Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, July 7, 2010

Demi Melayu Malaysia, PAS-UMNO Perlu Bersatu

Berbuih mulut Nik Aziz mempertahankan Karpal Singh. Ini bukan sekarang saja, tapi sejak bertahun-tahun lalu.

Setiap kali Karpal mempertahankan pendiriannya dengan ungkapan "langkah mayat saya dulu jika mahu tubuhkan negara Islam", setiap kali itu jugalah Nik Aziz terpaksa mempertahankan abang bhai berkenaan.

Saya cukup hairan dengan Nik Aziz ini. Walaupun itulah pendirian DAP, tapi Nik Aziz kata mereka betul. Bagi Nik Aziz, UMNOlah yang selama-lamanya salah.

Nik Aziz akan mengeluarkan pelbagai ayat untuk mempertahankan Karpal. Ayat-ayat itu boleh diadun mengikut acuan yang mahu dibentuknya.

Sebab itulah saya pernah mengatakan Nik Aziz ini ialah 'a political animal'. Tapi budak-budak yang taksub dengan Nik Aziz menyerang saya kiri-kanan atas-bawah dalam blog. Mereka ingat maksud saya ialah Nik Aziz 'binatang'.

'Animal' dalam konteks ini ialah orang politik totok. Hidup Nik Aziz bergelumang dengan politik. Gelaran Tok Guru ialah kerana beliau belajar agama, tapi kehidupannya, mata pencariannya ialah dengan politik.

Kita sudah tahu siapa Nik Aziz. Beliau ialah 'political animal' yang amat cerdik dalam permainan politik. Kalau tidak takkan beliau boleh bertahan lebih 20 tahun memerintah Kelantan.

Para pemimpin yang properpaduan dalam Pas, sebenarnya cukup risau dengan sikap Nik Aziz itu. Tapi mereka malu alah mahu menyatakan depan-depan. Sebenarnya ramai yang sudah bertentangan haluan dengan Nik Aziz. Bukan rahsia lagi, dalam Pas sendiri pun sudah ada dua puak. Satu puak yang totok tetap mempertahankan ideologi Nik Aziz dan apa yang diperkatakannya, sementara pihak satu lagi lebih liberal yang mahu melihat Melayu Islam bersatu-padu.

Puak Nik Aziz melihat puak yang satu lagi itu cukup berbahaya bagi politik mereka. Nik Aziz acap kali berkata jangan berkawan dengan UMNO kerana di zaman 70-an dulu, UMNO menikam belakang Pas. Tapi orang Pas yang liberal itu menganggap apa yang ditakrifkan oleh Nik Aziz itu sebagai cerita lama. Dalam politik semua boleh jadi. Hari ini musuh, 24 jam kemudian berkawan semula.

Melihatkan fi'il PKR dan DAP dalam pakatan, beberapa gelintir pemimpin Pas mulai tawar hati untuk bekerjasama terus dengan mereka. Banyak yang dilihat tidak betul dalam pakatan itu.

Dalam hati mereka apa salahnya berpakat dengan UMNO untuk menyelamatkan ummah dan negara ini daripada jatuh ke tangan yang lebih berbahaya.

Mereka sedar itu semua. Tapi Nik Aziz adalah penghalangnya. Mereka malu alah dengan orang tua itu.

Sebenarnya sebelum ini sudah ada cakap-cakap mengenai konsep perpaduan Pas-UMNO. Tapi puak yang bercakap mengenainya dihentam teruk. Terus orang itu berdiam diri, dan idea itu dibekukan.

Tapi hakikatnya kumpulan ini tidak berdiam diri. Mereka mahu gagasan perpaduan ini diteruskan. Masa terlalu suntuk sebelum terlambat.

Seorang pemimpin Pas pernah memberitahu saya lambat laun kita, Pas dan UMNO perlu bersatu juga. Tapi saya kata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Beliau terdiam.

Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada Pas. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu.

Tahun depan ialah tahun pemilihan Pas. Saf baru Pas perlu diatur dari sekarang. Sebelum PRU-13, Pas memerlukan kepemimpinan baru yang properpaduan. UMNO dan Pas perlu disatukan.

ENTRI terbaru Syed Azidi dalam blog popularnya Kickdefella, atau dalam bahasa Melayu bermakna: sepak orang itu, terpampang gambar dua lelaki menggenggam erat tangan tanda persahabatan.

Dua lelaki itu ialah beliau dan saya.

Genggaman erat itu terjalin setelah Syed Azidi membelasah saya dalam entri terdahulu. Dia marah kerana saya menuduhnya pernah mencerca Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dia mempertahankan diri mengatakan beliau sebenarnya ialah penyokong nombor satu Tun. Saya mengaku terkhilaf dan bersetuju bertemu dengannya yang turut dihadiri oleh blogger Bigdog dan Rocky's bru di sebuah restoran di Bangsar.

Panjang lebar yang diborakkan. Rata-rata mengenai sosio-politik tanah air. Ternyata Syed Azidi seorang yang tajam pemikirannya.

Beliau ialah penyokong properpaduan. Pas-UMNO perlu disatukan. Kita kena cari jalan, katanya bersungguh-sungguh ikhlas.

Kami semua bersetuju. Pas dan UMNO perlu disatukan demi kepentingan ummah.

Insya-Allah, kami akan berusaha ke arah itu.

Tapi, sebelum itu mungkin Syed Azidi perlu kickdefella Nik Aziz terlebih dahulu... - Oleh Zaini Hassan - Utusan Malaysia
MM : Realitinya PAS adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS. Tapi pemikiran Nik Aziz hanya dalam lingkungan negeri Kelantan. Penduduk Melayu Islam melebihi 97% dan mengikut undang-undang tanah negeri Kelantan, hartanah di Kelantan tidak boleh dipindahmilik kepada orang lain kecuali anak negeri Kelantan sahaja. Jadi dengan adanya sekatan itu Melayu maupun bukan Melayu dari negeri-negeri lain dalam Malaysia ini tidak boleh membeli/memiliki rumah atau hartanah di negeri Kelantan. Andainya Nik Aziz menetap di Pulau Pinang, mungkin fikirannya tidak jumud atau kenegerian lagi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP