Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, July 30, 2010

Jatuh Hukum Haram Mendekati Mufti Perak Harussani!

FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.

Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.

Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.

Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh dan hitam. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.

Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman seburuk itu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilabelkan dengan berbagai nama huduh.

Musibah yang menimpa Harussani itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap meskipun atas dasar menasihati orang politik. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memiliki lidah syaitan di negara ini.

Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.

Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.

Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya sudah selesa.

Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.

Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.

Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.

Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol dan berembas sesama sendiri. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?

Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendaklah dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?

Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia saja yang pandai dan bijak.

Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.

Biarlah apa orang nak tuding kepada Harussani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat - Ashadualaillahaillah waashadu ana Muhammadul Rasulullah! [wm.kl.11:00 am 23/07/10]

Posted by mso.im at 10:37:00 AM
Labels: Politik - Sesat

2 comments:

  1. Salam.

    Apabila Hj Harussani diserang dan dicerca, seharusnya mufti-mufti lain bertindak mempertahankannya. Setidak-tidaknya bermesyuarah dan mengeluarkan konsensus baik menyokong kenyataan HArussani ataupun menyanggahnya. Kelihatannya seluruh mufti yang ada dalam Malaysia ini hanya selesa berdiam diri duduk didalam kelambu dan melihat Harussani di ratah. Tidak mustahil ada pula mufti lain yang akan diaibkan dimasa-masa akan datang jika tidak cenderung kepada sesuatu fahaman kepartian.

    Para mufti harus mempertahankan institusi mereka!

    ReplyDelete
  2. Kapaktajam, tetap membela dan menyokong TS Mufti Harussani krn die lebih mulia dari Tok2 Guru yg bersan hebat2 yg riak dgn pakaian TETAPI langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam yg kita sanjungi.

    Kenapa saya kata begitu, kerana mereka tok2 guru ni lar yg suka mencaci, memaki dan mengherdik sesama insan dgn kata2 nista yg tak abis2 bila sesuatu itu tidak menyebelahinya. Tok2 Guru ni anggap Islam mereka jer yg hebat & betul. Kenapa jadi riak mcm ni? Ingat tak janji Allah, setiap manusia akan diuji keimanannya, jd bersyukur lar mereka yg sentiasa sabar dan waras didalam segala hal. Lihat, perangai Tok2 Guru PAS ni bila disanggah kata2nya, asyik melenting dan bila berceramah memaki hamun, mengkafir dan dsbgnya. JADDI, kita lihat lar dan nilai lar sendiri.

    PAS bagi saya dah sesat lagi menyesatkan selagi ia masih didalam kepompong yg goblok. Itu lar perangai2 Pimpinan PAS yg dok ada sekarang, cuma saya minta lar GENERASI BARU PAS yg lebih pragmatik dapat mengambil tampok pimpinan PAS dan bersama sama NGO2 Melayu Islam demi penyatuan Bangsa Melayu Islam.

    Kapak telah hilang keyakinan dan respect pada Pimpinan Senior Pas yg ada sekarang, kerana lebih membawa kehancuran slam itu sendiri.

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP