Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, July 12, 2010

Bai'ah terbaru PAS - Jika keluar atau tidak sokong PAS lagi, pendapatan dianggap haram!

Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam.

Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

Oleh: ROSLAN BIAN

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP