Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 30, 2010

Ezam Bakal Dilantik Timbalan Menteri?

Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri. Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi. -SK

MM: Rencana di atas ini dipetik dari blog Greenbox, blogger penyokong DAP/PKR/PAS.

Andainya benar-benar terjadi selepas dilantik sebagai Senator kemudiannya Ezam dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di fortfolio dinyatakan, maka Ezam layak memasuki Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen termasuk juga dari Ahli-ahli Parlimen pakatan DAP/PKR/PAS itu.

Andainya juga perlantikan Ezam sebagai Timbalan Menteri ini benar-benar berlaku, maka jangan pula kita semua terperanjat jika Anwar dan Azmin terus menikus terhadap Ezam kerana mereka berdua sudah tentulah tidak mahu rahsia besar mereka berdua terbongkar di Dewan Rakyat. Berhujjah di Dewan Rakyat ada imunitinya, tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

Wednesday, April 28, 2010

Palanivel dan Ezam antara 4 Senator baru

Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin, 3 Mei ini.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERNAMA

MM : Atas perlantikan Ezam sebagai Senator ini sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak akan berani memberikan sebarang komen mengenainya. Kenapa??? Kerana semua rahsia sulit Anwar berada di tangan Ezam sendiri untuk didedahkan jika Anwar sendiri memberi apa jua komen terhadap Ezam. Pernahkah mendengar Anwar komen tentang Ezam sebelum ini?

Saturday, April 24, 2010

Kerakusan politik Anwar mula makan diri sendiri

Oleh — Jamhariah Jaafar
Terpaku seketika melihat senarai nama sahabat meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan seorang blogger dan terngiang suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar), bercerita mengenai bekas timbalannya itu pada kempen di Serendah, malam kelmarin.

Persoalan yang tercetus ialah mengapa teman yang sanggup berkorban ketika dia susah, tiba-tiba dan satu demi satu meninggalkannya ketika dia bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat menuju ke Putrajaya. Lagi terkedu apabila seorang sahabat kepada calon Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang ditemui ketika berkempen di Hulu Selangor, mengemukakan teori bahawa pencalonan peguam kaya raya ini mempunyai kaitan rapat dengan siapa orang paling layak menjadi “Perdana Menteri”, antara Zaid dengan Azmin sekiranya Anwar ke penjara sekali lagi dan andainya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Blogger, Jebat Must Die (jebatmustdie.wordpress.com) ketika menyenaraikan 38 orang kuat PKR meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap Anwar, turut melemparkan persoalan yang wajar diberi perhatian iaitu:

“Jika mereka (dalam senarai) yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar sudah meninggalkan PKR dan pakatan pembangkang, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

“Adakah anda semua pemimpin atau ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengah hari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun-tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?

“Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar sehingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar? Tidak pernahkan? Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar tatkala mereka di atas yang begitu rapat dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?

“Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau, walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dulu sudah meninggalkan beliau?” Dr Mahathir ketika berceramah di Serendah malam kelmarin, turut mengemukakan persoalan sama, terutama membabitkan orang pertama meninggalkan PKR, Dr Chandra Muzaffar yang ketika itu sudah menjadi Timbalan Presiden, tapi memutuskan hubungan kerana justifikasi parti itu untuk keadilan semakin terpesong daripada matlamat asal.

Sahabat Zaid pula percaya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika menjadi ahli Umno tidak lama dulu, mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri dan menyedari dia tidak akan mencapai impian itu jika kekal bersama Umno.

“Cuba tengok arah aliran kepemimpinan yang ada dalam PKR sekarang. Dengan membuat andaian Anwar mungkin dipenjara kerana kes mahkamahnya... selain Azmin (Ali), siapa lagi calon terbaik bagi PKR untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kawan-kawan memang sedar, Zaid mempunyai cita-cita amat tinggi dan dia sudah nampak tidak dapat pergi jauh jika kekal bersama Umno. Kerana itu, dia menyertai PKR yang dianggap boleh menjadi platform untuk mencapai impian indah itu sekiranya PKR boleh menumbangkan kerajaan BN,” kata sumber ini.

Tambahnya, dengan kekayaan yang dimiliki ketika bersama Umno membuatkan Zaid menjadi antara orang paling berpengaruh dalam PKR hari ini, apa lagi dengan kemampuannya dan Anwar untuk mendapatkan sokongan serta bantuan dana daripada kumpulan berpengaruh di dalam serta luar negara.

“Kita perlu melihat perancangan terutama membabitkan pelan peralihan kuasa dalam PKR, sekiranya Anwar ditimpa kejadian tidak diingini. Azmin mungkin berasa dia lebih layak berasaskan kepada kesetiaannya kepada Anwar selama ini, tetapi Zaid memiliki kekayaan yang jauh melimpah ruah berbanding Azmin.

“Antara Azmin dan Zaid, ramai yakin Anwar akan memilih Zaid sebagai penggantinya, kerana Zaid lebih lantang, berani dan berwibawa untuk menjadi pemimpin tertinggi,” kata sumber berkenaan.

Kerana itu tambah sahabat ini, Zaid dipilih sebagai calon di Hulu Selangor – Anwar memerlukan seorang yang lantang dan berani untuk membantunya di Parlimen bagi tempoh dua tahun akan datang.

Bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin, pernah menggelar Zaid sebagai antara Firaun Kecil dalam PKR dan membuat keputusan untuk keluar parti kerana tidak tahan dengan kerenah beberapa firaun kecil ini.

“Dalam soal Zaid yang mahu saya dipecat daripada parti, saya tidak berminat melayan politikus hingusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia mengenai hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud. Selepas itu Pas perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana Pas boleh berkompromi dengan soal Islam ini,”
katanya ketika membuat keputusan keluar PKR baru-baru ini.

INFO: Senarai keluar PKR:
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional)
2. S Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
5. Fairus Khairuddin (Adun Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
7. Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim)
8. Zainur Zakaria (bekas peguambela Anwar, AJK Parti Keadilan Nasional)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional)
11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti Keadilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
14. V. Arumugam (Adun Bukit Selambau)
15. Mohd Radzi Salleh (Adun Lunas)
16. Badrul Hisham Abdullah (Adun Pelabuhan Kelang)
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihan raya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Adun Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (Adun Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

MM - Bersimpati kepada Azmin Ali kerana beliau telah terlalu banyak berkorban untuk Anwar dari dulu hingga sekarang dengan harapan beliau akan dilantik sebagai TPM (atau PM) jika Anwar berjaya ke Putrajaya (Ooops! SB)

Desperado



Kain rentang dakwa debat perdana Najib-Anwar

Dengan tinggal hanya satu hari saja lagi untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, beberapa kain rentang dipasang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai debat perdana di Kuala Kubu Baru esok.

Kain rentang tersebut yang dipasang di sekitar Kuala Kubu Baru, menjemput orang ramai menghadiri debat perdana antara Najib dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru pada pukul 9 malam esok.

Ia menyatakan isu berkenaan Apco, Israel dan keselamatan negara akan dibincangkan pada debat itu.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri ketika dihubungi menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sebaliknya, Najib yang turun padang hari ini dan esok untuk membantu calon BN P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil itu, akan menghadiri Grand Finale 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada masa yang sama.

Program Najib di Hulu Selangor bermula dengan Sarapan 1Malaysia di Padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang pada jam 9 pagi, diikuti tinjauan mesra di Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Baru (10.45 pagi), Kampung Baru Rasa, Kampung Bukit Rasa, Kampung Baru Kalumpang dan Hulu Bernam.- Bernama

MM - Fitnah, penipuan dan pembohongan Anwar akan berterusan sehingga dia mati. Tiada Anwar di dunia ini mungkin aman sikit kehidupan orang-orang Melayu kita.

Friday, April 23, 2010

Yee haa..... PAS FOR ALL & ISRAEL 4 ALL


PAS For All: Pemimpin PAS mula melenting...

Seorang pembaca mengirim email ini untuk menunjukkan bagaimana PAS mengambil semangat Israel 4 All dalam kempennya PAS For All. Juga lihat pada cogankata "Tourism for people with special need" pada Israel For All digunakan dalam kempen itu pakai ayat bernada hampir sama "Jadikan negeri kami negeri beragama tempat istirehat orang-orang miskin yang memerlukan". Ia diambil dari laman web Husam Musa. Sebelum ini Agendadaily siar logo keduanya hampir ada persamaan

Ramai tahu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan adalah antara penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam isu Apco Worldwide yang dituduh pembangkang 1Malaysia ciplak 1Israel, Mahfuz antara yang lantang menyerang kerajaan dalam dan luar Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, apabila ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Pemuda UMNO, KhaIry Jamaluddin mengaitkan PAS mirip sebuah parti politik yang menganggotai pakatan 1Israel, beliau betul-betul melenting.

Malah, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan Kuala Selangor, Zulkifli Ahmad turut bangun meminta Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu.

Menurut Abdul Rahman, 1Israel adalah pakatan ketika pilihanraya Israel pada 1999.

“1Israel terdiri daripada parti Buruh, parti Meimad dan yang terakhir Gesher yang berjuang untuk agama sama seperti PAS,” kata beliau menyebabkan ahli-ahli Parlimen terlibat dalam pertikaman lidah.

Ahli-ahli Parlimen PAS mendesak agar Abdul Rahman menarik balik kenyataan itu tetapi enggan berbuat demikian kerana kedua-dua parti menggunakan agama sebagai platform mereka.

Bagaimanapun Abdul Rahman akhirnya menarik balik kenyataan itu apabila kekecohan bertambah buruk.

Isu kaitkan PAS dengan Israel tidak berakhir di situ apabila Khairy sekali lagi menyentuh slogan PAS For All sama dengan Israel 4 All.

Mahfuz yang ditemui pemberita di luar Dewan ketika minta ulas perkara itu, cuba mengelak dengan jawaban berbolak balik.

“Israel For All itu syarikat pelancongan, tak sama dengan PAS For All. PAS parti politik. Itu berbeza dan tidak berkaitan. Itu hujah kebudak-budakkan,” katanya.

Beliau menafikan PAS ciplak slogan dan logo Israel For All.

Malah, katanya beliau tidak tahu pasal isu itu kecuali sejak timbul isu 1Israel dan 1Malaysia.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa PAS mencipta sendiri logo PAS For All.

Beliau beri alasan tidak ingat bila PAS For All diwujudkan.

Senang cakap cara Mahfuz jawab beliau nak elak PAS dikaitkan dengan Israel kerana bimbang dijadikan isu memakan diri pari itu.

Sumber: agendadaily

Nik Aziz dan balak-balaknya



Khalid Al Walid’ PAS atau Razak Bin Abas, tidak dapat dinafikan oleh sesiapa keakrabannya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan.

Walaupun dia gagal menggulingkan Tengku Razaleigh Hamzah didalam pilihanraya umum 1999, kejayaan PAS mempertahankan Kelantan dengan cemerlang membawa keberkatan kepadanya.Tambahan pula sebelum dia menyelak kainnya di Pendang pada tahun 2002, dia dilaporkan sudah berbisik dahulu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tindakannya. Lantas apabila dia benar-benar berbuat demikian, bertambahlah keberkatannya disisi Tuan Guru.

Salah seorang anaknya, iaitu Roshaimi Bin Razak terkenal rapat dengan seorang anak Nik Abdul Aziz dan juga seorang exco dalam pentadbiran Nik Abdul Aziz. Baru-baru ini pula desas-desus kencang berkata menantu Nik Aziz, Almenantunya Ariffahmi pula telah masuk kongsi perniagaan dengan insan yang terkenal dengan panggilan Chegu Mie ini.

Khabarnya pula, mereka berdua akan menyewa di bawah pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, elok juga kita fahami serba sedikit modus operandi geng balak di Kelantan. Ia adalah satu usahasama Ali dan Baba yang boleh dibanggakan. Selalunya Ali akan menubuhkan syarikat dengan beberapa orang baba. Ali mestilah seorang yang rapat dengan salah seorang exco yang duduk di dalam jawatankuasa balak kerana hanya setelah surat permohonan mereka diminit oleh salah seorang exco barulah ianya boleh diangkat ke peringkat seterusnya.

Bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar pula, Ali dan Baba perlu berjanji untuk menderma sejumlah wang kepada Parti.

Apabila Ali berjaya mendapatkan kelulusan itu, dia akan menjual syarikat dan segala konsesi yang diperolehi oleh syarikat itu kepada Baba. Baba akan membayar sejumlah wang yang akan Ali kongsikan bersama rakannya dan juga untuk Ali gunakan untuk menderma kepada Ahli Politik dari parti politik.

Wang itu pula jika sampai ke tangan Ahli Politik ia akan terus disimpan diluar Parti untuk aktiviti parti apabila diminta. Namun begitu, ketirisan berlaku dimana-mana dan ianya tidaklah selalunya berakhir dengan begitu sempurna. Bahkan kadang-kadang ada sesetengah Ali yang menulis pula surat kepada exco tertentu minta dibatalkan perjanjian derma mereka.

Memandangkan wang-wang ini sama ada yang diterima oleh Ali atau yang didermakan kepada Ahli Politik selalunya dirahsiakan maka tiada ketelusan didalam pengurusannya.

Seringkali juga orang tengah yang juga merupakan Ahli Parti yang berjawatan melarikan wang itu kerana mereka tahu mereka tidak akan didakwa. Terdapat satu insiden dimana orang tengah telah melarikan wang berjumlah RM82,000 ke Kuala Lumpur untuk membeli sebuah Mercedes Benz second hand secara tunai.

Memandangkan Parti memerlukan sumber kewangan ini maka beberapa Exco atau Ahli Dewan Harian telah diamanahkan untuk mencari wang menerusi cara begini dan sebab itulah kita akan sering mendapati orang yang amat dipercayainya sahaja yang sering mendapat konsesi balak di Kelantan.

Senarai syarikat di bawah adalah senarai pendek daripada ribuan syarikat yang telah mengejar habuan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan ianya di senaraikan disini tanpa prejudis dan sekadar bagi memudahkan kita memahaminya.

1. MT Arju Enterprise (KT0123850-U)

* Didaftarkan pada 17 Disember 1997.
* Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak pada 29 Julai 2000.
* Pada 6 Jun 2001, Roshaimi menyerahkan hak milik kepada Ng Man Chan.

2. Sri Kalai Seberang Enterprise (KT0118180-U)

* Tarikh didaftarkan 10 Mac 1997
* Pemilikan asal Mat Isa Bin Mat Saman dan Siti Amunah Binti Ismail.
* Kedua-dua mereka menarik diri dari pemilikan syarikat pada 20 Mac 2001.
* Sehari sebelum itu, iaitu pada 19 Mac 2001 Wong Kam Soon dan Roshaimi Bin Razak menyertai syarikat sebagi pemilik.
* Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat pada 5 September 2001 dan serahkan pemilikan kepada Kua Geam Hang yang menyertai syarikat pada 24 Julai 2001.

3. Khazanah Rimba & Trading (KT0118590-P)

* Didaftarkan pada 27 Mac 1997.
* Cheong Kok Tong mengambil alih syarikat pada 20 Oktober 1999.
* Roshaimi Bin Razak menyertai Cheong sebagai pemilik bersama pada 24 Julai 2001.
* Pada 20 Jun 2004, Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat.

4. Syarikat Gemal (KT0035356-H)

* Tarikh didaftarkan 7 Februari 1985.
* Pemilikan asal Wan Ahmad Zaki Bin Wan Jaffar, Che Abdullah Bin Deraman, Azmera Bin Othman, Kamariah Binti Abdullah dan Roshaimi Bin Razak.
* Kesemua mereka ‘tarik diri’ dari syarikat pada 3 Februari 2002. Kamariah tarik diri pada 13 Oktober 1991).
* Pemilikan syarikat diambil alih oleh Ho Chung Meng pada 3 Februari 2002.

5. Sri Kemboja Timber (KT0180591-H)

* Ditubuhkan oleh Roshaimi Bin Razak pada 14 Oktober 2003.
* Pada 19 Mei 2004, Chiong Ah Hui menyertai syarikat atas dasar perkongsian.
* Roshaimi serahkan syarikat sepenuhnya kepada Chiong pada 27 Jun 2005.

6. Sri Jelaping Enterprise (KT0116611-V)

* Didaftarkan pada 15 Disember 1996
* Pemilikan bersama diantara Roshaimi Bin Razak dan Lim Boon Lang bermula 4 September 2003.
* Pada 7 Oktober 2003, Lim Boon Lang ‘tarik diri’ dan diambil alih oleh Chiong Ah Hui.
* Pada 20 Jun 2004 ia menjadi milik tunggal Chiong Ah Hui apabila Roshaimi Bin Razak ‘tarik diri’.

7. Perniagaan Gunong Jaya (KT0076975-T)

* Didaftarkan pada 12 November 1990 oleh Yusuf Bin Husain.
* Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak dan Wong Kam Soon pada 21 Mac 2001.
* Mendapat kelulusan balak sebelum April 2004.
* Roshaimi keluar dari syarikat pada 10 April 2004.

8. Tegoh Taqwa Enterprise (KT0121361-P)

* Didaftarkan pada 19 Ogos 1997.
* Menjadi pemilikan bersama Roshaimi Abdul Razak dan Cheong Kok Tong pada 24 Julai 2001.
* Pada 8 Mei 2005 menjadi milik tunggal Tan Wah Leong.

9. RM Ramad Enterprise (KT01405659-W)

* Didaftarkan pada 27 September 1999 oleh Roshaimi Bin Razak.
* Cheong Kok Tong sertai Roshaimi pada 29 Mac 2003 tapi tinggalkan syarikat pada 19 Mei 2004.
* Chiong Ah Hui sertai syarikat pada 19 Mei 2004.
* Roshaimi tinggalkan syarikat pada 27 Jun 2005.
* Yap Yong Poh dan Teo Tian Song ambil alih syarikat pada 18 Januari 2007 daripada Chiong Ah Hui.

10. Awara Murni Enterprise (KT0121121-M)

* Didaftarkan pada 7 Ogos 1997.
* Pemilikan asal oleh Saimin Bin Ishukri@Zakaria dan menarik diri dari syarikat pada 19 Januari 2000.
* Roshaimi Bin Razak mengambil alih syarikat pada 22 November 2005.
* Syarikat mendapat keluusan balak diantara November 2005 hingga Januari 2006.
* Pada 9 Januari 2006, Roshaimi menyerahkan pemilikannya kepada Ong Kung Soon.

11. CT Dragon Trading (KT0210504-U)

* Tarikh didaftarkan pada 9 April 2006.
* Dimiliki bersama oleh Cheong Kok Tong, Tew Thin Choy dan Roshaimi Bin Razak.
* 1 Ogos 2007 Roshaimi ‘menarik diri’ dari syarikat.
* 13 November 2007, Wong Kok Bing menyertai senarai pemilik syarikat.

Individu yang terdapat didalam senarai pendek di atas tidak bersalah atau melakukan sebarang kesalahan dan hendaklah tidak didiskriminasikan. Mereka adalah ahli perniagaan tulin yang mencari rezeki yang dibenarkan.

Apa yang dipertikaikan mengapa dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, hasil kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada beberapa kerat orang yang sudah kaya atau yang sudah dikayakan oleh Nik Aziz. Mengapa kekayaan itu tidak dibahagikan sama rata dan diutamakan mereka yang belum mendapat peluang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz digesa supaya bersikap telus dan mengeluarkan senarai penuh syarikat-syarikat yang telah menerima projek Kerajaan Negeri semenjak 1990 hingga sekarang supaya rakyat dapat menilai sendiri. Kerajaan Negeri juga dimohon untuk ‘declassify’ dokumen-dokumen dalam Mesyuarat Exco yang berselindung disebalik Akta Rahsia Rasmi supaya kita dapat memahami keluasan projek dan untuk tujuan apa individu-individu tertentu diberikan projek.

Kerajaan Mahathir Mohamed pernah mengeluarkan senarai penerima projek Pusat dan Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pernah mengeluarkan senarai penerima AP pengimport kenderaan.

Sebelum ada yang menghalalkan tindakan Nik Abdul Aziz dengan alasan ketirisan hanya kecil berbanding dengan pusat, sayugia saya ingatkan, bajet tahunan Kerajaan Negeri hanyalah didalam lingkungan RM400 juta sahaja. Jika ketirisan yang mencecah hampir ratusan juta dibandingkan dengan perdapatan dan peruntukan perbelanjaan negeri, tentu sekali ianya menunjukkan ketirisan yang maha hebat.

Bagaimanapun, ingin saya tegaskan, apa yang berlaku di Kelantan tidak ‘reflect’ PAS secara kesuluruhannya.

Setiap kali ceramah, PAS masih mengutip derma dari ahli-ahlinya. Walaupun ada yang menderma hingga beribu ringgit tetapi hampir keseluruhannya adalah derma yang kecil jumlahnya. Iaitu beberapa ringgit yang disimpan hasil memotong getah atau hasil pemberian anak mereka yang bersabung nyawa mencari rezeki di rantauan. Mereka ikhlas mahu membantu Parti mereka didalam menentang Barisan Nasional yang bagi mereka bergelumang dengan rasuah, kronisme dan nepotisme.

PAS Kelantan sudah gagal membersihkan dirinya. Pimpinan PAS Kelantan tiada keyakinan diri untuk mengundurkan Nik Abdul Aziz walaupun mereka sedar populariti Nik Abdul Aziz sudah menjunam.

Mereka sedar kebelakangan ini mereka terpaksa batalkan kehadiran Nik Abdul Aziz untuk merasmikan beberapa program kerana kehadiran tetamu dan peserta yang amat sedikit. Antara program yang terpaksa dibatalkan ialah sebuah program bermotor beberapa bulan yang lalu. Walaupun mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar peserta dan hadirin, sesuatu yang PAS Kelantan tidak pernah lakukan sebelum ini, tetapi kehadiran hanyalah sekadar kurang daripada 50 orang peserta sahaja.

Bagi golongan yang masih berkeras mempertahankan Nik Aziz ini, argumen mereka ialah Nik Aziz masih tunjang mereka kerana pemilih diluar Kelantan masih menganggap Nik Aziz sebagai keramat. Apalagi, masyarakat Cina dan India melihat Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat ditunggang untuk memajukan agenda mereka.

Sebelum Pilihanraya Umum 2008, Tun Mahathir Mohamed pernah membuat kenyataan akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana yang antara lain menyeru supaya, ‘UMNO dibersihkan dari luar’ setelah melihat UMNO gagal membersihkan dirinya dari dalam.

Pentadbiran Nik Abdul Aziz sudah gagal membersihkan dirinya sendiri, masanya sudah tiba untuk ‘PAS Kelantan dibersihkan dari luar’ sebelum ianya memudaratkan kredibiti PAS sebagai sebuah parti yang membela rakyat dengan penuh ikhlas.

Kepada Allah saya berserah dan memohon perlindunganNya!

sumber: kickdefella

Monday, April 19, 2010

Kedua calon Bebas tarik diri - Sekarang BN vs. PKR saja

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

malaysiakini

Dr Halili, Doktor Peribadi Anwar Umum Keluar PKR

text related to image
Dr. Halili Rahmat umum keluar PKR hari ini.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bendaharinya bagi Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini untuk menyertai Umno.

Halili berkata, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR kerana parti yang diasaskannya bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada 1999, sudah hilang arah dan jauh terpesong daripada tujuan asal.

"PKR sekarang dikawal oleh sekumpulan pemimpin yang berfikiran sempit dan membangunkan ideologi berhaluan kiri terhadap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, beliau lebih kecewa melihat PKR hanya sibuk meraih undi semasa pilihan raya, tetapi mengabaikan rakyat sebaik sahaja pilihan raya selesai.

"Lihat kepimpinan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, saya lihat beliau bertungkus-lumus dan berkerja kuat untuk memajukan negara dan membawa perubahan dalam Umno dan BN," ujarnya.

Pakar bedah itu turut menafikan beliau keluar daripda parti kerana kecewa setelah tidak terpilih sebagai calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

"Saya tidak meminta mahupun menawarkan diri untuk menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu dan saya tidak pernah menyatakan ada menerima apa-apa tawaran walaupun ada beberapa pemimpin PKR mencadangkan nama saya," katanya.

Dr Halili pernah bertanding menentang Datuk G. Palanivel untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum 1999 dan Datuk Zainal Abidin Sakom bagi kerusi Dewan Dewan Undangan Negeri Batang Kali pada Pilihan Raya Umum 2004. Beliau tewas dalam kedua-duanya.

Menurut pakar saraf itu lagi, beliau membuat pengumuman mengenai keputusan terbarunya ini sekarang kerana tidak mahu namanya digunakan oleh PKR untuk memancing undi pada pilihan raya kecil yang sedang berjalan sekarang.

“Sebagai anak jati Hulu Selangor, saya sukar hendak pertahankan kredibiliti PKR kerana selama dua tahun (memerintah Selangor) ini, tiada perubahan yang dibawa kepada Hulu Selangor,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai kempen untuk BN di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Dr Halili berkata beliau akan berangkat ke Melbourne, Australia untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya khamis ini.

www.mstar.com.my

Sunday, April 18, 2010

Everything you sincerely want to know about APCO but too stupid to ask!

text related to image
Here is everything you want to know about APCO but you are either afraid to ask or you would rather believe the lies spread by Opposition leader Anwar Ibrahim.

Here is one of the stark naked facts to show that Anwar was indeed lying through his teeth. On Tuesday of last week when challenged to identify a link between APCO, 1Malaysia and 1Israel, he failed to answer, why because such links do not exist.

Let us begin with some facts, and the government is assured that:

- APCO does not work for the government of Israel;

- APCO had nothing to do with One Israel;

- APCO was not responsible for 1Malaysia;

- APCO is not part of any country's security services;

- APCO does not work for dictators;

- The security company in which APCO has an investment is not involved, and has never been involved, in Malaysia.

First and foremost, APCO is a communications company – nothing more and nothing less – the only information or facts to which they have access are those the Government wants to make public. Apco works with multiple ministers of the government.

Anyone who knows this government knows it will never compromise our national interest or our national security. There is no hanky panky about hiring APCO to help the government.

he information disclosed about APCO's work globally is publicly available and can be found on the Internet. Far from being secret or sinister, the details of APCO’s work are on the internet for the entire world to see.

APCO helps the government communicate with the people of Malaysia more effectively so that the people understand how the reforms we are making will benefit them – from the New Economic Model to the 10th Malaysia Plan; how together these reforms will help to deliver a better life for themselves, their families and their country.

Consistency and clarity in the government’s communication activities – from community messages to major policy initiatives and crisis response – is not something that happens overnight. And the systems providing this clarity will belong to the people of Malaysia through the civil service and not any one government.

APCO's international experts are delivering world class training and introducing global best practices to help the Malaysian civil service understand the value of and practice effective communications. Walls are being broken down to improve efficiency and cooperation within and between ministries.

By communicating better at home we can also improve how we communicate abroad so that we can attract the future international investment our country needs. How we respond to issues, define policy and demonstrate accountability, directly shapes the way the country’s modernity, investment stability and security are evaluated.

It is vital to improve our communications capacity because the opposition has consistently maligned Malaysia’s reputation abroad, which in turn threatens our ability to attract key sources of revenue through foreign direct investment and tourism.

Hiring international experts allows us to implement best practices in communications and cross ministry coordination, saving time and money to avoid costly errors. Most importantly, the international experts we have hired are helping to build up our domestic communications capacity to a world class standard so there is a lasting, long-term legacy for our country.

Why has the Opposition chosen to focus on the international experts we have hired and made outrageous allegations about their work, their association and their motivation? I do not believe that these allegations are about the PR agencies we have hired to improve communications about the government's reforms.

They are instead an attempt to undermine the government's reform programme and the success of 1Malaysia. The opposition do not have any practical alternatives to the reform programme we are delivering they are trying instead to throw up this smokescreen.

They cannot debate alternative policy so they are focussing on attacking the process; they cannot address the positive benefits this government is bringing – on crime and corruption, education, anti-poverty, jobs and economic growth – and instead they are focusing their energy on negative campaigning.

The opposition do not want Malaysia to move forward; they do not want our people better engaged with our government; they do not want our country to take our rightful place amongst the growth economies of the world; they do not want us to look and learn from the mistakes of other countries' governments in the past and not have Malaysia repeat those mistakes in the future.

Instead, the Opposition will peddle any allegation, no matter how outrageous or offensive, no matter at what cost to our country, to play their political games. Their objective is to generate unfounded fears rather than improve our international reputation.

Their agenda is about creating national division rather than building 1Malaysia. But in fact, many great national movements have begun from simple ideas that bring people together. 1Malaysia offers the same hope for our country.

On Tuesday the PM received the New Economic Model report that lays out a positive agenda for economic progress. We will remain committed to this reform agenda. Let us be absolutely clear: this government will not be intimidated by Opposition’s campaign of distortion.

Whilst they continue their efforts to misled our parliament, we will continue our mission to lead the country. Malaysians have the national confidence to define what we stand for and how we will build respect with other countries.

We are at a unique crossroads in our history where we can shrink back to the politics of hate, the politics of insecurity and doubt, the politics of factionalism; or we can be bold enough to experiment with new ideas and seek guidance necessary to attract greater investment and streamline the way our government does business.

Now is the time for us to engage with the world, to draw inspiration and energy from the best practices available. The opposition has not provided any substance to their rhetoric.

They have instead called for government stagnation. To stick with the status quo. Our job, of leaders, is to follow a path for government transformation. That is what we are doing through the difficult process of reform. That is what we are doing by establishing greater trade routes. And that is what we are doing by engaging the world’s experts to help us become more effective on the global stage.

www.malaysia-instinct.com

ANWAR SEBENARNYA TAK PERNAH BACA KONTRAK APCO!

text related to image

Oleh Mozas

Malaysiakini: Kekalutan Apco - Anwar mohon campur tangan Agong (sini)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

1. Demikian petikan dari portal Malaysiakini mengenai surat yang dihantar oleh Anwar kepada Yang Dipertuan Agong sebagai usaha susulan beliau ke atas isu APCO demi untuk mengalihkan perhatian dari kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

2. Sebenarnya jika beliau menghantar surat berkenaan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), maka jelaslah “kebodohan” dan makin terserlahlah tahap kualiti kepimpinan yang rendah yang ada padanya. Mengapa Anwar “bodoh” dan bukan pemimpin yang berkualiti?

3. Pada 31 Mac 2010 yang lalu, Anwar melalui blognya (sini) dan blog-blog pro-pembangkang yang lain (sini dan sini misalnya) telah menjaja salinan yang dikatakan sebagai Dokumen Perjanjian Antara APCO Worldwide Dengan Kerajaan Malaysia bagi “mengesahkan” segala tuduhan yang dilempar mereka kepada Kerajaan Persekutuan.

4. Apa yang menampakkan “kebodohan” Anwar dan para penyokongnya ialah, di dalam dokumen yang dijaja Anwar itu (sini), telah jelas tertulis tempoh dan tarikh kontrak di antara Kerajaan Persekutuan dengan APCO iaitu selama 6 bulan bermula dari 15 Julai 2009 dan berakhir pada 15 Januari 2010 (the Government has agreed to accept your tender as modified for a period of six (6) months commencing July 15, 2009 and ending on January 15, 2010).

5. Kontrak APCO apa lagi yang nak ditamatkan? Bukankah sekarang ini sudah bulan April 2010? Ataupun beliau masih lagi beranggapan sekarang ini belum lagi sampai ke tarikh 16 September 2008 atau 2009? Ini “bukti” yang dikemukakan sendiri oleh Anwar. Di dalam blognya sendiri!

6. Ini jelas menunjukkan Anwar tidak peduli apa saja “eksibit” yang diserahkan kepadanya oleh mana-mana pihak sekalipun, asalkan dapat diguna untuk menghentam YAB Najib dan Kerajaan Persekutuan. Usah kata nak disemak terlebih dahulu, dicarikan fakta betul atau tidak, membacanya pun tidak. Adakah ini kualiti kepimpinan yang boleh diangkat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

7. Begitu juga dengan seorang lagi anak didik beliau, YB Balik Pulau Yusmadi Yusoff, juga tidak mencari maklumat yang sebenar (sini). Sebagai seorang peguam, bukankah beliau sepatutnya menyemak dan bercakap berdasarkan fakta dan bukti?

8. Kesimpulannya, “kebodohan” Anwar dapat dilihat dalam tindakannya ini. Beliau perlu mengakui sama ada dokumen yang dikemukakan di dalam blognya itu palsu ataupun beliau perlu mengemukakan dokumen baru yang menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menyambung kontrak APCO setelah ia tamat pada 15 Januari 2010. Jika tidak, Anwar memang pembohong!

Nota kaki:
Entah-entah surat yang dihantar kepada YDPA itu pun Anwar tak baca. Cuma tolong jadi “posmen” saja untuk dapat nama. Soalnya, siapa yang tolong karangkan surat berkenaan untuk beliau?

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/anwar-sebenarnya-tak-pernah-baca.html

Saturday, April 17, 2010

Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim, Calon PKR Hulu Selangor!

Oleh:Mozas

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya (sini, sini dan sini), ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.

2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat! sini) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikan yang ada padanya.

3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online di sini), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!

4. Bersesuaian dengan dengan tema awalan penulisan artikel ini iaitu “Kitar Semula”, penulis turut mengitar semula cercaan dan celaan Harakahdaily kepada Zaid Ibrahim, Katak Buangan Kitar Semula PKR di Hulu Selangor. Menariknya cercaan dan celaan ini bukan saja pernah dipaparkan melalui media rasmi maya PAS malah kesemuanya ditulis oleh pendokong dan penyokong tegar parti berkenaan.

5. Melalui artikel bertajuk Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan (sini) yang ditulis oleh Zaili Muhammad, Ketua Penerangan PAS Melaka Sofi Wahab, telah menempelak Zaid ketika itu yang merupakan seorang Menteri, yang “sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam”. Ini kerana “di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut (Forum Memeluk Islam), menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang (Zaid) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.” Ini menyebabkan Sofi seterusnya mempersoalkan “kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang”. Zaid juga dilabel oleh Sofi sebagai “penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC)” dan berharap agar beliau “lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam”. Akhir sekali, Sofi melahirkan kekesalannya kerana “Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

6. Menurut Azamin Amin pula melalui artikel bertajuk Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat (sini), calon PKR ini “cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya”. Tindakan Zaid ini melahirkan kekecewaan di kalangan masyarakat kerana beliau “secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad ”. Malah Azamin turut menyatakan seorang pemanggil yang menghubunginya turut mempersoalkan mengapa Zaid “membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri (Islam) dinafikan haknya”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

7. Ustaz Zolkharnain Abidin melalui artikel bertajuk Cadangan Zaid supaya wujud loteri diselar (sini) menyelar cadangan Zaid untuk mengadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di Malaysia. Exco Dewan Pemuda Pas ini menganggap cadangan Zaid sebagai “biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam”. Zolkharnain turut menyatakan Zaid seorang yang angkuh kerana apabila ditanya sama ada cadangannya itu halal atau haram, jawapan yang diberikan Zaid ialah "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?". Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

8. Terakhir untuk artikel ini (walaupun banyak lagi sebenarnya!), penulis memetik tulisan Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (sini), yang mengkritik kenyataan Zaid ketika ditemuramah oleh majalah Off the Edge edisi April 2006. Beliau berpandangan pendapat Zaid adalah “selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil do not legislate or police morality (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang). Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya. Prinsip ini adalah bersandarkan teori harms to others yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain). Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain.” Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

9. Berdasarkan artikel yang ditulis sendiri oleh penyokong tegar PAS di dalam Harakahdaily yang penulis kongsikan di atas, jelas menunjukkan penduduk Hulu Selangor, khususnya penyokong PAS, tidak patut mengundi Zaid Ibrahim, orang yang menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu kerana mahu melaksanakan HUDUD (Ya! Zaid Ibrahim orangnya! Baca sini). Kredibiliti dan imej beliau sebenarnya telah "dibogelkan" sendiri oleh orang-orang PAS. Namun penulis percaya, sedangkan dengan syaitan dan DAP pun PAS sanggup untuk berkawan bagi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO (menyembah Allah yang Esa, satu kiblat yang sama!) melalui BN, inikan pula PKR. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Nota kaki:
Artikel ini penulis tujukan khusus kepada penyokong PAS bagi menilai Calon Katak Buangan Kitar Semula PKR bersumberkan kepada Harakahdaily, media rasmi PAS sendiri. Janganlah pula dikatakan Harakahdaily pun dibeli oleh UMNO untuk menjatuhkan PKR. Semua ini adalah dari anda sendiri! What you give, you’ll get back!

http://satulimatiga.blogspot.com

Thursday, April 15, 2010

Lagi geng Anwar keluar PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar PKR hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai.

"Tetapi yang saya pandai, (sama ada) boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat. Itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain (yang) bermuka dua dan lidah bercabang," katanya sambil membacakan kenyataan yang disediakan lebih awal.

'Monyet' dalam parti

Wei Shu juga memberi jaminan menjadi Adun bebas "yang menyokong mana yang betul" dan tidak condong kepada mana-mana parti, termasuk ketika membuat pengundian dalam sidang DUN.

"Dengan kedudukan saya (sebagai wakil bebas) ini, saya harap rakyat di kawasan saya tidak akan risau. Saya akan terus berkhidmat seperti biasa," katanya yang berdakwa telah bertungkus-lumus memenuhi kehendak rakyat di kawasannya selama ini.

Tindakan Wei Shu hari ini menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Wei Shu juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Wei Shu hari ini, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh jatuh sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Wei Shu.

Dalam sidang media hari ini, Wei Shu yang hadir bersendirian juga berkata, beliau tidak boleh menunggu lagi untuk keluar parti kerana "kedegilan pemimpin tertentu" yang disifatkannya sebagai "monyet".

'Saya sayang Anwar, Najib'

"Tak puas hati itu banyak. Kalau hendak cerita, tiga hari tiga malam pun tak habis," katanya dalam loghat Kedah.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan bertindak sebagai Adun bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti sebaliknya akan "menyokong mana yang betul".

Wei Shu turut menafikan pengundurannya mempunyai kaitan dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Walaupun keluar parti, Adun tersebut bagaimanapun mengegaskan bahawa beliau masih "sayang" pada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya sayang pada Anwar. Tetapi tengok sekarang, Najib pun bekerja, (jadi) saya sayang pada Najib juga," katanya.

Dalam respons segera berhubung perkara itu, Anwar berkata beliau tidak terkejut dengan peletakan jawatan Wei Shu itu.

"Beliau tidak gembira kerana dilucutkan jawatan sebagai exco negeri. Menteri besar (Kedah) mencadangkan perubahan dalam barisan kepimpinan kerana prestasinya tidak memuaskan.

"Jadi beliau dilucutkan," kata ketua pembangkang.

Anwar juga mendakwa, peletakan jawatan itu telah dirancang lebih awal memandangkan ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Wednesday, April 14, 2010

Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.'

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dibuat oleh Hakim Mohd Shukor Sabudin.

Menurutnya, pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan.

Anwar mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan.

Dalam perhakiman yang dibacakan, Hakim Mohd Shukor berkata tugas pendakwaan adalah mengikut budi bicara sepenuhnya.

Katanya, Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 (2) memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding.

"Sebarang kecuaian dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memikul beban bukti akan menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenarnya.

"Dalam sistem keadilan Islam, amat besar kesannya apabila keadilan menjadi kucar kacir, tidak menentu, bercelaru serta berubah-ubah dan sebagainya,” katanya.

Dalam penghakimannya itu juga, hakim turut menegaskan bahawa ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman.

Menurutnya sekiranya terdapat campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".

Sementara itu Anwar ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan hakim yang menerima bantahan awal responden.

"Beliau (hakim) menceritakan pendakwa raya mesti adil, tak boleh zalim. Dalam hukum (Islam) jelas mesti memulakan kuasa untuk mendakwa. Beliau menukil daripada beberapa pandangan (tokoh ulama terkenal) Wahbah Zuhaili, (dan) Ibn Qayyim Al-Jauzi.

“Semua itu untuk menutup hujah bahawa pendakwa tidak boleh tunduk kepada arahan politik, (dan) mesti bebas.

Katanya, walaupun “cukup jelas dituduh fitnah”, pendakwa sebagai pegawai rendah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan “tidak berani mendakwa”.

Sehubungan itu, setelah berbincang dengan peguamnya, Anwar berkata, beliau akan merayu terhadap keputusan itu, walaupun tidak terlalu mengharap.

Dalam prosiding pagi tadi, Anwar diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzzaman manakala pihak responden diwakili Zainul Rijal Abu Bakar.

=========================================================================
Rujukan 1

al-Quran An-Nur 24:4
text related to image
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;


=========================================================================
Rujukan 2

Act 559
SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997
Qazaf

41. Except in cases of li‘an, any person who accuses another person of committing zina without procuring four male witnesses or an iqrar of the accused person in accordance with Islamic Law shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.


=========================================================================

Adakah perbuatan liwat itu sama dengan perbuatan zina? dan adakah dakwaan Anwar berlakunya kes Qazaf relevan kepada al-Quran dan Undang-undang Jenayah Islam berkenaan? Anda fikirkan.....

Tuesday, April 13, 2010

No Israel spies in police project, says Abu Seman

KUALA LUMPUR, April 13 — The Home Ministry today denied claims by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim that Israeli intelligence spies were working for a company involved in the Police Reporting System (PRS) project.

Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop said internal investigations carried out by police revealed that all workers involved in the project were locals, except for one worker from India.

“The PRS System provides police management personnel with a database that can be used to monitor any type of crime category, criminal activity and other pertinent crime statistics within a particular district or in the community as a whole from anywhere in the country.

“The system will be installed throughout the country in three phases and Sabah and Sarawak during the fourth phase,” he said when winding up debate for the Supplementary Supply Bill (2009) 2010 at the committee level for his ministry at Dewan Rakyat today.

Last Tuesday, Anwar had claimed that he had documents to show that Israeli intelligence had access to strategic secrets of the country through Asiasoft (M) Sdn Bhd who were the sub-contractors for the installation of PRS.

Abu Seman said the first and second phase was undertaken by Sapura System Sdn Bhd (SSSB) and the third by Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) which appointed Asiasoft (M) Sdn Bhd as the sub-contractor.

He added that all of Asiasoft (S) Pte Ltd’s shares were bought over by Asiasoft Global Pte Ltd which was registered in Singapore and not in Tel Aviv, Israel as claimed.

Abu Seman said 49 per cent of Asiasoft Global Pte Ltd was owned by a Singaporean by the name of Toh Kian Hong while the remaining 51 per cent belonged to Top Image Systems Ltd (TIS), a company where two directors were Israelis.

“Concerns of Israeli intelligence had come about during the transfer of shares in the company but the third phase of the project was already completed by Oct 2006, even before the restructuring exercise carried out by the company in Aug 2007. So the question of Israeli intelligence present in the project does not arise.

“The internal investigations carried out by police also showed that MPC had terminated the services of Asiasoft (M) Sdn Bhd on Dec 31, 2008,” he said.

He also denied allegations by Anwar that the RMPnet project, which was a two way communication system developed by Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) with MPC, had links with APCO Worldwide.

“RMPnet is a project to upgrade the communication system from the conventional analogue system used by police to digital, to ensure an efficient and effective system.

“MTSB carried out the project in accordance with the Apco P25 standards introduced by the ‘Association of Public Safety Communications Officials’ and known in short as Apco International.

“Apco International had nothing to do with APCO Worldwide which is a public relations company while RMPnet and PRS were two entirely different projects,” he said.

Abu Seman who also refuted claims that the cost of the RMPnet project had increased to RM999 million said the total cost actually remained at RM980 million. — Bernama

Telan air ludah ustaz!

Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ada banyak perkara yang boleh ditanya.

Demikian mudah nama Ahlus Sunnah dipergunakan dan tidak pula dikenakan tindakan oleh JAIS.

Jika ditanya mungkin ustaz itu –jika dia tahu- akan berkata ada hadis Nabi s.a.w pernah meludah mata 'Ali bin 'Abi Talib sehingga sembuh sakit matanya.

Atau mungkin riwayat lain yang dipertikaikan kesabitannya yang menyatakan kononnya Rasulullah s.a.w pernah meludah ke dalam mulut kanak-kanak pada Hari 'Asyura untuk melatih mereka terus berpuasa.

Riwayat ini dipertikaikan oleh sebahagian sarjana hadis. (lihat: Silsilah al-Da'ifah hadis ke 6749).

Apapun, soalan yang wajar ditanya, apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya setaraf dengan Nabi s.a.w atau seberkat baginda s.a.w sehingga dia pun hendak menyuruh orang lain menelan ludahnya?

Para sahabah Nabi s.a.w seperti para khalifah al-Rasyidin, atau para sahabat lain yang dijamin buat mereka syurga mempunyai berbagai kelebihan atau fadilat mereka yang dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Begitupun tidak pernah pun para sahabat ini semasa atau selepas kewafatan Nabi s.a.w membuat majlis dalam masjid atau luar masjid memanggil orang ramai menelan air ludah mereka untuk mendapatkan berkat.

Apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya sudah sampai ke suatu tahap yang menyamai Nabi s.a.w dan dia pula diberikan lesen besar oleh Jabatan Agama untuk mempromosikan 'kesucian' air ludahnya itu?

Pertembungan

Isu-isu yang seperti inilah yang sering membawa perbezaan antara golongan pembaharuan yang ingin membersihkan Islam dari kepentingan diri, bertembung dengan kelompok yang cuba menjadikan Islam sebagai sumber untuk mendapatkan kuasa pengaruh dan ketaksuban dengan cara memperbodohkan orang ramai agar meletakkan kesucian untuk diri mereka.

Golongan tarekat sering terjebak dengan hal yang seperti ini. Padahal semua hal tersebut atas tujuan penguasaan pengaruh atau politik yang akhirnya boleh membawa keuntungan yang berbagai kepada seseorang tokoh.

Hal ini saya telah sentuh dalam artikel 'Kuasa Politik dan Kuasa Agama'.

Dalam buku Tarekat Naqsyabandi, disebutkan tentang tanggungjawab disiplin pengikut tarekat: “Meninggalkan ikhtiar diri dan menyatukan ke dalam ikhtiar syeikh dalam segala urusan, baik ibadat mahupun adat kebiasaan.

Salah satu tanda murid yang benar, kalau syeikh menyatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam api yang menyala”, ia akan memasukinya” (H.A Fuad Said, Hakikat Thariqat Naqsyabandiah, m.s. 103).

Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, di mana Rasulullah s.a.w. pernah menghantar satu pasukan kecil tentera dan dilantik seorang lelaki Ansar mengetuai mereka serta memerintahkan mereka agar taat kepadanya.

Semasa dalam tugasan, lelaki itu pernah marah kepada mereka dan berkata: “Tidakkah kamu diperintahkan untuk taat kepadaku?”.

Jawab meraka: “Bahkan”. Katanya: “Aku telah putuskan apabila kamu siap kumpulkan api, kamu nyalakannya dan hendaklah kamu masuk ke dalamnya”.

Maka mereka pun mengumpulkan kayu api dan menyalakannya dan apabila mereka hendak masuk ke dalamnya maka mereka melihat antara satu sama lain.

Maka salah seorang dari mereka terfikir: “Kita ini mengikut Nabi s.a.w. hanya kerana ingin lari dari api (neraka) apakah kita patut masuk ke dalamnya?”.

Sedang mereka dalam keadaan tiba-tiba api tersebut pun terpadam dan kemarahan ketua mereka kembali tenang.

Maka apabila kisah tadi disebut kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Jika mereka memasukinya maka mereka tidak dapat keluar darinya selama-lama (mereka akan mati dan tidak dapat kembali ke dunia).

Ketaatan itu hanya itu hanya dalam perkara ma'ruf (kebaikan)”. Maksudnya, tidak boleh taat kepada arahan yang menyanggahi ajaran Islam.

Ketua yang dilantik oleh Nabi s.a.w sendiri pun tidak disuruh taat membabi buta, inikan pula sekadar guru tarekat yang hanya melantik diri sendiri!

Hadis Musalsal

Dalam usaha membina pengaruh, sesetengah golongan mencipta hadis-hadis yang bersifat musalsal. Hal ini mula berkembang dan 'mendapat tauliah' dalam negara ini.

Hadis Musalsal bermaksud periwayat hadis itu akan meniru perbuatan periwayat sebelumnya, yang sebelumnya itu juga meniru yang sebelumnya sehinggalah berterusan kepada Rasulullah s.a.w.

Contohnya, periwayat akan memakai serban seperti yang ditiru dari periwayat sebelumnya dan berterusan sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

Hadis-hadis ketagori ini dinamakan dengan hadis musalsal. Kebanyakan hadis jenis ini amat daif atau palsu.

Kata tokoh agung hadis al-Imam al-Zahabi (meninggal 848H): “Secara umumnya hadis-hadis musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan periwayatnya. (Al-Zahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44. Halab: al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Jika pun ada yang sahih, adakah periwayat di zaman ini mencapai standard perawi yang dikehendaki dalam disiplin ilmu hadis sehingga layak riwayat mereka itu hendak dipercayai?

Sebenarnya, di sebalik 'kegalakan' sesetengah pihak berkempen hadis-hadis jenis ini, ia mempunyai tujuan agar diri mereka dikaitkan dengan Nabi s.a.w dan hasilnya mereka akan disucikan atau diagungkan sehingga ke tahap air ludah mereka pun ditelan orang.

Inilah yang Prof Hamka berikan sindiran pedas pada zamannya dengan memetik kata seorang tokoh bernama Syeikh Abdullah Saleh: “Menjadi Mufti dalam Kerajaan –kerajaan Melayu itu sangatlah megahnya.

Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri.

Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah. Dan kalau beliau ingin hendak kahwin, bismillah! (Prof Hamka, Ayahku, m.s. 160, Selangor: Pustaka Dini).

Demikian jika ketaksuban melampaui batasan yang patut.

Dulu saya pernah tegur, ada guru dari Indonesia yang diberikan lesen berceramah di masjid-masjid di Malaysia mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengannya bererti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w maka akan masuk syurga.

Beliau membuat majlis di masjid-masjid membaca hadis musalsal berjabat tangan atau disebut al-Musalsal bi al-Musafahah.

Lalu beliau pun baca hadis palsu berkenaan: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku sehingga hari kiamat maka dia masuk syurga”.

Maka orang ramai yang terpengaruh pun akan berjabat tangan dengannya dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w.

Hadis palsu itu telah disangkal oleh para sarjana hadis sejak sekian lama. Kata sarjana besar hadis al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Lisan al-Mizan: “Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, 6/ 68, Beirut: Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at).

Begitupun, ada juga mereka yang terpelajar terpengaruh dengan dakwaan yang karut yang seperti itu.

Para sahabat Nabi s.a.w entah berapa kali berjabat tangan dengan Nabi s.a.w, namun tidak pernah mereka membuat majlis berjabat tangan dengan mereka untuk masuk syurga.

Sebenarnya, ia bukan berkaitan syurga atau Nabi s.a.w, tetapi kegilaan sesetengah manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Ekploitasi

Saya teringat cerita seorang kawan yang menyatakan apabila rombongan mereka ke Mekah untuk umrah dan pihak 'ustaz' yang menguruskannya tidak dapat menyediakan tempat dan makanan seperti yang dijanjikan, maka ustaz itu berkata: 'ini ujian Tuhan yang mungkin disebabkan dosa-dosa tuan-tuan sebelum tiba di tanah suci”.

Dengan itu semua ahli rombongan terima seadanya, walaupun tidak padan dengan kadar harga yang dibayar kepada ustaz berkenaan.


Saya tersenyum dengan cerita itu. Saya kata: “Ada golongan manusia yang suka eksploitasi orang lain dengan menggunakan agama. Mengapa saudara tidak bertanya apakah hukum wang orang yang diambil tetapi gagal menunaikan janji di tanah suci?!”.

Malangnya, ramai yang berpelajaran tinggi yang bukan bidang khusus agama, yang baik intelek mereka, tapi apabila tiba masalah agama mereka memandulkan akal.

Seakan, agama melarang mereka menggunakan akal walaupun ternyata mereka diperbodohkan oleh orang yang menyalahgunakan agama. Ya, bukan semua golongan agama begitu, tapi ada yang begitu!

Saya sedang menunggu apakah reaksi JAIS terhadap majlis menelan air ludah yang dibuat dalam masjid itu.

Saya juga sedih apabila tahu ada juga orang yang terpelajar sanggup menelan air liur ustaz berkenaan.

Apakah mereka pasti ustaz mereka itu telan mencampakkan berkat ke dalam mulut mereka?

Pastikah pula mereka air liur ustaz mereka itu memang berkat?

Sekali lagi, sebenarnya, mereka pun tidak pasti dan ustaz berkenaan pun tidak pasti.

Ini bukan berkaitan air liur atau berkat, ia berkaitan kuasa pengaruh atau doktrin yang ingin ditanamkan. Akhirnya, semua mereka akan ikut dan serah apa sahaja seperti yang berlaku pada al-Arqam dan Tal Tujuh di Kelantan.


Jangan salahkan JAIS isu 'telan ludah'


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan orang ramai tidak menyalahkan pihaknya berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa oleh bekas mufti Perlis itu.

"Beritahu, kita siasat. Kita tidak dapat aduan. Jangan salahkan JAIS. Setakat ini memang tidak ada (laporan kepada JAIS)," katanya pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Asri dalam kolumnya di Malaysiakini semalam yang mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" oleh tokoh agama yang "bertauliah dan berjawatan" di negeri Selangor.

Dakwanya, dalam upacara tersebut, hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dan 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat yang di masukkan ke dalam mulut mereka "untuk mendapatkan keberkatan".

Ditemui di perkarangan DUN Selangor hari ini, Mohammed Khusrin meminta Dr Asri memberikan butiran lanjut dakwaannya itu bagi membantu JAIS melengkapkan kertas siasatan yang baru dibuka semalam.

"Kalau dia segan hendak telefon JAIS untuk beritahu pun. Beliau boleh maklumkan kepada media, pada Malaysiakini. Kita pun tiap-tiap hari tengok Malaysiakini," kata Mohammed Khusrin.

Ditanya sama ada JAIS boleh memulakan siasatan tanpa mengharap 'bantuan' daripada Dr Asri, Mohammed Khusrin menjelaskan:

"Kita tidak jumpa. Kita tidak tahu di mana masjid itu. Macam mana hendak semak, kita ada lebih seratus masjid di Selangor.

"Kenyataan dia (Dr Asri) buat itu umum sangat," katanya.

Mohammed Khusrin juga enggan mengulas sama ada tindakan Dr Mohd Asri itu bagi 'membalas dendam' terhadap jabatan itu yang menangkapnya ketika mengajar tanpa tauliah sebelum ini.

"Itu saya tak pastilah. Saya tak tahulah. Sudah jadi kes mahkamah," katanya.


Apa lagi ditunggu Dr. Maza, sila buat laporan bertulis kepada JAIS. Gebang kosong di kedai kopi bukan untuk zaman sekarang lagi. Tunjukkan kredibiliti kita!!!

Thursday, April 8, 2010

APCO modal Anwar untuk tutup kerakusan liwatnya


Oleh :Pena Minang

Nampaknya isu APCO masih lagi terus dicanang oleh Anwar Ibrahim dalam proses menyelamatkan karier politiknya. Penulis tidak hairan dengan tindakan Anwar ini, kerana inilah skill permainannya sejak dari dahulu lagi.

Gagal menjawab pertuduhan, mencari pertuduhan lain dan menembak kembali musuhnya dengan isu yang baru sehinggakan rakyat terlupa dengan isu utama.

Bagi penulis, hanya orang yang bijak sahaja mampu menilai permainan politik Yahudi Anwar Ibrahim, manakala yang bodoh akan terus tertipu dengan taktik biasa Anwar ini.

Walaupun Anwar kini berhadapan dengan pelbagai pertuduhan, antaranya kes liwat beliau dan Saiful Bukhari, Anwar masih mampu tersenyum kerana sehingga hari ini, perbicaraan tersebut masih terus tertangguh.

Dengan menggunakan kepakaran undang-udang dari barisan Peguam India yang tak tahu hukum ISLAM, beliau dengan bangganya terus ke sana dan kemari mencipta pelbagai kisah-kisah baru bagi melarikan tumpuan masyarakat terhadap kes beliau.

Isu hubungan Anwar dan Paul Wolfowitz, seorang pakar strategi perang Amerika Syarikat berbangsa Yahudi masih terus beliau diamkan walaupun sudah berkali-kali dipaksa memberikan penjelasan hubungannya dengan pempimpin Yahudi tersebut.

Selain itu sehingga kini Anwar tidak menjelaskan apa kaitannya dengan Foundation Of Future, sebuah yayasan yang ditubuhkan dan mendapat dana dari CIA Amerika Syarikat, yang mana di Yayasan tersebut Anwar menjadi Presiden.

Anwar juga gagal untuk memberikan jawapan jenis VISA apakah yang beliau gunakan sehingga boleh tinggal terlalu lama di Amerika Syarikat. Anwar juga gagal menjelaskan apakah kepentingan Paul Wolfowitz kepada dirinya sehinggakan Paul Wolfowitz sanggup terbang ke Jerman dari Amerika Syarikat semata-mata mahu bertanyakan mengenai isu ISLAM.

Kecilikkan Anwar dalam melarikan diri dari menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan oleh para wartawan dan barisan ahli parlimen sudah cukup membuktikan siapa Anwar yang sebenar. Jika beliau seorang anak jantan, adalah seharusnya dia menjawab segala persoalan tersebut sebelum mempersoalkan orang lain.

Namun disini menarik mengenai strategi Anwar ialah, beliau tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh bekas 'Teman Seperjuangannya' tetapi membalas serangan keatas kerajaan yang diperintah oleh BARISAN NASIONAL.

Dengan menggunakan dana yang tidak diketahui dari mana datangnya, Anwar mengupah para-para pemfitnah proffesional untuk melakukan fitnah di laman-laman maya. Para bloggers dilantik dan diberikan upah dengan mencari dan menabur fitnah mengenai pemerintah.

Tak cukup dengan itu rakyat Monggolia turut dipanggil dan dibayar untuk dijadikan modal memfitnah PERDANA MENTERI dan ISTERI. Ditambah lagi sogokkan yang diberikan kepada P.BALA agar membuat pengakuan bersumpah mengenai isu pembunuhan Altantuya. Ini belum dimasukkan dengan isu 16 September.

Dan apabila temberang Anwar dipecahkan oleh bekas peguamnya sendiri, Anwar mula menggelabah mencari isu baru. Maka terjumpalah isu APCO. Keburukan APCO dicanang semahu-mahunya sehinggakan rakyat terlupa dengan kes liwat dan permainan penipu dan putar alamnya.

Inilah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM AL-KHAWARIJ. Menuduh pemerintah bersengkongkol dengan ISRAEL sedangkan dalam masa sama beliau sendiri menjilat bontot-bontot aristokrat Yahudi di Amerika Syarikat.

Semoga ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA KITA DALAM MENCARI SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH.

mykmu

VIDEO


KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.

Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.

"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel, menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi mencemarkan imej kerajaan.

"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya.

Adun PAS pun kayo rayo


Rujukan:kickdefella




NIK AJIS MENAFIKAN LAPORAN BLOGGER

KOTA BAHARU 4 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menderma kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. – Bernama

Wednesday, April 7, 2010

PAS LAHIR KERANA DENDAM


text related to image

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Disebabkan tokoh yang dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa menggubal undang undang tubuh PAS (Tuan Haji Ahmad Fuad) telah mengalami kekalahan melawan Tunku dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25hb Ogos 1951 dan kebetulan UMNO pada masa itu masih dalam keadaan perpecahan berikutan perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO, maka Tuan Haji Ahmad Fuad yang banyak berpihak kepada Dato’ Onn telah mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk tujuan politiknya.

Dalam persidangan pertama untuk membincangkan rang undang undang tubuh PAS di Butterworth, Seberang Perai pada 24hb November 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasingan dengan UMNO, dan beliau sendiri dilantik sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Setelah PAS lahir sebagai sebuah parti politik, maka PAS telah menyertai beberapa pilihanraya yang diadakan semenjak tahun 1955. Dalam Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969, PAS berjaya mendapat majoriti di Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah Trengganu selepas pilihanraya Umum 1959 apabila parti itu berjaya menawan 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pemerintahan PAS di Trengganu hanya selama lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana ramai wakil rakyat PAS telah meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Dalam pilihanraya Umum 1990 dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46, PAS sekali lagi berjaya mendapat majoriti dI Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah negeri tersebut sampai hari ini.

Jelas PAS cuma wujud selepas UMNO ditubuhkan, dan politik PAS adalah sama dengan politik UMNO. yang membezakannya cuma UMNO pada masa itu memperjuangkan KEMERDEKAAN dan PAS meraih sokongan untuk BERKUASA.
Shahrulazizi Bin Mohammed

Suara dari Neraka: Israel Di Pejabat PM

Tajuk utama akhbar tabloid Harakah keluaran Pas membawa tajuk "Israel di Pejabat PM" membawa makna kerajaan telah melantik warga negara Israel sebagai kakitangan atau telah memberi akses pejabat Perdana Menteri kepada warganegara Israel.

Soalnya apa bukti Harakah terhadap satu tuduhan serius ini? Adakah terdapat sebarang laporan keselamatan atau bukti bertulis atau bergambar terhadap tuduhan ini. Jika tiada bukti sedemikian apakah bukan bermakna ini satu hasutan yang serius terhadap ketenteraman negara?

Kita tahu pembohongan atau pemalsuan kata-kata bukan perkara luar biasa dalam parti yang mengaku mereka pejuang Islam ini. Setakat fitnah Perdana Menteri apalah sangat berbanding penipuan mereka terhadap ayat-ayat Allah sehingga menyesatkan ramai orang Islam suatu ketika nanti.

Kita juga tahu bahawa ulama sesat bernama Ahmad Awang lebih mengutamakan DAP daripada Mufti Perak. Kita juga tidak hairan lagi apabila ada ulama Pas membenarkan cauvinis DAP mempergunakan ayat-ayat al-Quran untuk menarik sokongan orang Islam terhadap parti yam seng ini.

Yang kita hairan dan mahu tahu apakah tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien terhadap pengarang akhbar ini?

Kita mahu mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. Jangan lagu sekadar sekadar amaran gantung permit atau surat tunjuk sebab.

Ini tuduhan serius di bawah akta Hasutan. Lakukan perbicaraan terbuka biar kita lihat apa jenis manusia yang solat tidak pernah tinggal kononnya tapi menulis seolah-olah suara syaitan.

Jika geng kepala lembu boleh dihadapkan di bawah Akta Hasutan mengapa pengarang harakah tidak boleh dikenakan tindakan yang sama?

Buat Ketua Pengarang Harakah, cukup-cukuplah bagi makan anak-anak dengan duit menulis fitnah dan adu domba dengan berlindung di sebalik perjuangan Islam. Tidak malukah saudara membenarkan berita palsu sedemikian diterbitkan? Nampaknya sikap suka membuat cerita bohong sejak zaman muda dahulu sehingga sudah tua masih tidak berubah.
mykmu

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP