PAS mungkin juga menganggap DAP lebih alim dan warak dari UMNO. Mungkin juga ahli DAP sudah dijamin syurga.
PAS sanggup menggelar pemimpin kafir harbi sebagai Khalifah dan menyamakan mereka seperti sahabat Rasulullah S.A.W.
PAS juga sanggup bertakbir tatkala para pemimpin kafir harbi ini memetik ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah politik mereka, tanpa mengambil kira petikan tersebut tersilap dan tanpa mengira bahawa niat mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk memperbodohkan Melayu bagi mendapatkan undi.
Bagi PAS, DAP yang berikrar bahawa tidak akan sekali-kali menerima konsep Negara Islam acuan PAS dan sanggup mati mempertahankan pendirian tersebut adalah jauh lebih Islam dari UMNO.
Jika benar DAP jauh lebih Islam dari UMNO, diminta pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS dapat senaraikan jasa-jasa DAP terhadap Islam mahupun umat Islam selama ini.
Berapa banyakkah masjid, surau dan pusat-pusat Islam yang telah dibina oleh DAP?
Berapakah jumlah dana yang disumbangkan oleh DAP untuk pembangunan Islam?
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh DAP untuk pendidikan Islam?
Apakah sumbangan DAP untuk umat Islam dari segi sosial, pendidikan dan juga perniagaan?
Apakah bantuan yang pernah diberikan oleh DAP untuk memajukan umat Islam di Malaysia? Begitu juga dengan program dakwah.
Berapa ramaikah yang telah berjaya DAP Islamkan dan berapa ramaikah ahli DAP telah memeluk Islam?
Bagi mengesahkan bahawa DAP adalah jauh lebih Islam dari UMNO, PAS perlu menyenaraikan jasa-jasa mereka terhadap Islam seperti di atas untuk kita teliti.
Jasa-jasa tersebut pula wajib lebih banyak dari UMNO bagi membolehkan DAP dianggap sebagai parti yang berasaskan Islam dan boleh bekerjasama dengan PAS.
Sebagai sampingan, PAS juga harus menyenaraikan jasa-jasa mereka sendiri terhadap Islam mengikut soalan-soalan di atas bagi membolehkan parti mereka dianggap lebih Islam dari UMNO.
Maklumlah, dibimbangkan nanti jasa DAP terhadap Islam pula lebih besar daripada jasa PAS sendiri.
Sudah pasti PAS tidak akan mampu menyenaraikan jasa-jasa DAP dan PAS sendiri terhadap Islam dengan lebih panjang dari jasa-jasa UMNO.
Kegagalan PAS menjawab soalan di atas, membuktikan bahawa DAP TIDAK berasaskan Islam dan wajib ditentang, sebagaimana PAS menentang UMNO.
Adalah dijangkakan setelah gagal menjawab soalan di atas, alasan PAS seterusnya untuk menolak bekerjasama dengan UMNO ialah kerana UMNO menolak hudud.
Tetapi bukankah PAS sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001% sahaja dalam ajaran Islam? Lalu kenapa masih tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?
Alasan PAS kemudiannya ialah kerana UMNO menolak negara Islam. Tetapi bukankah DAP juga sanggup mati daripada melihat negara Islam ditubuhkan oleh PAS? Kenapa bekerjasama dengan DAP boleh tetapi dengan UMNO tidak boleh?
Kita tidak faham apa sebenarnya alasan PAS untuk menolak perpaduan ummah. Hakikatnya, PAS tidak punya satu pun alasan untuk mengelak bekerjasama dengan UMNO.
Maka, celakalah umat Islam yang menolak perpaduan dengan saudaranya.
malaysia-instinct
Apa yang nak di hairankan, agama anutan pengikut-pengikut PAS sama seperti DAP dan PKR. Mereka bukannya mengagungkan ALLAH tetapi lebih mengagungkan makhluk seperti orang-orang bukan Islam. Lihat sekarang, siapa yang mereka takut dan angungkan? NIK AZIZ bukannya ALLAH. Kalau mereka takut akan ALLAH mereka tidakakan bersikap seperti sekarang ni. Memang betul, PAS adalah PARTI AJARAN SESAT.
ReplyDelete