Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, July 19, 2010

Wahai sahabatku, terimalah hakikat bahawa musuh utama Nik Aziz adalah UMNO dan Melayu UMNO, bukannya DAP

Pengerusi DAP Karpal Singh yang baru menyambut harijadi ke 70 tentu merasa cukup gembira dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau yang kebetulan mendapat cuti sakit dapat berehat tenang-tenang mendengar Muryridul Am PAS itu mengulangi dendangan sudah menutup rapat pintu hatinya pada perpaduan Melayu.

Bukan satu rahsia kebimbangan utama agenda politik DAP ialah perpaduan Melayu.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedia maklum perpaduan Melayu boleh bikin rosak programnya mengintai Putrajaya.

Baik Karpal maupun Anwar cukup sedar kuasa politik Melayu di negara ini dipegang oleh UMNO dan PAS.

Nik Aziz menjadi pelengkap impian mereka sekalipun satu dunia tahu baik PKR dan DAP ‘ mati hidup balik ‘ pun tidak mungkin dapat terima konsep negara Islam yang terus menerus dijual sebagai modal politik PAS.

Kata orang the bottom line ialah politik dan kuasa. Itu saja yang jelas depan mata.

Memang rasa boleh bodoh sekejap kalau dikenang pada kenyataan Tok Guru itu yang meletakan syarat UMNO perlu menukar ‘kebangsaan’ kepada ‘Islam’ untuk menyesaikan persoalan ‘ perpaduan Islam' tanpa rundingan.

“Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga,” katanya.

Dalam ertikata lain bunyinya macam Parti Islam Semalaysia adalah jambatan ke syurga.

Anihnya syarat itu tidak pernah diletakannya pada PKR dan tentu sekali tidak pada DAP, dalam ikatan perpaduan mereka.

Apakah beliau tidak mahu melihat orang Melayu dalam PKR juga mendapat laluan ke syurga.

Malah Karpal Singh relaks saja mengulangi kenyataannya baru ini samasekali tidak akan menerima konsep negara Islam PAS.

Mungkin beliau sudah menduga PAS tidak akan berani ‘ berbunyi’.

Nampaknya begitulah.Nik Aziz sendiri hanya setakat berani komen kata itu adalah pandangan peribadi Karpal.

Beliau tentu akan malu besar jika meminta pendirian rasmi parti DAP kerana tahu parti itu tidak pernah berganjak dari pendirian menolak konsep itu.

Cuba Nik Aziz tanya Anwar pula. Apakah berani Ketua Pembangkang itu kata PKR sehaluan dengan PAS dalam konsep negara Islam.

Semua orang tahu jawapannya - politik dan kuasa.

Bab perpaduan Melayu kira boleh pergi jalanlah.

Paling tidak kita boleh tabik Nik Aziz kalau beliau tidak hipokrit mengaku nak berkuasa menerusi pakatan pembangkang.

Mengunakan alasan ' Islam ' pada UMNO tetapi tidak pada PKR dan takut hilang kawan dengan DAP jelas nak perbodohkan semua orang.

Nik Aziz akan terus hidup dengan dendam kesumatnya dan tidak habis-habis mengungkit kisah perceraian PAS-UMNO yang sudah lama berlalu.

Beliau tidak mudah lupa...begitu juga DAP tak akan lupa dan pasti tidak akan terima konsep negara Islam PAS.

PKR...biasalah ‘main sorok-sorok’.

Nik Aziz patut tanya kenapa orang di Tanjong atau di Bukit Bintang atau di Cheras atau di Ipoh Timor berpadu tenaga mengundi DAP dari dulu sampai sekarang.

Sedangkan semuanya serba lengkap di kawasan-kawasan itu yang terletak dalam bandar.

Kalau Nik Aziz tidak dapat jawapannya mana-mana orang PAS boleh tolong bisikan padanya.

Yang pasti ia bukan pasal tukar dari ‘ kebangsaan’ kepada ‘Islam’ yang dituntutnya dari UMNO.

Ada juga kedengaran orang PAS dan PKR yang kata isu perpaduan Melayu hanya dinyanyikan oleh UMNO untuk menakutkan orang Melayu.

Realitinya kalau penglihatan kita jelas melihat sekeliling – banyak hal yang patut membuat orang Melayu perlu merasa waspada.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan beliau tentang ini kalau senario perpaduan Melayu terus begini.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan tentang kuasa politik golongan minoriti yang menjadi kuasa penentu.

Kerana itu orang Melayu kini ibarat sudah jadi minoriti sekalipun mereka majoriti.

Silap haribulan banyak kampong yang boleh tergadai...kerana Tok Guru nak menang sorak.

agendadaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP