Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, July 24, 2010

"Langkah mayat saya dulu kalau PAS nak berpakat dengan UMNO" - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu
.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang memproses emas CNMC Goldmine Limited di Sokor dekat sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin mencadangkan supaya UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak berjaya ditamatkan demi kepentingan umat Islam.

1 comment:

  1. Kaum Cina memang berpakat utk kepentingan politik mereka.
    Baru2 ini MCA dan Gerakan telah adakan perjumpaan sulit dgn DAP di Hong Kong dan di Singapura. Apa lagi kalau bukan utk bekerjasama dlm menghadapi PRU13.
    Kaum Melayu masih berpecah kpd UMNO, PAS dan PKR. Maka Melayu akan hanyut pd PRU13 nanti.
    Melayu mudah lupa..........

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP