Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, July 5, 2010

RPK dan Bala, balik la sayang!!!




LONDON, 5 Julai — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini. Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

“Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?” kata beliau ketika ditemui di sini, semalam. Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing. “Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia),” katanya lagi.

Anggota kerabat diraja Selangor ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu. Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, “saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka.” Kata Raja Petra, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam, Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang kini berada di London. Malah menurut Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Pekan, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan. “Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya,” kata Najib lagi.

Sehari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat.

MM : Teringat pesanan orang tua-tua pada zaman kecil-kecil dahulu -
"Berani kerana benar, takut kerana salah"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP