Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, July 29, 2010

Elehhhh... Mufti Perak tu hanya orang kecik saja - Hadi Awang

Hadi (kanan) menyifatkan Harussani sebagai “orang kecil” yang ingin “mengusik PAS”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

the malaysian insider

6 comments:

  1. Sekurang-kurang Mufti Perak itu adalah seorang mufti. Hadi Awang ni apa?

    Sekadar penulis amanat yang mengkafirkan sesama Islam.

    ReplyDelete
  2. Jika dahulu Umno dilihat bijak mengadu-domba, menabur fitnah dan segala macam taktik kotor ketika berpolitik, kini apa bezanya dengan Pas? Pas juga begitu bijak memfitnah, caci-maki, umpat-keji, kata-nista, buruk-sangka, mendedahkan aib orang lain dan lain-lain lagi demi kuasa dan undi....

    Yang peliknya Pas tetap merasakan dirinya lebih Islam dan menolak perdamaian dan perpaduan dengan Umno walaupun demi agama, bangsa(rakyat) dan negara...

    ReplyDelete
  3. izhar.ismat@yahoo.comJuly 30, 2010 at 3:47 PM

    pakai serban siang malam klu nak tunjuk kan nampak Islam tu xpayh la....Islam apa klu tak mahu kan perpaduan sesama Islam.....

    ReplyDelete
  4. org kecik ??? kahkah... Hj hadi sndri semasa muda tergila-gila kan jawatan mufti terengganu.. bl xdpt merajuk dan terus masuk parti PIS. Semua org terengganu tahu cite ni.

    ReplyDelete
  5. angkuh dan sombong. cuma perlu sedar bila dh mati kain kapan tu sama je. x kira org kecik ke org besar ke. buat malu umat islam je ada org2 yg 'so call ulama' begitu riak dan angkuh. otak hampeh kosong...gila kuasa...

    ReplyDelete
  6. Hadi ni dah lebih kotor dari cina kafir harami. Kenapa saya kata begitu? Sebab Cina harami xpernah caci para tok pekong2 die. dan org amaga mereka mereka hormati dan sangguh dan itu jugalah yg Nabi sarankan agar Umat Islam memertabatkan ahlul Agama. Bukan memeperlekeh. Niat nama tok guru tapi kerjanya lebih memperlekeh usaha baik org lain agar perpaduan dijalin sesama Islam. Apa jenis Islam yg ada pun xpastilah? sbb Kuasa Agama boleh dijual beli nampaknya. Kenapa sume pemimpin Pas bersikap begitu, Ia adalah mereka menggunakan tiket agama demi politik dan gila kuasa.

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP