Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, July 31, 2010

Azmin-Anwar ibarat dalam Keluarga 69


Azmin Ali mungkin sudah berangan-angan tentang Istana Mestika, tentang kerusi panas MB Selangor yang baru. Riwayat seorang Khalid Ibrahim kini di muka surat akhir.

Tokoh korporat yang mengaku dirinya kurang cerdik politik itu dilihat akan disembelih sebelum habis penggal.


Tiada lagi kelebihan anak emas Anwar Ibrahim buat beliau. Tiada lagi puji-pujian, puja-pujaan dari Anwar Ibrahim kepada beliau. ADUN Ijok itu bagai sudah jatuh ditimpa tangga terpijak tahi ayam pula, dibuang dari menjadi ketua PKR negeri kini kerusi MB pula dijangka pergi.

Tumpuan pemerhati politik mula mengarah kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR yang juga isteri beliau untuk buat pengumuman.

Pemerhati politik berpandangan bahawa Anwar hanya ada dua pertimbangan. Mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang didokongi oleh pemimpin Cina, India, Dayak dan sosialis dalam PKR atau melantik orang paling kanan, paling setia beliau iaitu Azmin yang dilihat didokongi oleh pemimpin Melayu dalam PKR.

Cita-cita Azmin untuk jadi MB Selangor adalah normal. Beliau layak serta cukup syarat untuk memasang angan-angan tersebut.


Di samping kedudukan beliau sebagai orang paling kanan Anwar, beliau juga pengasas PKR dan telah lama berkhidmat kepada Anwar. Azmin untuk Anwar ibarat Ibrahim Din untuk P Ramlee dalam cerita Keluarga 69.

Azmin dikata punya kuasa sakti yang boleh digunakan untuk menekan Anwar. Namun dalam pergolakan ini Azmin lebih dilihat anak jantan yang melawan daripada mengguna kuasa sakti politik menundukkan ketua pembangkang itu.

Ketika PKR menang pilihanraya umum lalu dan membentuk kerajaan bersama DAP dan PAS, Azmin adalah calon terbaik sebagai MB Selangor.

Pengorbanan beliau kepada Anwar selama ini adalah cop mohor paling kuat untuk beliau menjadi MB Selangor negeri paling kaya. Namun angan-angan itu hancur apabila Anwar memilih Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan mengenepi impian dan harapan Azmin untuk menjadi MB pertama dari PKR.

Beliau dipujuk untuk beri laluan kepada Tan Sri Khalid menjadi MB. Beliau dipujuk Anwar dengan dongeng 16 September dan dijanjikan jawatab menteri kanan dalam kabinet. Putrajaya sudah semakin dekat hanya tunggu masa dan ketikanya.


Pada Azmin ini bukan kali pertama Anwar ketepikan beliau. Ketika mahu bertanding jawatan timbalan presiden semasa pemilihan parti 2007, Anwar juga telah ketepikan hasrat beliau dengan memberi ihsan menang percuma kepada Senator Syed Husin Ali.

Namun pendam Azmin diam-diam menjadi dendam. Tragedi kena tipu dengan Anwar dek projek 16 September menjadi iktibar.

Daripada berputih mata lebih baik calar berdarah.

Pertarungan bermula sebelum pemilihan PKR sekitar September tahun ini. Desas-desus Khalid akan bertanding jawatan timbalan presiden telah menggugat cita-cita lama Azmin untuk menjadi orang nombor 2 PKR.

Peringkat parti - Khalid didokong kuat oleh kumpulan sosialis PKR yang diketuai Syed Husin dan kuncu-kuncunya, manakala dalam pentadbiran kerajaan Selangor, beliau disokong oleh Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Xavier Jayakumar dan Rodziah. Semua exco kerajaan Selangor adalah penyokong kuat bos mereka.

Pemerhati politik menjangkakan Khalid punya kelebihan untuk menang jawatan timbalan presiden berbanding Azmin, ini kerana ADUN Ijok dilihat lebih popular terutama di kalangan kumpulan bukan Melayu dalam PKR.

Menyedari perkara ini, dendam Azmin tidak boleh selamanya dipendam. Pergeseran antara kedua-dua tokoh PKR sudah menjadi rahsia umum. Azmin mengorak langkah menyerang Khalid dan menekan Anwar.

Serampang dua mata, langkah pertama membuahkan hasil, terpelanting anak jati Kuala Selangor dari Ketua PKR Selangor. Misi sebenar tidak berakhir dengan hanya menjadi Ketua PKR Selangor tetapi adalah menjadi Ketua PKR Selangor dan MB Selangor sekaligus.


Barangkali pada ketika ini Khalid sedang memikir nasib untung rugi politik beliau sambil mendengar lagu Kris Dayanti “Menghitung Hari”.

http://www.malaysiakini.com/letters/136940

Friday, July 30, 2010

Jatuh Hukum Haram Mendekati Mufti Perak Harussani!

FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.

Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.

Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.

Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh dan hitam. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.

Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman seburuk itu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilabelkan dengan berbagai nama huduh.

Musibah yang menimpa Harussani itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap meskipun atas dasar menasihati orang politik. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memiliki lidah syaitan di negara ini.

Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.

Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.

Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya sudah selesa.

Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.

Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.

Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.

Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol dan berembas sesama sendiri. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?

Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendaklah dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?

Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia saja yang pandai dan bijak.

Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.

Biarlah apa orang nak tuding kepada Harussani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat - Ashadualaillahaillah waashadu ana Muhammadul Rasulullah! [wm.kl.11:00 am 23/07/10]

Posted by mso.im at 10:37:00 AM
Labels: Politik - Sesat

Thursday, July 29, 2010

Elehhhh... Mufti Perak tu hanya orang kecik saja - Hadi Awang

Hadi (kanan) menyifatkan Harussani sebagai “orang kecil” yang ingin “mengusik PAS”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

the malaysian insider

Monday, July 26, 2010

Antara Perpaduan Ummah dan Ego Nik Aziz

Oleh : Myza Ayob

Nik Aziz dengan bongkak, takbur dan riaknya menyifatkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi orang tengah untuk berbincang dengan UMNO sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Sedikitpun Nik Aziz tidak memikirkan soal perpaduan ummah ketika membuat kenyataan berkenaan usaha menyatukan UMNO dan PAS.

Nik Aziz mengungkit kisah dahulu kala di mana katanya, PAS ditendang keluar oleh UMNO kononnya kerana UMNO merasa sudah cukup kuat ketika itu.

Nampaknya, tidak cukup dengan takbur, Nik Aziz juga mengambil kesempatan memanipulasi sejarah kerana menyedari orang-orang muda hari ini ramai yang tidak tahu berkenaan hal sebenar. (Sila klik untuk mengetahui sebab-sebab PAS disingkir dari BN dalam tahun 1977)

Tidak logik BN dengan sengaja ‘menendang’ PAS, kerana tidak ada perkataan ‘sudah cukup kuat’ bagi mana-mana parti politik pun dalam soal meraih sokongan. Tidak mungkin BN dengan sengaja mengurangkan sokongan dengan menendang PAS keluar.

Apa yang sebenarnya belaku ialah pada tahun 1977, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Namun, sidang DUN Kelantan kemudiannya bertindak melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir tanpa memberitahu atau berunding dengan BN mengenainya.

UMNO telah mengambil sikap berkecuali dan enggan mencampuri urusan PAS Kelantan.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Akhirnya perkara ini mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat di negeri Kelantan Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Dalam mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

PAS terus menerus menimbulkan masalah dengan enggan berunding malah dalam pilihanraya, PAS telah memberikan amaran yang berupa kata dua yang mereka akan bertanding dalam semua kawasan Pilihanraya menentang UMNO (BN) di Johor.

PAS juga mengancam dan seolah-oleh mengugut BN jika tidak mengikut kemahuan mereka maka negeri-negeri di semenanjung akan menerima nasib seperti Pulau Pinang, iaitu dengan merujuk kejadian pada tahun 1969.

Bertitik tolak dari itu, UMNO telah terpaksa mengambil langkah berpisah dari PAS bagi mengelak lebih banyak masalah. UMNO mendapati amat sukar sekali bersatu dengan pihak yang tidak pernah menghormati orang lain. PAS tidak tahu bertolak ansur dan segala keputusan kepimpinan tertinggi dipertikai, dimanipulasi atau tidak diendahkan.

Jelas bahawa sejak azali lagi, PAS sememangnya bersikap riak, tidak pandai berunding, tidak bertamadun, angkuh, bongkak, takbur serta militan. Semua sikap-sikap yang sebenarnya amat bertentangan dengan Islam.

Namun, kita percaya bukan semua pemimpin PAS bersikap begini. Zaman telah berubah dan sewajarnyalah sikap tidak bertamadun ini ditinggalkan oleh PAS.

Hari ini, rakyat melihat pertembungan antara pemimpin PAS yang bertamadun dan benar-benar menghayati ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, dengan pemimpin PAS yang jelas bongkak lagi jahil seperti mereka yang seangkatan dengan pemikiran Nik Aziz.

Apakah pemimpin PAS yang waras akan membiarkan sahaja pihak yang takbur lagi jahil tersebut menguasai pertembungan ini? Apakah kesudahannya nasib Melayu Islam jika semua pemimpin PAS mengambil keputusan untuk terus akur kepada Nik Aziz walaupun segala sikap dan sifatnya kini sudah hampir seratus peratus bertentangan dengan Islam? Apakah tuntutan Nik Aziz lebih tinggi dari tuntutan Islam?

Jika perlu, pemimpin-pemimpin PAS yang waras, tidak harus ragu-ragu untuk meninggalkan PAS demi perpaduan ummah. Meninggalkan PAS bukan bermakna lemah atau kalah, tetapi sebenarnya ia adalah simbol kekuatan yang tinggi. Bukan senang seorang manusia membelakangkan egonya demi kebaikan, melainkan dia mempunyai iman yang benar-benar kuat.

Sunday, July 25, 2010

Surat Tun M kepada Nik Aziz tentang 'Hudud' Kelantan

Gambar Hiasan - "Torah of the Jews (Old Testament in the Christian Bible) Deuteronomy 22:23-24 - Sexual intercourse between a man and a woman engaged to another man both should be stoned to death"

Gambar Peringatan - "The Taliban Shari’a court in Pakistan ordered the right hands of three local tribesmen to be cut off as punishment for an alleged theft - Pakistani police from the tribal region of Orakzai, near the Afghanistan border, have confirmed the incident. After the amputations, the men were transported to a hospital for treatment. The resultant blood loss following the amputations has put the men in danger of losing their lives. Orakzai, in northwest Pakistan’s semi-autonomous tribal area, has recently been the centre for action in an anti-Taliban sweep by the Pakistan military, which is trying to eradicate Islamist extremism."
Surat Tun M kepada MB Kelantan menjelaskan kenapa Hudud sukar dilaksana di Malaysia

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1.       Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2.       Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3.       Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4.       Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i)       Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secocok dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii)       Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5.       Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam . Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6.        Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7.        Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Rujukan:-
Hukum 'Hudud' Bahagian 1
Hukum 'Hudud' Bahagian 2
Hukum 'Hudud' Bahagian 3

Ini pula kata-kata pemimpin PAS (dan bukannya penyokong bawahan PAS) mengenai hukum 'Hudud' PAS
KOTA BAHARU, Dec 22, 2008 (Bernama)

PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said PAS would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.

"However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

"We will discuss the Hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it," he said.

Lim Kit Siang's blog : Husam confirms Hukum Hudud is not pakatan rakyat policy

Saturday, July 24, 2010

"Langkah mayat saya dulu kalau PAS nak berpakat dengan UMNO" - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu
.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang memproses emas CNMC Goldmine Limited di Sokor dekat sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin mencadangkan supaya UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak berjaya ditamatkan demi kepentingan umat Islam.

Thursday, July 22, 2010

Apa Jasa DAP Kepada PAS?
dan Apa Pula Jasa PAS Kepada DAP?

PAS menolak untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan UMNO tidak berasaskan Islam. Memandangkan PAS sanggup pula bekerjasama dengan DAP, maka secara logiknya, tentulah bagi PAS, DAP itu bertunjangkan Islam.

PAS mungkin juga menganggap DAP lebih alim dan warak dari UMNO. Mungkin juga ahli DAP sudah dijamin syurga.

PAS sanggup menggelar pemimpin kafir harbi sebagai Khalifah dan menyamakan mereka seperti sahabat Rasulullah S.A.W.

PAS juga sanggup bertakbir tatkala para pemimpin kafir harbi ini memetik ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah politik mereka, tanpa mengambil kira petikan tersebut tersilap dan tanpa mengira bahawa niat mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk memperbodohkan Melayu bagi mendapatkan undi.


Bagi PAS, DAP yang berikrar bahawa tidak akan sekali-kali menerima konsep Negara Islam acuan PAS dan sanggup mati mempertahankan pendirian tersebut adalah jauh lebih Islam dari UMNO.

Jika benar DAP jauh lebih Islam dari UMNO, diminta pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PAS dapat senaraikan jasa-jasa DAP terhadap Islam mahupun umat Islam selama ini.

Berapa banyakkah masjid, surau dan pusat-pusat Islam yang telah dibina oleh DAP?

Berapakah jumlah dana yang disumbangkan oleh DAP untuk pembangunan Islam?

Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh DAP untuk pendidikan Islam?

Apakah sumbangan DAP untuk umat Islam dari segi sosial, pendidikan dan juga perniagaan?

Apakah bantuan yang pernah diberikan oleh DAP untuk memajukan umat Islam di Malaysia? Begitu juga dengan program dakwah.

Berapa ramaikah yang telah berjaya DAP Islamkan dan berapa ramaikah ahli DAP telah memeluk Islam?


Bagi mengesahkan bahawa DAP adalah jauh lebih Islam dari UMNO, PAS perlu menyenaraikan jasa-jasa mereka terhadap Islam seperti di atas untuk kita teliti.

Jasa-jasa tersebut pula wajib lebih banyak dari UMNO bagi membolehkan DAP dianggap sebagai parti yang berasaskan Islam dan boleh bekerjasama dengan PAS.

Sebagai sampingan, PAS juga harus menyenaraikan jasa-jasa mereka sendiri terhadap Islam mengikut soalan-soalan di atas bagi membolehkan parti mereka dianggap lebih Islam dari UMNO.

Maklumlah, dibimbangkan nanti jasa DAP terhadap Islam pula lebih besar daripada jasa PAS sendiri.

Sudah pasti PAS tidak akan mampu menyenaraikan jasa-jasa DAP dan PAS sendiri terhadap Islam dengan lebih panjang dari jasa-jasa UMNO.

Kegagalan PAS menjawab soalan di atas, membuktikan bahawa DAP TIDAK berasaskan Islam dan wajib ditentang, sebagaimana PAS menentang UMNO.

Adalah dijangkakan setelah gagal menjawab soalan di atas, alasan PAS seterusnya untuk menolak bekerjasama dengan UMNO ialah kerana UMNO menolak hudud.

Tetapi bukankah PAS sendiri sudah akui bahawa hudud hanya 0.0001% sahaja dalam ajaran Islam? Lalu kenapa masih tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?

Alasan PAS kemudiannya ialah kerana UMNO menolak negara Islam. Tetapi bukankah DAP juga sanggup mati daripada melihat negara Islam ditubuhkan oleh PAS? Kenapa bekerjasama dengan DAP boleh tetapi dengan UMNO tidak boleh?


Kita tidak faham apa sebenarnya alasan PAS untuk menolak perpaduan ummah. Hakikatnya, PAS tidak punya satu pun alasan untuk mengelak bekerjasama dengan UMNO.

Maka, celakalah umat Islam yang menolak perpaduan dengan saudaranya.

malaysia-instinct

Wednesday, July 21, 2010

Anak Nik Aziz bimbang DAP tolak Islam

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bimbang sekiranya DAP masih menolak dasar Pas untuk membentuk sebuah negara Islam seperti mana kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini.

Beliau berkata, tidak siapa tahu sama ada DAP menolak atau menerima cita-cita Pas itu kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan parti tersebut sehingga hari ini.


Katanya, kenyataan Karpal juga telah melanggar etika persahabatan dalam pakatan pembangkang disebabkan kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan bersetuju untuk tidak mengkritik secara terbuka antara satu sama lain.

“Apa pun, Karpal, siapa boleh menyekatnya? Maka hendaklah dan hendaknya suara Karpal itu adalah suaranya sahaja, bukan suara arus bawah di dalam DAP. Jika tidak, saya bimbang. Sebabnya walaupun tiada pemimpin DAP yang menyokongnya, tiada juga yang menyangkal.

“Suara Karpal itu melanggar etika persahabatan di dalam pakatan pembangkang. Tiada siapa (yang) tidak tahu bahawa DAP masih tidak menerima cita-cita Pas untuk menegakkan negara Islam. Samalah semua tahu bahawa Pas juga tidak menerima konsep negara demokrasi liberal DAP,” katanya.

Nik Abduh berkata demikian dalam blognya, http://nikabduh.wordpress.com/ di sini hari ini.

Sebelum ini, Karpal meminta Pas supaya menghormati DAP berhubung pendiriannya yang menolak konsep negara Islam.

Kenyataan tersebut dibuat Karpal selepas beliau dibidas oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menolak dasar perjuangan Pas.

Justeru, Nik Abduh berharap Karpal akan berhenti untuk mengeluarkan kenyataan terbuka secara berulang-ulang kerana ia akan mencetuskan tindak balas daripada kepimpinan Pas.

“Berikan masa untuk Pas mengenali DAP pada isu-isu yang belum dijernihkan. Begitulah sebaliknya, berikan DAP masa untuk mengenali Pas. Inilah roh persahabatan yang memberi kebaikan di kemudian hari.

“Justeru Karpal janganlah lantang dan mengulang-ulang. Ia akan mencetus tindak balas yang menjauhkan. Tentunya Pas bertindak balas menjawab kerana ia adalah kewajipan demi mengelak kekeliruan dan menegakkan hujah mempertahankan matlamat penubuhan Pas,” katanya.

Tambahnya, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pakatan pembangkang yang mempunyai agenda yang sama untuk menegakkan keadilan sekiranya kenyataan terbuka terus dibuat oleh pemimpin parti terbabit seperti yang dilakukan oleh Karpal.

Malaysia bukan negara sekular

Monday, July 19, 2010

Sejarah 1977 - Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional?

Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.


Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Wahai sahabatku, terimalah hakikat bahawa musuh utama Nik Aziz adalah UMNO dan Melayu UMNO, bukannya DAP

Pengerusi DAP Karpal Singh yang baru menyambut harijadi ke 70 tentu merasa cukup gembira dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau yang kebetulan mendapat cuti sakit dapat berehat tenang-tenang mendengar Muryridul Am PAS itu mengulangi dendangan sudah menutup rapat pintu hatinya pada perpaduan Melayu.

Bukan satu rahsia kebimbangan utama agenda politik DAP ialah perpaduan Melayu.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedia maklum perpaduan Melayu boleh bikin rosak programnya mengintai Putrajaya.

Baik Karpal maupun Anwar cukup sedar kuasa politik Melayu di negara ini dipegang oleh UMNO dan PAS.

Nik Aziz menjadi pelengkap impian mereka sekalipun satu dunia tahu baik PKR dan DAP ‘ mati hidup balik ‘ pun tidak mungkin dapat terima konsep negara Islam yang terus menerus dijual sebagai modal politik PAS.

Kata orang the bottom line ialah politik dan kuasa. Itu saja yang jelas depan mata.

Memang rasa boleh bodoh sekejap kalau dikenang pada kenyataan Tok Guru itu yang meletakan syarat UMNO perlu menukar ‘kebangsaan’ kepada ‘Islam’ untuk menyesaikan persoalan ‘ perpaduan Islam' tanpa rundingan.

“Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga,” katanya.

Dalam ertikata lain bunyinya macam Parti Islam Semalaysia adalah jambatan ke syurga.

Anihnya syarat itu tidak pernah diletakannya pada PKR dan tentu sekali tidak pada DAP, dalam ikatan perpaduan mereka.

Apakah beliau tidak mahu melihat orang Melayu dalam PKR juga mendapat laluan ke syurga.

Malah Karpal Singh relaks saja mengulangi kenyataannya baru ini samasekali tidak akan menerima konsep negara Islam PAS.

Mungkin beliau sudah menduga PAS tidak akan berani ‘ berbunyi’.

Nampaknya begitulah.Nik Aziz sendiri hanya setakat berani komen kata itu adalah pandangan peribadi Karpal.

Beliau tentu akan malu besar jika meminta pendirian rasmi parti DAP kerana tahu parti itu tidak pernah berganjak dari pendirian menolak konsep itu.

Cuba Nik Aziz tanya Anwar pula. Apakah berani Ketua Pembangkang itu kata PKR sehaluan dengan PAS dalam konsep negara Islam.

Semua orang tahu jawapannya - politik dan kuasa.

Bab perpaduan Melayu kira boleh pergi jalanlah.

Paling tidak kita boleh tabik Nik Aziz kalau beliau tidak hipokrit mengaku nak berkuasa menerusi pakatan pembangkang.

Mengunakan alasan ' Islam ' pada UMNO tetapi tidak pada PKR dan takut hilang kawan dengan DAP jelas nak perbodohkan semua orang.

Nik Aziz akan terus hidup dengan dendam kesumatnya dan tidak habis-habis mengungkit kisah perceraian PAS-UMNO yang sudah lama berlalu.

Beliau tidak mudah lupa...begitu juga DAP tak akan lupa dan pasti tidak akan terima konsep negara Islam PAS.

PKR...biasalah ‘main sorok-sorok’.

Nik Aziz patut tanya kenapa orang di Tanjong atau di Bukit Bintang atau di Cheras atau di Ipoh Timor berpadu tenaga mengundi DAP dari dulu sampai sekarang.

Sedangkan semuanya serba lengkap di kawasan-kawasan itu yang terletak dalam bandar.

Kalau Nik Aziz tidak dapat jawapannya mana-mana orang PAS boleh tolong bisikan padanya.

Yang pasti ia bukan pasal tukar dari ‘ kebangsaan’ kepada ‘Islam’ yang dituntutnya dari UMNO.

Ada juga kedengaran orang PAS dan PKR yang kata isu perpaduan Melayu hanya dinyanyikan oleh UMNO untuk menakutkan orang Melayu.

Realitinya kalau penglihatan kita jelas melihat sekeliling – banyak hal yang patut membuat orang Melayu perlu merasa waspada.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan beliau tentang ini kalau senario perpaduan Melayu terus begini.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan tentang kuasa politik golongan minoriti yang menjadi kuasa penentu.

Kerana itu orang Melayu kini ibarat sudah jadi minoriti sekalipun mereka majoriti.

Silap haribulan banyak kampong yang boleh tergadai...kerana Tok Guru nak menang sorak.

agendadaily

Sunday, July 18, 2010

Melayu akan hilang kuasa Kerajaan Persekutuan dan banyak lagi Kerajaan Negeri pada PRU-13 nanti?

Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

"Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

"Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

"Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

"Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

"Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

"Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga".

"Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

"Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

Oleh : malaysia instinct

Saturday, July 17, 2010

PAS Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 sekaligus menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat demi kepentingan masyarakat dan umat Islam.

"Kalau kerjasama G to G (kerajaan dengan kerajaan) kita tak ada masalah, ataupun melibatkan isu-isu yang ada kepentingan masyarakat seperti pasir, ataupun ekonomi pun boleh bincang.

"Kalau tak ada kaitan dengan politik, PAS memang tak ada masalah nak adakan perbincangan dengan Umno-BN," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia untuk menentukan masa yang sesuai bagi mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Sebelum itu Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaanya untuk bertemu Muhyiddin bagi membincangkan mengenai kerjasama tersebut.

Namun Mustafa berkata, beliau yakin Menteri Besar Kelantan itu tidak bermaksud untuk menyentuh mengenai kerjasama politik dalam pertemuan berkenaan.

"Tak salah seorang Menteri Besar nak bertemu dengan pemimpin pusat untuk bincang banyak perkara, itu sangat perlu kerana antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat memang ada banyak isu-isu tertunggak.

"Saya tak fikir bahawa pertemuan ini akan sentuh soal kerjasama politik sebab PAS sudah putuskan bahawa kita akan bersama Pakatan Rakyat... Tok Guru sendiri sudah arif tentang perkara ini," katanya.

Selain itu Mustafa menegaskan, PAS sentiasa setia bersama rakannya dalam soal politik dan tidak akan sekali-kali mengkhianati persefahaman yang dipersetujui.

"PAS mesti bersama Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang... PAS dalam trek rekodnya tak pernah kianati kawan.

"Walaupun kerjasama dalam pakatan bukan melibatkan undang-undang sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan... PAS tak akan kianat," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengkaji semula kerjasama berkenaan selepas pilihan raya umum ke-13, Mustafa berkata: "Perkara itu tak berbangkit, kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan... sehingga kini kita tetap bersama pakatan."

Friday, July 16, 2010

Hudud PAS - Video of Stoning to Death


Torah of the Jews (Old Testament in the Christian Bible) Deuteronomy 22:23-24 - "Sexual intercourse between a man and a woman engaged to another man both should be stoned to death"

Nabi Muhamad saw NEVER ORDERED pelaksanaan Hukum Rejam dilaksanakan ke atas penduduk Yahudi Madinah atapun kepada pengikut-pengikutnya (Muslims) semasa pemerintahan baginda dulu, tetapi hukuman rejam itu adalah atas kehendak agamawan Yahudi sendiri walaupun baginda menolak permintaan mereka sebanyak 3 kali pada mulanya.

Oleh kerana agamawan Yahudi itu INSISTED juga hukuman rejam itu adalah sebagaimana menurut dan kehendak Kitab Torah mereka, Nabi Muhamad saw RELENTED kepada kehendak agamawan mereka itu.

Dalam al-Quran sendiri tiada nas yang menyebut hukuman "Rejam Sampai Mati" kepada penzina.

Satu soalan yang amat sensitif kepada Anwar Ibrahim


Opposition Leader Anwar Ibrahim lost his cool today when a reporter kept pushing him to reveal the evidence he had promised on his claim that the defection of several former PKR parliamentarians was encouraged by offers of RM2 million as well as contracts.

Although he has repeatedly said that he would reveal all at a time of his choosing, the RTM reporter persisted with his questions until Anwar become agitated.

Anwar dicabar bukti dakwaan MP ditawar RM2j


Anggota Parlimen Bebas dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti bahawa anggota-anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.

"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September.

Thursday, July 15, 2010

The Ultimate Political Battle : Anwar Ibrahim vs Najib Tun Razak - Part 1

by : Fatimah Zuhri

1.     I have been very quiet lately in FB and twitter. Not because there are no important issue to talk about but because I was doing some research and meeting friends here and there.

2.     Before I start writing further, I suggest 99% of PAS supporters who are currently reading this to stop reading because they are incapable to understand the "bigger picture". They should just be content reading Harakah or any of those "soft porn" books like Mastika and what have you...

3.     So the latest issue : Anwar Ibrahim is accused as being a Zionist/CIA agent. No doubt this is not new. We have heard of these allegations since early 1996.

4.     Anwar Ibrahim relationship with the West goes back to his heyday as student activist in UM. A good source of Anwar's link with the West has been well documented by the website : http://www.anwaraidc.com/

5.     Heck, if you dont believe that website, why dont you go to CSPAN, and do a search of Anwar Ibrahim's name. What/who is CSPAN? I am sure the numbskull from PAS will ask this question and my reply is simple. If you have no idea what CSPAN is then you should go and play with kids (read my point number 2).

6.     You will find a video on Sept 28th 1993, of Anwar Ibrahim being introduced to the US Senate floor by none other than then US Senator from Maine, William S Cohen.

http://www.c-spanvideo.org/videoLibrary/clip.php?appid=597495538

7.     Hold yer horses, this is NOT the famous video of Anwar visiting the US in 1997 when William Cohen (now the US Sec of Defense) walking side by side with Anwar as he was getting the full 19 gun salute.

8.     4-5 years before William Cohen became US Sec of Defense. A few months after Anwar was appointed the all powerful title of Minister of Finance and few months before he became number 2 in Malaysia.

9.     An excerpt of William Cohen speech (read carefully the words) :

"Mr. President...It occurs that on the very same occasion we have another important visitor here, the Finance Minister of Malaysia, Mr. Dato' Seri Anwar Ibrahim. He is here with us on the floor of the Senate, and we want to welcome him. He is an extraordinary individual: very young, as you can see, and also extraordinarily talented; and he is about to become the No. 2 official in his country. Obviously, he has even greater aspirations beyond that. So we wanted to take this occasion to welcome him here as well."

10.     To the dumb PAS ppl, you might watch the video and say it is fake because the President whom William Cohen was referring to was Al Gore and not Bill Clinton! It must be fake...

11.     For your information, the President here refers to the President of the US Senate...again go read Mastika la...

12.     Anyway, you might wonder why was Anwar there? Why was William Cohen chosen to introduce Anwar out of 100++ Senators in Capitol Hill?

13.     Well, if one were to read the many articles by Mat Sabu, Subky Latif, late Fadzil Noor and the other 1% of PAS members circa 1992-1997, one would know WHO William S Cohen is/was.

14.     But I am not interested to talk on this issue but I am more interested to talk about the political angle of it.

15.     So what is the "big picture" here? What is the game being played? Simple really.

16.     If you read back some of my early article on the future of PKR( I dont use PR because PKR is the main player, the other 2 parties are just "nyamuk"), you would see that one of the challenges that Anwar will have to face is Najib himself.

17.     Many people including the "pseudo-liberals" and self proclaimed "Intelligentsia" were perplexed why Najib appointed Dato JJ as our man in DC. Why Najib wanted to have a better, warmer and closer relationship with the US?

18.     For many years under Tun Dr Mahathir helm, we had a hate-love relationship with the US. Being a protege of Tun Dr M, many people thought Najib will follow suit. But Najib surprised everyone including Anwar and his many pakistani-british/pakistani-american consultants when Najib opted for the road less travel by.

19.     Najib may be Tun Dr M protege but he is not Tun Dr M. He himself knows this. It is a waste of time and suicidal to "fight" with Anwar Ibrahim on "the streets of Kuala Lumpur". Anwar Ibrahim is too experienced and too cunning.

20.     Many UMNO people themselves were perplexed why Najib "do not fight back". These people were hoping for Najib to "fight back" at Anwar just as how Mahathir used to do to Ku Li, Musa Hitam, Fadzil Noor, Kit Siang etc.

21.     Najib knows his strength and weaknesses. So what did Najib do to neutralize Anwar offensive attacks? Simple. He cut the supply chain (read: $$$$ support) of Anwar Ibrahim.

22.     No doubt when Anwar was Minister of Finance and DPM, he enriches himself and his cronies. Many of his cronies are still living overseas, still have yet to return to Malaysia. But thanks to inflation, the value of Anwar's corruption in 1997 does not have the same value in 2010.

23.     Running a well organized and systematic political machine requires $$$$, infact it needs a lot of $$$$.

24.     Anwar has been getting $$$$ from the US for many years. Of course he denies it but who wouldnt? But if you are in PKR, ask yourself and look around, where does PKR source of $$$$ comes from?

25.     When Najib first appointed APCO in order to strengthen and smoother the relationship between Malaysia and US, Anwar did not care much. Anwar thought Najib just wanted to get US help for economic purposes. Anwar has friends in APCO himself. However after his friends told him that the organization had succesfully patch up the once cold relationship between the two countries, Anwar got scared.

26.     By then, Anwar and his many pakistanis consultants realized that Najib is trying to "move to the center" and making Anwar an irrelevant entity. Heck, if Malaysian government is friendly to US why the heck do they need Anwar for?

27.     Scared, desperate (because of his sodomy trial) and jealous with the new warm relationship btw the two governments, Anwar gamble and played the APCO-Israel issue. The many goons in PKR and PAS who could not see "the big picture" played to the gallery like the good sheep that they always are.

28.     What is Anwar strategy here? Simple. Anwar knew that Muslims in Malaysia are emotional lot. The mentioned of the word "Jews" will make them go "amok". Anwar strategy was to use this as a tool to forced Najib to abandon APCO. The result that Anwar was hoping for was that with APCO gone, he will once again become THE figure in Malaysia in the eyes of US govt.

29.     But Najib saw through this strategy by Anwar. If it was Paklah no doubt, a flip flop decision will be taken. Najib steadfastness on the issue of APCO forced Anwar to go a step further.

30.     I had caution/foretold that by playing the anti-semitic issue, Anwar is shooting himself in the foot. You dont bite the hand that feeds you. Anwar's gamble did not pay off. The Najib camp in DC played this issue to the max. Jewish lobbyist and influential US Senators were shown remarks and statements made by Anwar in Dewan Rakyat.

31.     They were shocked that Anwar had "double crossed" them. It was a PR (read: public relation) victory for Najib. He manages to not just sidelined Anwar in the eyes of the US government but also made Anwar's "supplier of $$$$" to revolt againts their once blue eyed boy.

32.     If you noticed, in the early days when the APCO-Israel issue came out, Anwar did not differentiate between Jews and Zionist. Anwar knew for Malays Jews=Zionist, there is no differences. But when his pakistani-american consultant told him that this strategy had angered their "supplier", Anwar softened his stance and let PAS lead the attack.

33.     I have traveled and met with many of these lobbyist in Capitol Hill. They have no regards or kind words for PAS. For them PAS is the party who called for volunteers to join the Taliban army when the US attacked Afghanistan in 2001. But Anwar had assured many of his friends there that PAS is "under his control".

34.     But when they started to read statements and remarks by Anwar, they thought Anwar had turned his back on them. They believed Anwar had been influenced by the PAS extremist.

35.     Anwar and his many consultants in DC and London tried days and nights to assure his lobbyist friends that he is using the Zionist theme more as a political tool and nothing more.

36.     If you remembered, during this time, Anwar sent PKR delegation to the US senate. However Anwar did not tell everyone in the delegation the main purpose of the visits. Anwar only told a couple of his inner circle the main objective of the visit. To the rest of the PKR MPs, Anwar just told them it was a "lawatan sambil belajar".

37.     One of the MPs who went was Fuziah Salleh, the PKR Election Director. A couple of days earlier I received a phone call from a friend in the State which told me what PKR was planning to do. I wrote in her FB that some people in the delegation had ulterior motif. Fuziah angrily replied to me that she was not there to "sell her country" and accused me of being a SB etc.

38.     The fact is I did not accuse her at all. I just told her SOME people in the delegation was doing bad things. I believed Fuziah are one of the few people in PKR who are sincere but sadly the party they represent are filled with filth.

39.     Anyway the result of the meeting between Anwar's inner circle and the lobbyist did not end in the manner which Anwar hope for. The leaders of the lobbyist wanted to hear it "straight from the horse mouth".

40.     The recent "Apology Tour to US" was the result of that failed visit. AnwarAIDC.com already produced a detailed itinerary of Anwar visit to US.



Itinerary for June 20th-June 22nd :
http://www.flickr.com/photos/51482992@N04/4785644925/in/photostream/

Itinerary for June 23rd - June 24th :
http://www.flickr.com/photos/51482992@N04/4785644927/in/photostream/

41.     Other than calling the Iranian President, Mr Ahmadinejad as a demagogue, Anwar also blame himself in front of the lobbyist by saying the following :

"Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding? I need to be more careful.”

42.     Anwar met with many people (look at the itinerary) and tried very hard to convince them that the Zionist theme was just a political tool.

43.     It is still too early for us to judge the outcome of the recent "Apology Tour" by Anwar. Judging by early reports, Anwar has been pardoned. However, the Zionist lobbyist are now fully awake to Anwar chameleonistic behaviour.

44.     The recent explosion of Anwar's "Apology Tour" has caught Anwar off guard. He is in dilemma and I expect him to perform Paklah infamous "elegant silence" and let PAS take the lead. People tend to say, "I dont care if Anwar is XXX agent etc", but when the leader of a nation is blackmail by foreigners, history has shown that that nation will be embroiled in chaos. This is why Anwar Ibrahim can never be our PM.

45.     99% of PAS members on the other hand are confused and perplexed why Anwar is so worried about being labelled anti-Zionist/Jewish. For them it is something to be proud of. But being PAS....well need i say more?

46.     In the end, Najib has once again outwitted and outbest Anwar in the ultimate political battle. I expect to see more battles such as this one occuring soon as GE 13 come closer.

47.     One thing for sure, if Najib can solved the problems in BN and have GE 13 before Obama steps down, Anwar and Pakatan will be doom.

48.     However, if Obama steps down before GE 13 and a pro-Zionist lobbyist president come to power, Anwar will probably get tons and tons of $$$$ and political support and it will be very difficult for BN to counter Pakatan. Time is running out for BN. They need to regroup fast because Obama is being pressured from left and right now.

49.     Therefore I predict the GE 13 will happen anytime before Obama steps down as President. With no money and support, Anwar Ibrahim and Pakatan is a sitting duck.

50.     To understand Najib mindset, read the Blue Ocean Strategy book by Kim and Mauborgne and see how Najib implement it almost to a tee in his battles against the chameleon king.

Wednesday, July 14, 2010

Nik Aziz cabar Umno tukar nama dan dasar parti kepada Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu.

“Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.

“Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat.

“Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua kaum dan agama.

Nik Aziz berkata, mereka mengundi PAS atas nama Islam dan tidak “masakan PAS dapat menang besar pada (pilihan raya) tahun 1990 dan 2008”.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS, kata beliau lagi.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab,” kata beliau sambil menambah:

“Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.”

“Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi,” katanya.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Nik Aziz pula berkata, beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai “apa juga perkara”.

Ketika ditemui pemberita di Kota Baru hari ini, Menteri Besar Kelantan berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

“Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Muhyiddin yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

themalaysianinsider.com

Monday, July 12, 2010

Bai'ah terbaru PAS - Jika keluar atau tidak sokong PAS lagi, pendapatan dianggap haram!

Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam.

Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS.

Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

Oleh: ROSLAN BIAN

Berakhirkah Kuasa Politik Melayu?

UMNO
PAS
PKR
PADA 1946, UMNO ditubuhkan, ketika itu semua orang Melayu boleh dianggap berada dibawah payung parti berkenaan. Namun penyatuan itu tidak lama apabila terwujud Pas pada tahun 1951 selepas berlaku perpecahan di dalam UMNO, ertinya orang Melayu sudah berpecah kepada dua kumpulan.

Buat seketika pertelingkahan politik di kalangan orang Melayu hanya berkisar kepada dua parti ini sahaja, satu pihak menyokong UMNO dan satu pihak lagi menyokong Pas tetapi hakikatnya Melayu sudah berpecah. Penyatuan antara kedua-dua partinya hanya berlaku seketika pada awal tahun 70-an sebelum Pas sekali lagi membawa diri. Melayu kembali berpecah.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku lagi krisis dalam UMNO. Kali ini ia mewujudkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), walaupun tidak lama berada dalam persada politik tanah air namun kehadiran S46 turut memecahkan undi Melayu.

Bagaimanapun keadaan agak tenang seketika apabila S46 dibubarkan dan ramai kembali kepada UMNO tetapi pertarungan politik antara parti itu dengan Pas berterusan.

Ketika UMNO dan Pas masih lagi teraba-raba mencari titik pertemuan, tercetus pula krisis ketiga dalam UMNO yang 'melahirkan' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berbanding perpecahan-perpecahan Melayu sebelum ini, kewujudan PKR ternyata semakin melemahkan kuasa politik Melayu. Orang Melayu yang sudah terbahagi kepada dua puak kini menjadi tiga puak dan ia belum lagi mengambil kira puak keempat iaitu atas pagar.

Akhirnya, walaupun menjadi penduduk majoriti di negara ini, kuasa politik Melayu semakin lemah. Malangnya kelemahan itu tidak menguntungkan UMNO, Pas mahupun PKR, sebaliknya parti-parti bukan Melayu yang lain.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan di Perak (selama 11 bulan) seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh lenyap bila-bila masa atau kalau pun mempunyai jawatan, mereka perlu mengikut telunjuk orang lain kerana kekurangan jumlah kerusi.

Di Pulau Pinang, walaupun DAP berkongsi kuasa bersama-sama dengan Pas dan PKR tetapi DAP tidak pernah peduli perasaan orang-orang Melayu dalam kedua-dua parti tersebut. Sebab itulah pelbagai tindakan dilakukan termasuk merobohkan kampung-kampung orang Melayu.

Begitu juga di Perak, walaupun sedikit sebanyak orang-orang Melayu di dalam Pas dan PKR membantu kemenangan calon DAP sehingga mereka mampu memiliki kerusi terbanyak di negeri itu, tetapi ketika menjadi kerajaan negeri, DAP tidak pernah mengambil kira pandangan Pas dan PKR. Menteri Besar yang dilantik hanya mengikut sahaja apa yang DAP arahkan.

Sedangkan kalau UMNO dan Pas bekerjasama mewujudkan kerajaan perpaduan, senario 'mengikut telunjuk' tersebut tidak akan berlaku. Ini memandangkan UMNO mempunyai 28 kerusi dan Pas enam kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya 34 kerusi.

Di Kedah, walaupun Pas memerintah tetapi talian hayat kerajaan negeri tetap bergantung kepada tiga ADUN bukan Melayu daripada PKR.

Di Selangor, Menteri Besarnya, bukan sahaja bergantung kepada DAP untuk terus kekal sebagai kerajaan negeri malahan harus mendapat sokongan ADUN bukan Melayu dalam PKR untuk kekal berkuasa.

Kecuali di Kelantan dan Terengganu yang bakal terus menyaksikan pertarungan antara parti-parti orang Melayu, di negeri-negeri lain, kuasa politik Melayu semakin berkurangan.

Berikutan perpecahan yang berlaku kuasa politik orang Melayu di Parlimen juga semakin lemah. UMNO yang diharapkan menjadi sandaran orang Melayu semakin 'nipis' jumlah kerusinya di Parlimen. Parti itu hanya menguasai 78 kerusi. Kita tidak boleh berharap bahawa kepentingan Melayu akan turut dikongsi oleh semua ahli Parlimen Pas kerana sebahagian besar mereka lebih taksub 'memuja' Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelompok ini agenda mereka hanya ingin mendapat kuasa bersama-sama DAP. Kesudahannya UMNO bergantung kepada ahli Parlimen bebas yang keluar PKR dan sedikit sokongan daripada Pas agar agenda Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP.

Namun persoalannya sekarang, apakah akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai analisis dan kajian yang dibuat oleh sesetengah pihak berkecuali (non partisan) mendapati, kuasa politik Melayu tidak mustahil akan luntur daripada persada politik tanah air.

''Masih ramai ahli politik Melayu leka dan tidak sedar bahawa ada bahaya yang sedang menanti dalam pilihan raya umum akan datang. Situasi ini jika dibiarkan boleh memungkinkan kuasa politik Melayu akan berakhir.

''Jika ini terjadi ia bukan sahaja akan merugikan UMNO semata-mata tetapi juga Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta ahli politik PKR yang masih kukuh idealismenya dalam perjuangan untuk bangsa, agama dan negara,
" kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis ketika dihubungi.

Persefahaman

Sememangnya, ketika orang Melayu masih belum mampu mencapai persefahaman hatta dalam soal mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam sekali pun, parti-parti politik bukan Melayu bukan sahaja semakin mengukuh cengkaman mereka di sesetengah negeri dan kawasan malahan mula mengatur gerakan membuat tuntutan demi tuntutan untuk kepentingan kaum mereka.

Seperti mana kata seorang lagi pemimpin UMNO, walaupun mereka sedari ada kalanya tuntutan mereka adalah melampau dan boleh menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka ingin menonjolkan diri menjadi juara kepada kaum sendiri.

Puak-puak ini amat memahami bahawa politik Melayu berada di dalam keadaan lemah.


Walaupun terdapat tiga parti politik yang diterajui orang Melayu tetapi mereka tidak mampu bersatu hati. Ini berbeza dengan amalan politik parti-parti bukan Melayu, mereka akan sepakat dalam soal berkaitan kaum mereka.

Tetapi orang Melayu, kalau UMNO bercakap soal kepentingan Melayu, sebahagian puak-puak di dalam Pas dan PKR akan menuduh UMNO rasis dan mengamalkan politik perkauman tetapi mereka tidak pula menyerang parti-parti bukan Melayu yang memperjuangkan hak kaum mereka secara keterlaluan.

Ketika ini pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas begitu yakin bahawa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka akan menguasai Putrajaya dan sudah ada congak dibuat bahawa beberapa negeri lagi akan jatuh ke tangan mereka.


BN terutamanya UMNO tidak boleh merasa selesa bahawa negeri yang mereka pegang sekarang akan berkekalan. Apa yang terjadi kepada Selangor adalah contoh terbaik. Tidak mustahil keadaan ini boleh berlaku di negeri-negeri lain pula seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, jika UMNO terus leka.

Hakikatnya, kita menghormati proses demokrasi yang mana rakyat memilih siapa yang mereka mahukan tetapi persoalannya apakah akan berlaku kepada kuasa politik orang Melayu? Mampukah PKR yang pemimpinnya terlalu kemaruk kuasa mengimbangkan kekuatan DAP? atau mampukah Pas bersuara bagi membolehkan mereka menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?

Bagaimana pula dengan UMNO, beranikah parti itu mengambil semula kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu tetapi sebelum ini diserahkan kepada komponen BN yang lain untuk bertanding atas dasar setiakawan? Mampukah UMNO dan Pas menambah kerusi dalam Parlimen bagi memastikan suara orang Melayu dan umat Islam terus kedengaran dan hak mereka tidak diperkotak-katikkan?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah memberikan isyarat mengenai bahaya yang menanti orang Melayu kalau mereka terus berpecah dari segi kuasa politik, begitu juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah berkali-kali mengingatkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belah.

Mengekalkan kuasa politik Melayu bukanlah bermakna kita hendak menganiaya atau mengetepikan hak kaum lain. Selama 53 tahun memerintah Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggak kekuatannya sudah membuktikan bahawa nasib kaum bukan Melayu sentiasa dipelihara dan terbela.

Pengekalan kuasa politik Melayu juga bertujuan untuk memastikan kaum bukan Melayu tidak terjebak dalam permainan politik sempit yang boleh memudaratkan keharmonian di negara ini.


Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa masa depan kuasa politik Melayu bergantung sepenuhnya kepada UMNO dan Pas. Orang Melayu tidak boleh berharap kepada PKR. Bagi pemimpin-pemimpin PKR mereka akan melakukan apa sahaja asalkan boleh mendapat undi. Cukuplah kedua-dua parti itu bertelagah sejak hampir 60 tahun lalu.

Masanya sudah tiba untuk dua parti besar itu seperti mana kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencari 'kemuncak persamaan' bagi membolehkan mereka duduk semeja berbincang dalam usaha memastikan kuasa politik Melayu tidak lenyap dalam pilihan raya umum akan datang.

Sekali lagi mungkin akan ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas yang akan mendakwa bahawa semua ini agenda untuk menakut-nakutkan orang Melayu atau lebih tepat lagi bagi menyelamatkan kuasa politik UMNO yang dikatakan semakin berkurangan.

Tidak kisah untuk bertelagah berebut kerusi dalam pilihan raya tetapi janganlah sikap 'berlawanan' dalam pilihan raya itu turut diseret ketika kita berhadapan dengan persoalan untuk mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam.

Orang Melayu perlu sedar dan bangkit untuk menyedari bahawa kuasa politik mereka semakin terancam, jika mereka terus bertelagah dalam soal politik. Sama ada UMNO mahupun Pas mereka perlu sedar kalau kuasa politik itu hilang, kedua-duanya akan rugi. Oleh itu mereka harus berusaha sedaya upaya mencari titik persamaan bagi memastikan di dalam pilihan raya umum nanti kuasa politik Melayu tidak hanya menjadi bahan sejarah!

oleh : ZULKIFLEE BAKAR

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP