Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, December 1, 2010

Kertas Putih Peristiwa Memali 1985


Sila klik :
Kertas Putih Peristiwa Memali

Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkata isu Memali selesai sejak 24 tahun lalu dan mempersoalkan kewajaran tragedi berdarah yang mengorbankan 14 orang itu ditimbulkan semula.

Ditanya tindakan PAS Kedah berhubung itu tersebut, Azizan berkata: "Memali jangan dikaitkan dengan PAS. Kebetulan mereka (ini) ahli PAS, tapi perjuangan mereka bukan perjuangan PAS."

"Perjuangan (yang menyebabkan) peristiwa Memali bukan perjuangan PAS tetapi mereka adalah sebahagian daripada ahli PAS,"
katanya

http://www.malaysiakini.com/news/116067
Catatan MM-R :
1. Berita di atas yang diperolehi pada tahun 2009 melalui sumber URL dinyatakan kemudiannya telah dipinda oleh Malaysiakini
2. PAS pada 19 November 2010 lalu dan bertempat di Memali telah mengadakan Hari Mengingati Kematian Ibrahim Libya dan rakan-rakan yang disifatkan oleh pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai "syuhada" yang ber"jihad".

Orang-orang yang terbunuh bukan mati syahid


BALING, 21 Nov. 1985 – Seorang tokoh agama terkenal di sini, Tok Guru Haji Yaacob Omar hari ini menyifatkan orang-orang yang terbunuh kerana menentang kerajaan bukan sebagai “mati syahid” seperti yang didakwa sesetengah gabungan.

“Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.” Ujar beliau.

Beliau menjelaskan mengikut hadis nabi walaupun sesebuah kerajaan itu zalim, kita hendaklah bersabar dan mengikut perintahnya.

Haji Yaakob, tokoh agama yang mengendalikan madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih, di sebelah Memali, Baling memberikan pendapat ini dalam pertemuan di rumahnya, 17.6 kilometer dari sini tengah hari ini.

Beliau mengulas peristiwa hitam di Kampung Memali Selasa lalu yang mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk 1 penjenayah dan penyokong-penyokongnya serta 4 orang anggota polis.

Beliau mengesahkan Ibrahim Libya pernah mengaji dengannya selama lima tahun dan kemudian di Pokok Sena sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Libya.

Ibrahim juga pernah mengajar selama tiga tahun di Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih sekembalinya dari Libya dan setelah bekerja sebagai pendakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan keluar memberi ceramah agama di Televisyen Malaysia.

Bagaimanapun, Haji Yaakob mengesahkan hubungan penduduk-penduduk beberapa buah kampong di situ telah renggang dan terjejas sedikit apabila Ibrahim Libya bergiat dalam politik pembangkang dan kemudian mendirikan sebuah madrasah mereka secara berasingan di Kampung Memali, kira-kira hanya 200 ela dari rumahnya terletak di sebelah kiri jalan raya Baling ke Weng.

Sementara itu, mayat Ibrahim Haji Mahmood atau Ibrahim Libya bersama mayat 12 orang lain……

2 comments:

  1. ya allah..semoga dibukakan hati bg org2 yg tpesong kfahahamannya.. nabi musa sendiri menentang pemerintahnya Firaun..apa guna diberikan akal..kalau x dpt dibezakan kbnrn..selagi krjaan menyuruk kbaikan, wjr diikuti..tp ingt klau kzaliman dan mksiat yg diperjuangkan wjarkah'tepuk dada tanya iman'?

    ReplyDelete
  2. anony 6:26....Nabi Musa diperintahkan oleh Allah sebab Firaun menentang agama Allah yg hendak didakwahkan oleh baginda. Firaun juga mengaku dirinya Tuhan & membunuh sesiapa saja yg mengingkarinya. Sama ke dgn kerajaan skrg? Zalim sebegitu sehingga anda tidak dpt mengerjakan Rukum Islam?

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP