, ikan singgang dan mencecah ulam dengan budu di Pasar Siti Khadijah, lebih sedap daripada duduk mendengar ucapan dan perbahasan Muktamar PAS yang penuh dengan kutukan terhadap Umno serta Barisan Nasional, seolah-olah parti pemerintah ini menzalimi seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh 50 tahun ini.
Daripada persidangan Dewan Ulama, Wanita dan Pemuda yang berlangsung kelmarin, sehinggalah tirai Muktamar ke-56 dibuka secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam. Perwakilan Pas dari seluruh negara kelihatan tidak tenteram dengan ucapan dasar pemimpin tertinggi sehingga ada yang merungut, antara lainnya berbunyi:
“Kenapa tak cakap secara serius macam mana nak pastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat sampai ke Putrajaya. Tak ada satu pun yang baru, tak habis mengutuk UMNO dan BN sedangkan Pengerusi (Pengerusi Persidangan Muktamar) pun cakap dia baru nak kawan dengan pemimpin Cina.”
Bermula malam kelmarin, yang memperlihatkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melemparkan impiannya kepada Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat — dengan menyentuh tema ‘Sepakat Putrajaya’, Hadi turut menyuarakan impian sama ketika membuat ucapan dasar semalam.
Perwakilan kelihatan resah apabila terus dihumban dengan keburukan parti pemerintah, kerana ramai gusar dengan kemampuan Pakatan Rakyat terutama PAS sendiri, sekiranya mereka benar-benar berjaya menguasai Putrajaya nanti.
Ketika Hadi sendiri pernah mengalami sejarah hitam dalam pemerintahan PAS selama sepenggal di Terengganu (1999-2004), Nik Aziz yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun juga mula terasa bahang kerana satu demi satu kesilapan pentadbirannya mula didedah dan dipersoal rakyat.
Dalam tempoh 20 tahun PAS di Kelantan, pembangunan prasarana masih tidak banyak berubah. Jalan masuk ke Kelantan dari Tok Bali masih satu lorong dengan suasana sepanjang jalan tidak menampakkan sebarang perubahan sejak lebih 10 tahun keluar masuk ke negeri ini, persekitaran dan penduduk yang dikenali juga tidak menerima sebarang bantuan secara langsung daripada kepemimpinan Nik Aziz.
Satu-satunya daerah yang boleh dianggap berkembang ialah Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah lebih besar dan teratur, bangunan sekitarnya semakin tinggi dan moden, tetapi persekitarannya seperti di Jalan Wakaf Mek Zainab, masih tidak banyak berubah wajah.
Amat tidak adil sekiranya kita membuat perbandingan pemerintahan 20 tahun Nik Aziz di Kelantan, dengan tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara, yang berjaya mengubah wajah Malaysia dari dunia kelas ketiga kepada infrastruktur kelas pertama.
Memang tidak adil untuk membandingkan Dr Mahathir daripada Umno yang memiliki pelajaran tinggi dan seorang doktor, sebagai pemimpin Umno yang memiliki wawasan global dengan Nik Aziz seorang yang dianggap teologian, yang turut memiliki impian untuk berpindah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Apa lagi untuk membandingkan kepemimpinan Umno yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dengan Hadi, Presiden PAS, yang pernah menjadikan Terengganu kelam dan hambar sepanjang pemerintahannya di negeri Penyu itu selama sepenggal.
Terbayang wajah perwakilan PAS apabila Tok Guru Nik Aziz bercakap mengenai ketuanan Melayu yang dianggapnya sebagai satu ‘dongeng’, ketika merasmikan Persidangan Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda, kelmarin.
“Jangan dibiarkan orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi dongengan pemimpin Umno.
“Orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin Umno itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka,” kata Nik Aziz, memperlekehkan hak Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam keasyikannya meraih sokongan kumpulan yang dipanggil sebagai non muslims.
Ramai perwakilan senyap apabila Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, turut mengutuk Umno yang disifatkannya mengamalkan ‘politik perkauman sempit’ dan menjadi pelopor kepada ‘kezaliman’ yang sedang berlangsung di dalam negara ini.
“Setelah 50 tahun Malaysia diterajui Perikatan/BN yang ditunjangi Umno, negara ini kian jauh daripada keamanan dan kemakmuran. Hasil mahsul dikurniakan Allah SWT yang melimpah ruah tidak dapat dikecapi rakyat kebanyakan, sama ada Melayu atau bukan Melayu,” kata Nasruddin.
PAS perlu jujur kepada diri sendiri sebelum mengutuk dan mengkritik parti politik lain. Agak janggal bila masih ada ahlinya melihat dengan cemburu kemewahan yang dikecapi barisan kepemimpinannya.
“Tengok kereta anak Nik Aziz, Nik Abduh ni, dia orang ni kerja apa ya sampai mampu pakai kereta mewah macam ni. Kalau kita memerintah nanti, rasanya kita masih tetap macam ni, yang kaya ialah pemimpin-pemimpin. Apa bezanya nanti dia orang dengan pemimpin Umno?”
Muktamar PAS sudah berusia 56 tahun, maknanya parti itu juga sudah seusia dengan Umno. Sama dewasa dan sama matang.
Apakah apabila berjaya ke Putrajaya nanti, masih adakah pemimpin PAS akan terus berjubah dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim akan terus berkain pelikat apabila menghadiri persidangan rasmi seperti ini? — Berita Harian
Pas belum mampu laksana undang-undang Hudud
11/06/2010 6:09pm
KOTA BHARU 11 Jun — Pas belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Hudud di negeri yang diperintah pakatan pembangkang, kata presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, parti itu terpaksa mencuba sedaya upaya melaksanakan Hudud mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.
Malahan beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus.
"Pas yang berjaya memerintah Kelantan, pernah di Terengganu dan Perak, dan terkini memimpin kerajaan di Kedah di samping menyertai kerajaan campuran di Selangor dan Pulau Pinang telah mencuba sedaya upaya melaksanakan hukum Hudud mengikut bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat. - Bernama
Wednesday, June 9, 2010
Peliwat merasmikan surau?
Tentu kita masih ingat tentang cadangan asal untuk Lim Guan Eng merasmikan surau tingkat 4 KOMTAR yang diselenggarakan oleh PENDECO, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC - sebuah SEDC) pada 20 April lalu tetapi perasmian itu telah ditangguhkan atas sebab bantahan demi bantahan orang ramai, pegawai-pegawai Kerajaan beragama Islam termasuk juga sebagaimana difahamkan oleh mufti negeri sendiri. (Sila rujuk berita awal ini dari PISAU.net di bawah)
Cadangan supaya Lim Guan Eng merasmikan surat tersebut dibuat oleh EXCO Agama Islam, YB Abdul Malik (dikenali sebagai Malik itik kerana suaranya akan menjadi kecil seperti suara itik nila apabila dia bercakap cepat untuk menyampaikan maksud percakapannya). EXCO dan ADUN Batu Maung dari PKR ini mungkin berhajatkan sesuatu daripada Lim Guan Eng sehingga sanggup menjual agama pada hal terdapat lagi orang Islam yang berkelayakan boleh merasmikannya.
Mengikut sumber yang rapat, tindakan Malik Itik itu adalah sebahagian rancangannya dengan harapan dia direkomenkan oleh Lim Guan Eng untuk mendapat 'title' Dato' pada Hari Kelahiran Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 10 Julai nanti.
Apabila Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat arahan kepada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan perbadanan negeri untuk hadir bersama-sama 15 pegawai di bawah pentadbiran masing-masing di Majlis Perjumpaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari Ahad, 6 Jun lalu itu, ramai yang rasa pelik dan tertanya-tanya kenapa pada kali ini ianya dibuat pada hari Ahad, tidak sebagaimana sebelumnya. Sebelum ini perjumpaan-perjumpaan bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng hanya dibuat hari bekerja kakitangan awam, sama seperti semasa pemerintahan Tan Seri Koh Tzu Koon sebagai Ketua Menteri.
Ramai yang terkejut apabila Anwar Ibrahim, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN PR turut sama hadir dalam perjumpaan itu. Dari senarai aturcara yang dilampirkan bersama surat arahan pejabat SUK itu hanya dinyatakan agenda mendengar ucapan dan amanat Ketua Menteri sahaja.
Seperti biasa ucapan Guan Eng akan memuji cara pemerintahannya dan mengutuk pendtadbiran BN dulu sehinggakan kehilangan enjin jet lusuh pun dijadikan modal untuk menghentam Kerajaan Persekutuan.
Selepas berucap selama 15 minit tiba pula giliran Anwar Ibrahim berucap dengan menggunakan masa satu jam untuk memuji dirinya dan mengutuk Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh BN. Antaranya beliau memuji tindakan bapanya, Pak Ibrahim yang didakwa menolak pemberian tanah di Sabah oleh Sankaran Dandai dulu.
Tapi bagi yang tidak mengenali Pak Ibrahim sudah tentu mempercayaai kata-kata Anwar itu. Sebagaimana ramai yang tahu, Pak Ibrahim bekas 'dresser' hospital itu hidup dengan menipu kawan-kawannya tentang pembelian syer semasa beliau diambil oleh Tun Sardon Jubir bekerja di Lembaga Urusan Tabung Haji (LTH) dulu. Cara penipuannya ialah dengan memulangkan kembali wang pembelian syer terbitan baru dengan mengatakan permohonan tidak berjaya padahal kemudiannya kawan-kawan Melayunya itu mendapat tahu permohonan mereka berjaya. Atas rekomen Tun Sardon juga, Pak Ibrahim direkomenkan menjadi calon ahli parlimen dan seterusnya dilantik pula sebagai Setiausaha Parlimen.
Jika sesiapa datang ke Bukit Minyak akan terpandang betapa besar dan agamnya rumah di simpang tiga jalan kepunyaan adik Anwar bernama Marzhuki yang membinanya semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Kita sudah tentu tidak akan lupa akan senarai berjuta-juta syer 'blue chips' dimiliki oleh Pak Ibrahim, Anwar dan adik-adiknya yang lain semasa beliau juga memegang jawatan Menteri Kewangan. Kita juga tidak akan lupa berpuluh dan beratus juta ringgit telah disumbangkan oleh syarikat-syarikat judi untuk Anwar menjalankan tugasnya menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kita juga tentu tidak akan lupa bagaimana Abdul Rahim Ghouse melalui syarikat ABRAR mengutip fund dan seterusnya merancang supaya Anwar segera menjadi Perdana Menteri. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Permatang pauh masih ingat kata-kata keluh kesah Anwar "mengapa orang tua nih tak mau turun lagi" (ditujukan kepada Dr. Mahathir) dan bagaimana pula dalam tahun 1996 (2 tahun sebelum Anwar dipecat) Anwar memberitahu Jawatankuasa Bahagian Ptg Pauh bahawa orang tua (Dr. Mahathir) hendak memecatnya sehinggakan mereka itu sanggup bersembahyang hajat di Masjid Seberang Jaya memohon Allah swt menunjukkan kepada kebenaran.
Selepas selesai ucapan dari tetamu yang tidak disenaraikan dalam aturcara majlis itu, peliwat negara (perbuatan liwatnya telah disahkan oleh semua mahkamah termasuk mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan) seterusnya merasmikan surau PENDECO di KOMTAR itu.
Seorang peliwat merasmikan surau? hehe
pisau.net - 19.05.2010
Terbaru, khalifah sosialis akan merasmikan surau di tingkat 4 esok hari Khamis,di bangunan Komtar. Dah tidak ada pemimpin Islam di Pulau Pinangkah hinggakan Guan Eng ketua menteri import paling celaka dalam sejarah dijemput untuk merasmikan surau tersebut.
Mana Saleh Man,YB Permatang Pasir?takkan gila pi salon ngorat bini orang lagi kot?Mana Yb Malik Itik?Mana Dr Mansor? semuanya haprak,dayus & menjadi pencacai angkat najis Guan Eng.
Apa tujuan untuk menjemput seorang kafir untuk merasmikan surau,tempat umat Islam beribadat? Adakah ini cubaan untuk membodek dan menjual prinsip ala jalangan PAS yang kita cukup kenali.
Seluruh rakyat Pulau Pinang tahu,kita tidak ketandusan pemimpin Islam dan MELAYU,mengapa harus menjemput ketua menteri cina melaka sosialis ini? Bangsat inilah yang menghina Islam,bangsat inilah yang pernah mempersendakan Islam.
Malangnya PAS Khawarij mengangkat bangsat ini bagaikan seorang Khalifah, buta mata buta perut bodoh tak boleh diajar.
....... klik di sini untuk bacaan seterusnya
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...