Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, July 14, 2010

Nik Aziz cabar Umno tukar nama dan dasar parti kepada Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu.

“Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.

“Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat.

“Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua kaum dan agama.

Nik Aziz berkata, mereka mengundi PAS atas nama Islam dan tidak “masakan PAS dapat menang besar pada (pilihan raya) tahun 1990 dan 2008”.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS, kata beliau lagi.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab,” kata beliau sambil menambah:

“Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.”

“Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi,” katanya.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Nik Aziz pula berkata, beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai “apa juga perkara”.

Ketika ditemui pemberita di Kota Baru hari ini, Menteri Besar Kelantan berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

“Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Muhyiddin yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

themalaysianinsider.com

2 comments:

  1. TOK SOH DOK LAYAN SANGAT SI N.AJIS TU,,,BANYOK CAKAP PULOK....BIAR LAH DIA NGAN DAP TUH...LAGI PONG UMNO SELAMA NI TAK DOK PAS PONG BULIH MENANG P/RAYA...

    ReplyDelete
  2. dasar prjuangan dap/pkr dasar islamkah??bleh pllak dia bgabung dlm pr.Ni la org kata munafik.Siapa kat malaysia ni yg buat sistem prbnkan/insuran islam,isntitusi pngajian islam,bina msjid2 stiap ngeri utk bribadat?pas kah?kononnya pas pjuangkan islam tp 20 thn printah klantan 1 msjid pun tak bina.Apa ni?pastu sibuk brcramah ckp umno tolak islam,umno kafir,umno tak msuk surga,prjuangan bangsa melayu sia2.Aku nak tnya ko nik ajis,kat mlaysia ni ada tak bangsa cina/india/iban/singh yg pjuangkan islam?tgok yb2 brbangsa cina/india apa peranan yg diorg mainkan utk tgakkan islam.jwapannya 00000...yg prjuangkan islam kat mlaysia ni melayu.

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP