Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, July 10, 2010

PAS gadai prinsip Negara Islamnya



Sudah jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai konsep negara Islam PAS seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysia Insider.

Dalam wawancara tersebut, beliau dilaporkan berkata, mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal menubuhkan negara Islam jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pada masa depan.

Menurutnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. PAS sepatutnya sedar dari dulu lagi apabila mengambil keputusan untuk bekerjasama membentuk pakatan pembangkang. Pendirian DAP yang menolak penubuhan negara Islam sebagaimana dasar perjuangan PAS bukanlah perkara baru. Isu ini telah timbul dalam era 1990-an lagi.

Adakah PAS perlu menggadaikan prinsip dan dasar perjuangannya semata-mata untuk mendapat kuasa politik dan menjadi sebuah kerajaan?. Adakah PAS sedar, penggabungannya dalam pakatan pembangkang sebenarnya telah mengundang “gundah-gulana” ahli-ahli partinya yang begitu taat dan setia terutama golongan veteran PAS yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangkan PAS demi menegakkan prinsip dan dasar perjuangan parti itu.

Ternyata penubuhan pakatan pembangkang adalah semata-mata untuk mendapatkan undi. Pada dasarnya PAS tak perlu gusar tentang sokongan. Tanpa menyertai pakatan pembangkang, PAS mampu menerajui sebuah kerajaan mengikut acuannya sendiri.

Dalam perkara ini, PAS nampaknya telah dipergunakan oleh pihak lain semata-mata untuk meraih undi dan sokongan kaum Melayu demi mencapai cita-cita politik mereka untuk menguasai Putrajaya. Tanpa PAS, pakatan pembangkang tidak akan ke mana. PKR kini sudah boleh diumpamakan sebagai “retak menanti belah.” Isu lompat parti, krisis kepimpinan dan berbagai lagi isu yang menghantui PKR saban hari kedengaran.

Sebelum ini, para pemimpin PAS memberitahu penyokong mereka bahawa DAP sudah menerima dasar perjuangan PAS. Tetapi kini, apa sudah jadi? Bagaimanapun, pendirian Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang berkata dasar PAS tidak pernah berubah dan kerjasama di dalam pakatan pembangkang adalah berkaitan isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa, mungkin menjawab isu sebenar mewujudkan pakatan pembangkang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Harakahdaily, menyifatkan kenyataan Karpal yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi.

Tiada gunanya PAS kekal bekerjasama di dalam pakatan pembangkang semata-mata untuk mendapatkan kuasa sekiranya terpaksa menggadaikan dasar dan prinsip perjuangannya. PAS harus sedar, kehadirannya di dalam pakatan itu hanyalah satu retorik kepada rakyat mengenai kesepakatan dan kesefahaman, sedangkan hakikatnya ia umpama “tidur sebantal, mimpi berlainan.”

PAS dan DAP tidak mungkin boleh berkompromi. Jika berkompromi, ini bermaksud DAP menerima dasar perjuangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan jika sebaliknya, itu bermaksud PAS menerima konsep negara sekular yang ternyata bertentangan dengan prinsip perjuangannya. Atas kesedaran inilah, PAS sewajarnya keluar dari pakatan pembangkang. — Utusan Malaysia

oleh — Nadzir Awang Ahmad
Nadzir Awang Ahmad ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara Perlis.

1 comment:

  1. Mustahil anda semua tidak tahu bahawa pendirian MENOLAK Negara Islam dan Hukum Hudud adalah PENDIRIAN RASMI DAP.

    Malah, DAP pernah keluar dari BA selepas PRU 11 2004 kerana MENENTANG tindakan PAS membentangkan dan meluluskan HUDUD di Terengganu.

    Janganlah gunakan ‘pendirian peribadi’ Karpal Singh sebagai hujjah untuk meneruskan kerjasama dengan KAFIR HARBI DAP.

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP